25/10/2015 ON Tuesday, October 27, 2015 AT 2:20 AM
Assalammualaikum , semua pasti
tahu berkenaan kes remaja mati dikelar kan ? viral sangat kan dekat internet
semua , semua buat macam macam spekulasi , ya allah yang mencaci menghina yang
membuat andai sendirinya , dalam dunia ini tak semua orang sempurna ,kita
manusia biasa kita melakukan kesilapan kan ? Kadang-kadang pekara nak jadi kita
tak tahu malah tak jangka .
Intan suraya , al-fatihah untuk
arwah , arwah adalah sepupu saya . Arwah seorang yang pendiam , ya cantik dan
sopan santun . Bulan disember ni birthday arwah dan saya juga, keluarga kami
banyak yang lahir dalam bulan disember . Zaman sekarang ramai yang muda dah
berpasangan , naluri manusia semua tu kan ? Apa yang terjadi mohon dijadikan
pengajaran dalam hidup kita hari ini .
Bagi yang menghina arwah , saya
mohon berhenti menghina dan sedekahkan al fatihah . Bagi yang menyimpan gambar
arwah tidak memakai tudung atau menampakkkan aurat mohon padam semua gambar
tersebut ya . Sekiranya hamba berhutang , mohon beritahu family arwah ya. Kalau
arwah ada melakukan kesalahan yang menguris hati sesiapa mohon ampunkan arwah
ya .
Sesungguhnya mati itu pasti ,
sedih semua sedih , seluruh keluarga sedih terutama ahli keluarga beliau .
Tambahan lagi kes ini viral dan mendapat pelbagai pandangan dari orang ramai . Terasa
dekat dan tak percaya pekara seperti ini terjadi kepada arwah akan menduduki spm pada
tahun ini . Semoga roh arwah tenang di sana .
Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." |