S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


PERALATAN PELINDUNGAN PERIBADI ATAU PERSONEL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) ON Thursday, February 27, 2014 AT 10:14 PM
 Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personel Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja pengendalian di dalam makmal. Ianya penting untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh dan kesihatan sewaktu bekerja. Beberapa jenis PPE terdiri daripada:
  • alat pelindungan mata
  • alat pelindungan muka
  • alat pelindungan pendengaran
  • alat pelindungan pernafasan
  • alat pelindungan tangan
  • alat pelindungan kaki
  • alat perlindungan kepala

Alat Perlindungan Mata

Terdapat 3 jenis peralatan perlindungan mata yang biasa digunakan iaitu kaca mata keselamatan (Safety Glasses), Goggle, dan juga kaca mata keselamatan untuk laser.



Kaca mata keselamatan atau safety glasses digunakan untuk melindungi mata. Sesetengah model diperbuat dari bahan yang dapat menahan jenis sinaran UV danter dapat pelindung pada bahagian kanan dan kiri bingkai. Kaca mata digunakan ketika mengendalikan bahan kimia.

Goggle member perlindungan seluruh kawasan mata. Goggle melindungi mata dari impak, habuk dan percikan bahan kimia dan wasap yang dating dar isemua arah. Terdapat bingkai pada kiri dan kanan yang melindungi mata dan permukaan kulit di bahagian tepi mata. Goggle lebih tahan hentakan dan boleh digunakan oleh pengguna berkaca mata.



Kaca mata yang diperbuat khas ini digunakan untuk melindungi mata dari sinaran pancaran laser dan direka khas supaya dapat melindungi mata dari panjang gelombang tertentu. Pemilihan kaca mata adalah berdasarkan peralatan dan persekitaran kerja. Pancaran laser boleh menyebabkan kerosakan kekal pada mata .
Alat Perlindungan Muka

Tiga jenis peralatan keselamatan bagi perlindungan muka yang biasa digunakan ialah pelindung wajah (face shield), topeng muka pembedahan (Surgical Face Mask) dan topeng muka N95.

Face shield


Pelindung muka atau ‘face shield’ memberikan pelindungan menyeluruh di bahagian muka dan digunakan ketika pengimpalan logam, mengendalikan bahan kimia yang menghasilkan percikan atau partikel melayang.Walaubagaimanapun, pelindung muka ini tidak dapat melindungi mata dari sinaran UV.Oleh itu, alat ini hendaklah dipakai bersama-sama  ‘safety glasses’ atau ‘goggle’.

Topeng Muka Pembedahan (Surgical Face Mask)


Topeng muka berfungsi untuk melindungi hidung dan mulut dari zat berbau menyengat dan debu.Topeng muka ini hanya dapat menapis zarah-zarah bersaiz besar di udara tetapi tidak dapat member pelindungan terhadap wasap bahan kimia dan kebanyakan aerosol biologi seperti virus dan bakteria. Fungsi utama adalah untuk mencegah sebarang zarah biologi dari mulut dan hidung disebarkan oleh pemakai kepersekitaran.

Topeng Muka N95


Topeng muka jenis ini adalah untuk menapis zarah-zarah melebihi 5 micrometer seperti bakteria, spora, kulat dan zat-zat pepejal dan cecair. Abjad ‘N’ merujuk kepada sifat penapis yang tidak tahan terhadap minyak (non-oil resistant), dan ‘95’ merujuk kepada tahap kecekapan menapis iaitu minimum 95% cekap. Jenis penapis adalah bergantung terhadap ketahanan iaitu R-tahan minyak (oil- resistant) dan P- diyakini tahan terhadap minyak (oil-proof).


AlatPerlindunganTangan

Alat pelindungan tangan dapat melindungi tangan daripada sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia, bahan biologi atau bahan-bahan pada suhu terlampau yang menyebabkan kerengsaan atau rasa terbakar pada kulit. Melalui pemakaian sarung tangan yang sesuai, risiko pendedahan secara langsung dapat dikurangkan. Pemilihan jenis sarung tangan adalah berdasarkan kesesuaian kerja yang akan dilakukan serta saiz yang bersesuaian dengan pengguna. Jenis-jenis sarung tangan yang biasa digunakan adalah:

  • sarung tangan getah(Latex)
  • sarung tangan Neoprene
  • sarung tangan jenis nitril
  • sarung tangan jenis butil
  • sarung tangan jenis kulit
  • sarung tangan ‘padded cloth’
  • sarung tangan kriogenik 

Sarung tangan getah (Latex)

Sarung tangan jenis getah (latex) dapat melindungi tangan dari mikroorganisma dan bahan kimia tertentu. Sarung tangan ini hanya sesuai digunakan untuk sekali pakai sahaja.

