S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


FUNDAMENTAL OF TEST INSTRUMENT- OPERATE OSILLOSCOPE ON Thursday, November 16, 2017 AT 11:57 AM
OSILOSKOP 
Osiloskop adalah sebuah alat pengukur yang mampu memaparkan bentuk gelombang pada dua paksi. Paksi tegak dan ufuk. Paparan ini menunjukkan pengukuran voltan dan frekuensi. Rajah dibawah adalah gambar sebuah osiloskop.
Osiloskop dua saluran. 

KEGUNAAN 
Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau bagaimanapun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara kegunaan osiloskop adalah seperti berikut:- 
  • Mengesan dan memaparkan bentuk gelombang. 
  • Mengukur frekuensi.
  • Mengukur voltan arus terus (DC). 
  • Mengukur voltan puncak ke puncak
  • Mengukur beza fasa
BAHAGIAN KAWALAN OSILOSKOP
Panel hadapan osiloskop dua saluran.
  • Terdapat beberapa kategori osiloskop antaranya satu saluran dan dua saluran.
  • Osiloskop satu saluran terdapat satu punca masukan isyarat dan menghasilkan satu bentuk gelombang sahaja dan tidak mampu mengukur frekuensi yang terlalu tinggi.
  • Osiloskop dua saluran mempunyai dua masukan dan dua paparan bentuk gelombang dalam satu masa seperti dalam rajah diatas.
FUNGSI KAWALAN 
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.:-
1. POWER
  • Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
  • Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. INTENS
  • INTENSITY bermaksud keamatan.
  • Mengawal kecerahan surihan
3. LAMPU INDIKATOR
  • Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerimabekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabilabekalan elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.
4. TR (Trace Rotation)
  • Pelaras surihan pada kedudukan mengufuk. Untuk menentukan surihan pada posisi tepat mengufuk dan menghasilkan bacaan yang tepat.
  • Jika pelaras TR diputar mengikut arah pusingan jam hasil surihan seperti rajah 3.

  • Pelaras TR diputar mengikut arah lawan jam hasil surihan seperti rajah 4.
  • Pelaras TR dilaras pada kedudukan tengah akan menghasilkan surihan tepat mengufuk seperti rajah 5.

5. X-POS. (X-Position) • Tombol pelaras ufuk. • Melaras kedudukan surihan kekiri atau ke kanan. Rujuk rajah 5, 7 dan 8. • Rajah 8 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
6. TIME/DIV (time per division)
  • Suis pilihan masa per bahagian.
  • Untuk menentukan tempoh masa yang diambil bagi satu kitar gelombang
  • Untuk menentukan jumlah bilangan kitar gelombang yang dipapar pada skrin. 
  • Rajah dibawah, menunjukkan suis dilaras pada julat 100ms. Ini bermaksud setiap bahagian atau petak mengufuk bernilai 100ms.
Suis pilihan TIME/DIV dilaras pada bacaan 100milisaat. 

7. Tombol kawalan penentukur ufuk. 
  • Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan frekuensi yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran frekuensi. 
8. X-MAG – X10 
  • Jika butang ditekan bacaan masa gelombang pada skrin mestilah didarab 10.
  • Kegunaannya untuk membaca frekuensi gelombang yang tinggi. 
9. CAL 0.2V 2V (Calibrate) 
  • Penentukur – Untuk mengenalpasti osiloskop akan menghasilkan bacaan voltan yang tepat apabila digunakan. 
  • Punca masukan osiloskop disambungkan pada punca 2V, skrin akan memaparkan gelombang segi empat beninai 2volt p-p. 
10. Y-POS. I 
  • Tombol pelaras paksi tegak saluran 1. 
  • Melaras kedudukan surihan saluran 1 ke atas atau ke bawah seperti rajah 10 dan 11. 
  • Rajah 12 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.

11. GD. CH.l (GD=Ground)
  • Suis penentu aras rujukan.
  • Apabila keadaan butang seperti rajah 12(a) satu surihan mengufuk (garisan lurus) terhasil pada skrin osiloskop. Garisan tersebut merujuk pada kedudukan asal bentuk gelombang seperti Rajah 13 (a).

12. VOLTS/DIV (Volts per division)
  • Suis pilihan julat VOLTS/DIV (voltan per bahagian).
  • Untuk menentukan nilai voltan satu bahagian atau petak menegak.
  • Rajah 14 menunjukkan suis dilaras pada julat 5V. Ini bermaksud setiapbahagian atau petak menegak bernilai 5volt.
13. Tombol kawalan penentukur tegak.
Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan voltan yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran voltan

14, 15 dan 16 VERT. MODE (Vertical mode) 
  • Mode tegak – Memilih saluran paparan samada paparan saluran 1 sahaja, dua saluran atau saluran 2 sahaja. 
  • Mana-mana saluran yang dipapar di skrin adalah dalam mode tegak. 
  • Kedua-dua saluran boleh memaparkan bentuk gelombang secara serentak, tetapi gelombang hanya boleh diubah pada posisi tegak secara berasingan. Manakala pelarasan gelombang pada posisi ufuk ia akan berubah serentak
  • Jika butang CH l/ll ditekan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 2 sahaja. 
  • Jika butang CH l/ll dilepaskan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 1 sahaja.  
  • Jika butang DUAL ditekan skrin akan memaparkan dua bentuk gelombang yang berasingan dari masukan saluran 1 dan 2. 
  • Jika butang ADD ditekan skrin akan memaparkan gabungan dua bentuk gelombang dari masukan saluran 1 dan 2. 17, 18, 19 dan 20 
  • Adalah tombol kawalan untuk saluran 2 dan berfungsi sama seperti kawalan pada saluran 1.
MEMBACA GELOMBANG PADA SKRIN OSILOSKOP 
Rajah 15 menunjukkan cara membaca dan mengira nilai Vpp (voltan puncak ke puncak) dari bentuk gelombang yang di paparkan pada skrin osiloskop.
Menentukan bacaan frekuensi. 
  • Tentukan nilai julat TIME/DIV.=100mA 
  • Tentukan 1 kitar gelombang. 
  • Tentukan jumlah bahagian (petak) mengufuk =7bahagian 
  • Kirakan masa untuk 1 kitar.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post