S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


FUNDAMENTAL OF TEST INSTRUMENT- OPERATE OSILLOSCOPE ON Thursday, November 16, 2017 AT 11:57 AM
OSILOSKOP 
Osiloskop adalah sebuah alat pengukur yang mampu memaparkan bentuk gelombang pada dua paksi. Paksi tegak dan ufuk. Paparan ini menunjukkan pengukuran voltan dan frekuensi. Rajah dibawah adalah gambar sebuah osiloskop.
Osiloskop dua saluran. 

KEGUNAAN 
Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau bagaimanapun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara kegunaan osiloskop adalah seperti berikut:- 
  • Mengesan dan memaparkan bentuk gelombang. 
  • Mengukur frekuensi.
  • Mengukur voltan arus terus (DC). 
  • Mengukur voltan puncak ke puncak
  • Mengukur beza fasa
BAHAGIAN KAWALAN OSILOSKOP
Panel hadapan osiloskop dua saluran.
  • Terdapat beberapa kategori osiloskop antaranya satu saluran dan dua saluran.
  • Osiloskop satu saluran terdapat satu punca masukan isyarat dan menghasilkan satu bentuk gelombang sahaja dan tidak mampu mengukur frekuensi yang terlalu tinggi.
  • Osiloskop dua saluran mempunyai dua masukan dan dua paparan bentuk gelombang dalam satu masa seperti dalam rajah diatas.
FUNGSI KAWALAN 
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.:-
1. POWER
  • Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
  • Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. INTENS
  • INTENSITY bermaksud keamatan.
  • Mengawal kecerahan surihan
3. LAMPU INDIKATOR
  • Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerimabekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabilabekalan elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.
4. TR (Trace Rotation)
  • Pelaras surihan pada kedudukan mengufuk. Untuk menentukan surihan pada posisi tepat mengufuk dan menghasilkan bacaan yang tepat.
  • Jika pelaras TR diputar mengikut arah pusingan jam hasil surihan seperti rajah 3.

  • Pelaras TR diputar mengikut arah lawan jam hasil surihan seperti rajah 4.
  • Pelaras TR dilaras pada kedudukan tengah akan menghasilkan surihan tepat mengufuk seperti rajah 5.

5. X-POS. (X-Position) • Tombol pelaras ufuk. • Melaras kedudukan surihan kekiri atau ke kanan. Rujuk rajah 5, 7 dan 8. • Rajah 8 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
6. TIME/DIV (time per division)
  • Suis pilihan masa per bahagian.
  • Untuk menentukan tempoh masa yang diambil bagi satu kitar gelombang
  • Untuk menentukan jumlah bilangan kitar gelombang yang dipapar pada skrin. 
  • Rajah dibawah, menunjukkan suis dilaras pada julat 100ms. Ini bermaksud setiap bahagian atau petak mengufuk bernilai 100ms.
Suis pilihan TIME/DIV dilaras pada bacaan 100milisaat. 

7. Tombol kawalan penentukur ufuk. 
  • Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan frekuensi yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran frekuensi. 
8. X-MAG – X10 
  • Jika butang ditekan bacaan masa gelombang pada skrin mestilah didarab 10.
  • Kegunaannya untuk membaca frekuensi gelombang yang tinggi. 
9. CAL 0.2V 2V (Calibrate) 
  • Penentukur – Untuk mengenalpasti osiloskop akan menghasilkan bacaan voltan yang tepat apabila digunakan. 
  • Punca masukan osiloskop disambungkan pada punca 2V, skrin akan memaparkan gelombang segi empat beninai 2volt p-p. 
10. Y-POS. I 
  • Tombol pelaras paksi tegak saluran 1. 
  • Melaras kedudukan surihan saluran 1 ke atas atau ke bawah seperti rajah 10 dan 11. 
  • Rajah 12 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.

11. GD. CH.l (GD=Ground)
  • Suis penentu aras rujukan.
  • Apabila keadaan butang seperti rajah 12(a) satu surihan mengufuk (garisan lurus) terhasil pada skrin osiloskop. Garisan tersebut merujuk pada kedudukan asal bentuk gelombang seperti Rajah 13 (a).