Sarung Tangan Neoprene


Sarung tangan ini diperbuat dari getah sintetik yang melindungi tangan dari cecair hidraulik , gasolin, alkohol, asidorganik dan alkali.

Sarung Tangan Jenis Nitril


Sarung tangan yang diperbuat daripolimer member pelindungan dari larutan berklorin, minyak , gris , asid dan alcohol tetapi tidak dapat melindungi dari agen pengoksidaan yang kuat, keton dan asetat.






Sarung Tangan Jenis Butil


Diperbuat dari getah sintetik dan member pelindungan terhadap pelbagai jenis bahan kimia seperti bahan peroksida, asid mengkakis, alkali kuat, alkohol, aldehid, keton dan ester.

Sarung Tangan Jenis Kulit


Sarung tangan jenis ini dapat melindungi kulit dari permukaan kasar, percikan api dan objek keras.

Sarung Tangan ‘Padded Cloth’

Sarung tangan jenis ini dapat melindungi tangan dari hujung tajam, pecahan kaca, kotoran dan getaran. Sesuai digunakan untuk mengendalikan bahan sejuk atau dalam cuaca sejuk.

Sarung Tangan Kriogenik


Sarung tangan kriogenik ini digunakan untuk pengendalian bahan kriogenik pada suhu sejuk lampau seperti cecair nitrogen, oksigen, argon.

Alat Pelindungan Pernafasan

Alat Pernafasan (Respirator)




Alat pernafasan atau respirator hanya digunakan apabila alat kawalan kejuruteraan seperti kebuk wasap tidak dapat digunakan ketika mengendalikan bahan kimiater tentu. Ia direka khas untuk melindungi system pernafasan dari dedahan terhadap bahan kimia yang hadir dalam bentuk gas atau zarah-zarah kecil dalam kadar kepekatan yang terhad. Jenis respirator yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan seperti berikut;
  • menapis udara dengan menyahkan gas
  • dan wasap berbahaya bagi membekalkan pengudaraan


Alat Pelindung Kaki

Safety shoes


Kasut keselamatan member perlindungan terhadap bahaya elektrik statik yang terkumpul. Kasut ini tidak boleh dipakai ketika bekerja di kawasan berhampiran litar elektrik terbuka.
Dapat melindungi kaki dari renjatan elektrik ketika berada di kawasan litar terbuka dalam keadaan kering dan digunakan sebagai penebat.

Boot Keselamatan

Melindungi kaki terhadap bahan kimia tertentu dan permukaan licin.


AlatPelindunganPendengaran

Pendedahan terhadap bunyi bising yang melampau akan menyebabkan kerosakan kekalatau sementara deria pendengaran dan boleh mengakibatkan tekanan fizikal dan fisiologi. Had pendengaran manusia adalah tidak melebihi 80 desibel. Kebanyakan bunyi bising adalah dihasilkan dari mesin dan jentera yang terdapat di persekitaran kerja. Terdapat 2 jenis alat pelindungan telinga. Kecekapan menapis bunyi bising adalah bergantung kepada nilai Kadar Pengurangan Bising (NRR).NRR merujuk kepada kemampuan mengurangkan bunyi yang diterima.

Penyumbat telinga busa (Foam Earplug)


Penyumbat telinga yang diperbuat dari kapas berlilin dapat melindungi telinga dari bunyi bising. Noise Reduction Rating (NRR : 19 – 28 dB), bergantung kepada muatan busa ketelinga adalah disarankan. Palam telinga digunakan bersama penyumbat telinga.

Penyumbat Telinga Silikon (Silicone Earplug)


Penyumbat telinga bentuk bebola dapat menempati ruang luar saluran telinga. NRR:25 Db. Bagi bunyi yang sangat bising (melebihi 104dB) perlindungan bergand
Alat ini mempunyai cirri dan fungsi yang serupa dengan penyumbat telinga, lebih mudah digunakan dan muat pada semua saiz telinga. NRR : 18dB





Labels: ,




Older Post | Newer Post