S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


CARA DAPATKAN PRAKTIKAL MELALUI INTERNET ON Wednesday, November 25, 2015 AT 2:32 PM
Asalammualaikum , hari ni nak bagi panduan macam mana nak cari ON JOB TRANING melalui internet bagi pelajar KOLEJ VOKASIONAL especially batch bawah I lahh , sini akak share sikit pengalaman . Macam I cari kilang tadak respon tapi senanya nama ada ja kad kilang tu haa .

Bahan-bahan yang diperlukan
  • Akaun gmail
  • Laptop
  • Internet kelajuan tinggi
  • Printer
  • Surat pemohonan yang guru beri
  • Resume
  • Borang jawapan

Cara-caranya
  1. Buka akaun gmail , yahoo or anything untuk hantar email tau .
  2. Scan dokumen yang diperlukan yang tiada dalam computer anda seperti surat permohonan .
  3. Buka laman http://www.maukerja.my/ atau http://www.jobstreet.com.my/
  4. Cari kekosongan yang SESUAI dengan krusus anda . Diulang yang SESUAI .
  5. Ambil email yang dilampirkan pada iklan tersebut .
  6. Buka semula email anda ,dan compose new mail .
  7. Pastekan email yang anda copy tadi .
  8. Masukkan ayat pembuka bicara .
  9. Masukkan semua dokumen seperti surat pemohonan , resume borang jawapan dan sebagainya.
  10. Tekan send dan tunggu hasilnya .
  11. Kalau rajin follow up , call atau emel mereka dan tanyakan tentang permohonan anda.
NI CONTOH AYAT PEMBUKA BICARA


Salam Tuan/Puan,
Saya Nur Syazwani Binti Najeeb seorang pelajar Tahun 4 jurusan Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional Balik Pulau. Saya sedang mencari tempat untuk menjalani latihan amali dari 23 November 2015 sehingga 27 Mac 2016 selama 4 bulan 2 minggu. Sekiranya di tempat tuan/puan mempunyai kekosongan untuk tujuan tersebut, dan sesuai dengan jurusan yang saya ambil, bolehkah saya memohon?.Disini saya sertakan sekali resume saya.
Terima kasih.Nur Syazwani Binti Najeeb

Ayat pembuka bicara ni terpulang nak BM or BI tu contoh tau , seeloknya letak lahh ayat , takan tetiba nak hantar dokumen saja , terkejut orang tu karang . Dekat SUBJECT EMAIL letak permohonan PRAKTIKAL yaaa semua , okay , tu saja . Daa







Older Post | Newer Post