12. VOLTS/DIV (Volts per division)
  • Suis pilihan julat VOLTS/DIV (voltan per bahagian).
  • Untuk menentukan nilai voltan satu bahagian atau petak menegak.
  • Rajah 14 menunjukkan suis dilaras pada julat 5V. Ini bermaksud setiapbahagian atau petak menegak bernilai 5volt.
13. Tombol kawalan penentukur tegak.
Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan voltan yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran voltan

14, 15 dan 16 VERT. MODE (Vertical mode) 
  • Mode tegak – Memilih saluran paparan samada paparan saluran 1 sahaja, dua saluran atau saluran 2 sahaja. 
  • Mana-mana saluran yang dipapar di skrin adalah dalam mode tegak. 
  • Kedua-dua saluran boleh memaparkan bentuk gelombang secara serentak, tetapi gelombang hanya boleh diubah pada posisi tegak secara berasingan. Manakala pelarasan gelombang pada posisi ufuk ia akan berubah serentak
  • Jika butang CH l/ll ditekan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 2 sahaja. 
  • Jika butang CH l/ll dilepaskan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 1 sahaja.  
  • Jika butang DUAL ditekan skrin akan memaparkan dua bentuk gelombang yang berasingan dari masukan saluran 1 dan 2. 
  • Jika butang ADD ditekan skrin akan memaparkan gabungan dua bentuk gelombang dari masukan saluran 1 dan 2. 17, 18, 19 dan 20 
  • Adalah tombol kawalan untuk saluran 2 dan berfungsi sama seperti kawalan pada saluran 1.
MEMBACA GELOMBANG PADA SKRIN OSILOSKOP 
Rajah 15 menunjukkan cara membaca dan mengira nilai Vpp (voltan puncak ke puncak) dari bentuk gelombang yang di paparkan pada skrin osiloskop.
Menentukan bacaan frekuensi. 
  • Tentukan nilai julat TIME/DIV.=100mA 
  • Tentukan 1 kitar gelombang. 
  • Tentukan jumlah bahagian (petak) mengufuk =7bahagian 
  • Kirakan masa untuk 1 kitar.

Labels: , , ,



FUNDAMENTAL OF TEST INSTRUMENT-OPERATE SIGNAL GENERATOR ON AT 10:24 AM
PENGENALAN

Bentuk gelombang dan kegunaan penjana isyarat/frekuensi 

Penjana fungsi/penjana isyarat berupaya menghasilkan gelombang isyarat dari punca keluarannya. Gelombang isyarat yang dihasilkan dalam bentuk sinus, gerigi dan segi empat seperti Jadual 1. Keluarannya boleh dikesan menggunakan osiloskop, penguat, diod pancar cahaya (LED), pembesar suara dan pembilang frekuensi. Kegunaannya untuk menguji bahagian audio, litar logik dan pesongan penerima TV.

Penjana fungsi

BAHAGIAN KAWALAN PENJANA FUNGSI 

Panel hadapan Penjana Fungsi

FUNGSI KAWALAN 
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah diatas seperti berikut. 
1. PWR – (Power) 
  • Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
  • Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop. 
2. ON 
  • Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrikatau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan ataubutang 1 dilepaskan. 
3. RANGE Hz 
  • Butang pilihan julat frekuensi 1Hz hingga 1MHz. Satu butang pilihan sahaja perluditekan untuk memilih julat frekuensi yang diperlukan 
4. FUNCTION
  • Butang untuk memilih rupa bentuk gelombang yang dikehendaki. Pilih satu sahajabentuk gelombang pada label dan tekan butang yang berkaitan
  • Penjana fungsi akan menghasilkan keluaran rupa bentuk gelombang sebagaimanayang dipilih.  (Isyarat keluaran boleh didapati dari punca 8 )
5. SKALA PENDARAB 
  • Tombol perlu dilaras mengikut arah putaran jam atau sebaliknya untuk memilih nilaipendarab.
  • Penunjuk menentukan nilai pendarab yang dipilih.
6. DUTY
  • Jika butang ditekan bentuk gelombang keluaran akan berubah fasa sebanyak 360° dari keadaan asal. 
7. ATT
  • Jika butang ditekan amplitud gelombang keluaran akan berkurang -20dBdari amplitud gelombang asal.
8. OUTPUT
  • Soket punca gelombang keluaran penjana fungsi.
  • 50Ω bermaksud punca keluaran hanya sesuai menggunakan kabel penyambung bergalangan 50Ω (kabel RG58).
9. AMPL
  • Tombol pelaras nilai amplitud gelombang keluaran penjana fungsi.
  • Amplitud gelombang keluaran bergantung pada jarak putaran tombol.
MENGENDALI PENJANA FUNGSI 
  • Pastikan kesemua butang kawalan dilepaskan dan tombol kawalan dilaras pada arasminima. 
  • Sambungkan punca bekalan elektrik 240VAU pada penjana fungsi. 
  • Tekan butang 1 PWR dan pastikan lampu penunjuk 2 menyala. 
  • Pilih julat frekuensi yang dikehendaki dan tekan butang yang berkaitan.Sebagai contoh :- 
Frekuensi yang dikehendaki dari punca keluaran penjana fungsi (functiongenerator ialah 15 KHz).
Butang julat 10K perlu ditekan seperti rajah di bawah.

