S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


MULTIMEDIA ? ON Thursday, June 8, 2017 AT 9:22 AM


Definisi Multimedia

·         Perkataan multimedia adalah berdasarkan DUA perkataan utama iaitu:
·         Multi:
·         Banyak (many), Pelbagai (Multiple)

Medium:

·                    Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum).
·                     Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)

Apakah Sistem Multimedia ?

Ia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.

Sifat penting produk multimedia

·                     Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media
·                      Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.
·                     Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.
·                     Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web).
·                     Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV.

Multimedia dan kesannya kepada Industri.

 Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri,
iaitu :-

·                     Industri komputer (computing)
·                     Industri telekomunikasi (telecommunication) dan
·                     Industri penyiaran (broadcasing)

Kesannya kepada industri komputer

 Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
 Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia berkemampuan menukar sebarang makluamt dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.

  • Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia disimpan.
  •  Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas.
  • Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus keperanti video.

Bidang Penggunaan Multimedia.

1.                    Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut adalah :-

  •                  Perniagaan
  •                         Pentadbiran
  •                         Pendidikan
  •                         Penyiaran
  •                        Hiburan. 
2.                    Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Perniagaan.

  Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh dilakukan secara :-

  •                     Verbal
  •                      Dari seorang ke seorang
  •                      Dalam bentuk cetakan
  •                      Menggunakan slide show
  •                      Menggunakan video 




Labels:




Older Post | Newer Post