Julat frekuensi
  • Laraskan tombol pendarab seperti pada kedudukan 1.5 seperti rajah di bawah. 
Tombol pendarab 
  • Darabkan 1.5 (pendarab) dengan 10K (julat frekuensi) yang akan menghasilkan nilai frekuensi yang dikehendaki iaitu15KHz.
  • Frekuensi diperlukan = Pendarab X Julat frekuensi
    = 1.5 X 10K
    = 15KHz
  • Pilih satu bentuk gelombang yang dikehendaki dan tekan butang FUNCTION seperti dibawah
Butang pemilihan bentuk gelombang 

  • Sambungkan soket keluaran (OUTPUT-8) dengan menggunakan penyambung BNC dengan kabel RG58-50_. Hubungkan sambungan keluaran penjana audio ke punca masukan osiloskop. Setkan osiloskop pada mode yang betul. 
  • Laraskan tombol AMPL (9), laras pelaras amplitud ke arah putaran jam dan lihat paparan bentuk gelombang yang terdapat pada skrin osiloskop, seperti dibawah. 

Penyambungan penjana fungsi dan bentuk gelombang sinus

Labels: , ,



FUNDAMENTAL OF TEST INSTRUMENT-OPERATE ANALOGUE AND DIGITAL MULTIMETER ON AT 9:53 AM
METER PELBAGAI ANALOG/DIGITAL

PENGENALAN
  • Meter pelbagai boleh berfungsi sebagai meter volt, meter arus, atau meter ohm.
  • Rajah di bawah memaparkan gambar dua buah meter pelbagai yang berbeza.
  • Terdapat dua kategori meter pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan meter pelbagai digital.
  • Meter pelbagai analog menggunakan jarum penunjuk di atas skala meter manakala meter pelbagai digital pula memaparkan digit untuk menunjukkan nilai bacaan.

Meter pelbagai analog
Meter pelbagai digital

KEGUNAAN
Meter belbagai boleh digunakan untuk mengukur :-
  • Rintangan
  • Voltan arus terus (AT)
  • Voltan arus ulang alik (AU)
  • Arus terus
BAHAGIAN-BAHAGIAN METER PELBAGAI ANALOG 

FUNGSI BAHAGIAN

Skala 
Memaparkan julat bacaan ukuran yang ditunjuk oleh jarum penunjuk.
Penunjuk 
Menunjuk nilai bacaan ukuran
Pelaras sifar penunjuk
Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan sifar
Pelaras sifar ohm
Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan 0 ohm.
Julat
Memaparkan fungsi meter.
Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab
Suis pemilih fungsi dan julat 
Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt arus terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere (DCmA) dan meter ohm (Ω).
Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang dilakukan.
Tamatan positif
Punca sambungan kuar merah (positif).
Tamatan negatif
Punca sambungan kuar hitam (negatif).

BAHAGIAN-BAHAGIAN METER PELBAGAI DIGITAL
Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

FUNGSI BAHAGIAN

Butang kuasa (POWER) 
Menghidup dan mematikan meter pelbagai.
Paparan berdigit
Memaparkan nilai bacaan digit
Butang pilihan AC/DC
Suis tekan untuk memilih fungsi meter samada beroperasi dalam keadaan mengukur arus terus (DC) atau arus ulang alik (AC).
Julat
Memaparkan fungsi meter.
Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab v)
Suis pemilih fungsi dan julat 
Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt arus terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere (DCmA) dan meter ohm (Ω).menguji diod, transistor dan sebagainya.
Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang dilakukan.
Butang nada pembuz
Suis tekan untuk memilih meter berada dalam mode senyap atau nada beep ketika berada pada julat menguji diod.
Butang P.Hold 
Suis tekan untuk memegunkan bacaan digit.
Soket pemuat
Punca sambungan ketika membuat pengujian pemuat.
Tamatan positif V-Ω-Hz 
Punca sambungan kuar merah ketika meter berfungsi untuk mengukur voltan, rintangan atau frekuensi.
Tamatan negatif 
Punca sambungan kuar hitam (negatif/ common) untuk semua operasi pengukuran.
Tamatan positif mA
Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur arus yang rendah.
Tamatan 20A
Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur arusyang tinggi sehingga had maksima 20 ampere.
Soket transistor
Punca sambungan ketika membuat pengujian transistor.

PENGENDALIAN METER PELBAGAI
Meter pelbagai mestilah dikendalikan mengikut langkah-langkah yang betul dan selamat. Kecuaian atau kegagalan mematuhi langkah-langkah yang telah ditetapkan akan mengakibatkan meter rosak, menghasilkan bacaan yang salah atau berlaku kemalangan.

Mengendali meter voltan arus terus (VDC) 
  • Pastikan voltan yang hendak diukur samada voltan arus terus atau arus ulang alik. 
  • Sambungkan kuar meter pada tamatan. Kuar merah pada tamatan positif (+)dan kuar hitam pada tamatan negatif meter (-/COM).
  • Laraskan julat meter pada fungsi DCV. Pilih julat yang paling tinggi contohnya 1000 DCV.
  • Tentukan punca voltan yang hendak diukur dan pastikan ianya selamat ketika kerja pengukuran dilakukan.
  • Tentukan punca positif dan negatif yang hendak diukur.
  • Sentuhkan hujung kuar merah pada punca positif dan hujung kuar hitam pada punca negatif. Pastikan ketika kerja pengukuran hujung kuar tidak bersentuhan dengan mana-mana pengalir atau punca.
  • Baca bacaan jarum meter atau paparan digit.
  • Sekiranya tiada perubahan kedudukan penunjuk skala meter atau paparan digit laras suis pemilih julat pada aras yang lebih rendah.
  • Ulang langkah 8 sehingga penunjuk skala atau paparan digit menunjukkan bacaan yang tepat. Pemilihan julat yang paling hampir dengan nilai voltan yang diukur akan menghasilkan bacaan yang lebih tepat.
Skala meter volt analog
Panel hadapan meter pelbagai memilih fungsi meter dan julat.
  • Rajah diatas menunjukkan meter pelbagai analog telah disetkan pada fungsi untuk mengukur voltan arus terus 4 volt.
  • Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi DCV julat 10.
  • Meter hanya boleh mengukur voltan arus terus dalam lingkungan 0 hingga 10 volt sahaja.
  • Meter akan rosak sekiranya mengukur voltan yang melebihi 10 volt.
  • Skala meter yang perlu dibaca ialah 0 hingga 10 DCV.A & ACV.
  • Skala meter hendaklah dibaca seperti rajah dibawah.

Jarum penunjuk menunjukkan bacaan 4 Volt DC
 Pembahagian skala 0 hingga 10 

MEMBACA PAPARAN DIGIT METER OHM DIGITAL
Ohm digital Skrin paparan digit menunjukkan bacaan 1.93MΩ,rajah diatas adalah bacaan meter ohm digit
  • Rajah diatas menunjukkan meter pelbagai digital telah disetkan pada fungsi untuk mengukur rintangan. Rintangan yang diukur dalam lingkungan mega ohm.
  • Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi Ω dan julat 4M (4Mega). 
  • Meter hanya boleh mengukur nilai rintangan sahaja dalam lingkungan 400kilo ohm hingga 4 Mega ohm sahaja. Meter akan memapar bacaan E sekiranya nilai rintangan yang diukur melebihi 4Mega ohm.
NOTA TAMBAHAN 
KAEDAH MEMBACA JULAT OHM
Julat Ohm

Skala julat Ohm
Kaedah menggunakan meter pelbagai julat Ohm
Kaedah mengambil bacaan skala Ohm

Contoh 1
Contoh 2
KAEDAH MEMBACA JULAT DC VOLT

Julat DC Volt
Skala julat Volt DC
Kaedah menggunakan multimeter julat Volt DC


Contoh 1
Julat 250 V
Contoh 2
Julat 50 V

Contoh 3
Julat 10 V
Contoh 4
Julat 1000V
Contoh 5
Julat 2.5 V
Contoh 6
Julat 0.25 V


Labels: , ,



KEPENTINGAN WARNA DALAM KEHIDUPAN ON Tuesday, September 5, 2017 AT 4:50 PM
PENDAHULUAN 
Warna adalah harta visual persepsi sama pada manusia kepada kategori dipanggil merah, biru, kuning, hijau dan lain-lain. Warna berasal dari spektrum cahaya (pengagihan kuasa cahaya berbanding gelombang) berinteraksi di dalam mata dengan sensitiviti spektrum reseptor cahaya. Kategori warna dan spesifikasi fizikal warna juga dikaitkan dengan objek, bahan, sumber cahaya, dan lain-lain, berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka seperti penyerapan cahaya, renungan, atau pelepasan spektra. Dengan menentukan ruang warna, warna boleh dikenal pasti oleh koordinat mereka. Kerana persepsi warna berpunca daripada sensitiviti pelbagai spektrum jenis sel kon dalam retina kepada bahagian-bahagian yang berlainan spektrum, warna boleh ditakrifkan dan kuantitinya oleh sejauh mana mereka merangsang sel-sel ini. Ini quantifications fizikal atau fisiologi warna, bagaimanapun, tidak sepenuhnya menerangkan persepsi psychophysical penampilan warna. Sains warna kadang-kadang dipanggil chromatics, kromatografi, colorimetry, atau hanya sains warna. Ia termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam seni, dan fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasanya merujuk kepada hanya sebagai cahaya). 

DEFINISI WARNA 
Warna primer (pigmen) 
Warna primer menurut teori warna pigmen dari Brewster adalah warna-warna dasar. Warna-warna lain dibentuk dari kombinasi warna-warna primer. Pada awalnya, manusia menyangka bahawa warna primer tersusun atas warna Merah, Kuning, dan Hijau. Namun dalam penelitian lebih lanjut, dikatakan tiga warna primer adalah: 
Merah Biru Hijau 
Ini kemudian dikenali sebagai warna pigmen primer yang digunakan dalam dunia seni rupa. Campuran dua warna primer menghasilkan warna sekunder . Campuran warna sekunder dengan warna primer menghasilkan warna tertier . Akan tetapi secara teknikal, merah - kuning - biru , sebenarnya bukan warna pigmen primer. Tiga warna pigmen primer adalah magenta , kuning dan cyan .(Oleh kerana itu apabila menyebut "merah, kuning, biru" sebagai warna pigmen primer, maka "merah" adalah cara yang kurang tepat untuk menyebutkan "magenta" sedangkan "biru" adalah cara yang kurang tepat untuk menyebutkan "cyan").

Warna sekunder (pigmen) 
Warna sekunder adalah warna yang telah diolah iaitu campuran antara dua warna primer. Hasil yang diperoleh menghasilkan warna: 

KEPENTINGAN WARNA DALAM KEHIDUPAN 

Warna adalah cahaya atau pantulan cahaya. Warna mengelemeni sebahagian hidup kita. Malah, warna mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedari. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550 SM di Mesir. Secara saintifik, warna adalah gelombang elektomagnet. Warna, sebenarnya adalah cahaya yang dipantulkan. Benda-benda pada asasnya tidak mempunyai warna. Tetapi benda-benda termasuklah badan manusia, menyerap dan memantulkan cahaya pada kadar berlain-lainan. Pantulan cahaya tersebut kemudian sampai ke retina mata lalu kita nampak warna. Apakah warna yang kita lihat? Ia bergantung kepada berapa banyak cahaya yang dipantulkan, dan cahaya apa yang diserap oleh benda-benda. Terdapat pelbagai kepentingan warna dalam kehidupan seharian.Kepentingan warna sebagai satu elemen yang dapat menyembuhkan penyakit telah diketahui dan menjadi sebahagian daripada kaedah perubatan ayurvedic (India). Dalam Islam, kepentingan warna turut mendapat perhatian dan warna putih dan hijau mempunyai makna yang positif lagi baik. Dalam perubatan moden, kita dapat melihat warna biru atau ungu digunakan atau dipancarkan ke atas bayi lahir pramatang. Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan otak atau kematian akibat pembesaran hati di samping untuk merawat jaundis. Di samping itu Warna melambangkan tingkah laku seseorang.Warna memberi motivasi dan semangat kepada kita.Warna memberi ketenangan dalam hidup.Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita akan ruang , menutupi keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.Di samping itu ,warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati. Pendek kata segalanya kita akan menumpukan pada warna. Setiap warna mempunyai kesan atau pengaruh mental dan fizikal ke atas diri kita. Mungkin kita tidak percaya. Tetapi ini telah terbukti dengan perubahan fizikal dan/atau emosi kita apabila kita melihat atau terdedah lama pada warna-warna tertentu di sekeliling kita.

KEGUNAAN WARNA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Industri percetakan 
Proses memecahkan imej penuh warna ke dalam empat warna utama iaitu cyan, magenta, kuning, dan hitam (CMYK) . Gambar berwarna dicetak sebanyak empat kali. Percetakan bewarna bermula dengan warna kuning, diikuti oleh warna magenta, sian dan diakhiri dengan warna hitam.Warna hitam berfungsi menjadikan gambar itu tajam dan jelas.


Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut atau mengagihkan arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan.Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.
Boleh dikatakan setiap kelengkapan yang kita ada pastinya mempunyai 'plug 3 pin' dan plug inilah menyimpan 'perkara asas' bagi menjana kuasa elektrik pada peralatan yang kita ada.Plug yang digunakan dinegara kita dibekalkan dengan sistem atau standard yang sama.Plug ini hanya mempunyai 3 point penting iaitu 'life' (L) 'neutral' (N) dan 'earth' (E). Wire 'Life' (atau dipanggil wayar hidup) warna yang digunakan adalah merah atau coklat, wire 'Neutral' bewarna biru atau hitam manakala wire 'Earth' (wire bumi) bewarna hijau atau hijau berbelang kuning .

Plag 3 pin 13 ampere
Televisyen berwarna 
Televisyen berwarna adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menangkap siaran berupa suara dan gambar yang berwarna (bukan monokrom), mahupun data-data grafik yang lain. Kerana pada awal kemunculan televisyen gambarnya hanya hitam-putih, maka teknologitelevisyen berwarna ini dianggap sebagai penemuan yang sangat besar bagi dunia penyiaran dalam media elektronik . Teori warna menyatakan bahawa semua warna dapat dihasilkan dengan mencampur warna-warna dasar ( primary colors ): merah, biru, dan hijau. Televisyen berwarna diwujudkan dengan cara memisahkan gambar yang akan dipaparkan ke dalam tiga warna asas merah, biru, dan hijau dengan media kaca pemisah tiga warna. Setelah tahap pemisahan warna, selanjutnya warna yang telah terpisah tadi diubah menjadi isyarat-isyarat elektrik dan kemudian isyarat elektrik tersebut digabungkan oleh alat khas. Isyarat yang telah terkombinasikan tadi lalu di terima oleh pesawat penerima ( reciever ) untuk kemudian dimasukkan ke dalam Cathode Ray Tube (CRT) atau biasa disebut dengan tabung sinar katod dan akhirnya gambar boleh dipaparkan di skrin televisyen.

Kod perintang 
Perintang merupakan komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Pemilihan perintang dipilih mengikut kesesuaian penggunaannya dalam litar. Nilai rintangan sesuatu perintang dapat ditentukan dengan mentafsirkan warna jalur yang tercetak pada badannya.Biasanya terdapat empat jalur yang tercetak pada badan perintang. Jalur pertama dan kedua menunjukkan digit pertama dan digit kedua. Jalur ketiga merupakan nilai pendarab. Jalur keempat ialah nilai had yang diterima.

Lampu isyarat 
Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita buta warna). Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna. Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk pertama kalinya. Biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Di dalam keadaan biasa, Merah : fungsi warna merah dalam lamp isyarat ialah ‘berhenti‘ . Kuning : fungsi warna kuning dalam lampu isyarat ialah ‘bersedia untuk berhenti’. Hijau : fungsi warna hijau dalam lampu isyarat ialah ‘jalan’. Biasanya lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya dan lampu hijau pula mempunyai warna biru untuk membantu orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.


Simbol bagi identity

  • Bendera Malaysia 


Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Selain itu terdapat smbol identity lain seperti : 
  • lampu merah pada ambulans menandakan keadaan cemas. 
  • Garisan kuning disepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletak kenderaan. 
  • Satu garisan putih ditengah jalan memisahkan lorong kiri dengan lorong kanan jalan. 
  • Dua garisan putih ditengah jalan menandakan bahawa memotong kereta tidak dibenarkan.
Kepentingan warna kepada manusia 
Pada masa ini warna mempunyai potensi dalam kehidupan harian. 
  • Fesyen Warna 
memainkan peranan menampakkan penampilan yang lebih bergaya dan elegan. Seharusnya kita memilih baju dengan warna yang bersesuaian dengan tubuh badan kita agar kelihatan lebih cantik dan menawan. 
  • Melambangkan identity sesuatu institusi 

Warna juga terdapat dalam pakaian seragam sekolah contohnya pakai seragam sekolah rendah baju bewarna putih,kain dan seluar berwarna dark blue ,manakala pakai sekolah menegah baju bewarna putih,kain bewarna biru muda dan seluar bewarna hijau ,bagi sekolah teknik dan vokasional mereka mengenakan seluar bewarna hitam dan baju bewarna oren. 
  • Menghidupkan suasana nyaman dan harmoni 
Dirumah pula pemilihan warna yang sesuai dapat menghidupkan sesuatu suasana di sesatu ruang ,seperti suasana nyaman ,romantik dan sebagainya. 
  • Mencerahkan mata 
Menurut kajian dalam kehidupan kita sekiranya k ita melihat tumbuhan hijau pada waktu pagi ia sedikit sebanyak membantu mencerahkan mata.
  • Simbolik Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Contohnya warna kuning untuk golongan diraja dan kerabatnya. Warna kuning juga sebagai simbolik dalam bidang persilatan. 
Kepentingan warna kepada haiwan 
Warna juga penting dalam kehidupan haiwan. 
  • Penyamaran Haiwan menggunakan warna untuk melindungi diri daripada musuh. 


  • Amaran 

Haiwan yang beracun biasanya mempunyai warna yang terang. 
  • Pembiakan 
Sesetengah haiwan mempunyai warna yang cantik untuk menarik pasangan. 

Kepentingan warna kepada tumbuhan 
  • Amaran 
Tumbuhan yang beracun biasanya mempunyai warna yang terang. 


  • Pendebungaan 

Tumbuhan yang didebungakan oleh serangga dan burung biasanya mempunyai warna yang menarik. 

KESIMPULANNYA 
Tuntasnya ,warna ialah pekara yang di anggap remeh oleh segelintir manusia begitu banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita .Kita tentunya tidak dapat menyangkal bagaimana pentingnya warna dalam kehidupan sehari-hari. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat sesuatu yang indah menjadi burukdan begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana kita akan lebih mudah menyerap sesuatu melalui atau dalam bentuk visual dan warna mempunyai peranan disitu. Pada dasarnya warna boleh mengubah cara kita berfikir, mungkin kita dapat memerhatikan bahawa beberapa warna boleh membawa kesan yang sangat menenangkan untuk mata dan otak dan beberapa warna lain boleh mengganggu kita. Kita harus berhati-hati apabila memilih warna yang akan digunakan pada sesuatu. Kerana setiap warna mempunyai makna tersendiri dan setiap warna boleh mewakili setiap mesej yang akan disampaikan.

Labels: , , ,




Older Post