S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE - REPAIR FAULTY HI-FI ON Tuesday, August 29, 2017 AT 11:21 AM
SISTEM HI-FI 
  • Bagi mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’ 
  • Hi-fi jenis compo ataupun mini compo adalah peralatan Hi-Fi mudah alih yang terdiri daripada gabungan pembesar suara, pemacu cakera padat atau radio dan sebagainya. 
  • Sistem stereo. Sistem ini melibatkan dua saluran atau mempunyai dua speaker. Ia juga dikenali sebagai stereophone dimana maklumat yang disampaikan adalah baik dan berkualiti. Mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut dari semua arah. 
 Apa Itu Sistem Hi-Fi 
  • Rajah dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance. 
  • Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.
  • Pra Penguat - Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar. 
  • Rangkaian Kawalan Nada - Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. 
  • Penguat Kuasa Stereo - Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau memacu speaker. 
Rangkaian penguat kuasa stereo

RAJAH BLOK SISTEM HI-FI
Tranduser masukan
  •  Mikrofon - Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio 
  • Tape head - Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio 
  • Antena -Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio. 
Pra-penguat 1 dan 2 
Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu

Kawalan nada
  • Volume / bahana
    -mengawal isyarat audio-
    -mengawal amplitud isyarat audio
    -kawalan maksima 
  • Bass
    -mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak 
  •  Treble
    -mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak
Penguat pemacu 
  • menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
  • Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik 
  • Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja 
Penguat kuasa
  • biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
  • Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu speaker 
Speaker
  • menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi   

KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI 
Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-
  • Tiada keluaran 
  • Keluaran berayun 
  • Keluaran herotan 
  • Keluaran lemah 
  • Penerima mati 
  • Kendalian terputus-putus 
  • Gangguan hingar 
Cara Mengesan Kerosakan
  • Deria pendengaran Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran. 
  • Deria pandang Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran audio. 
  • Teknik suntikan isyarat Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan yang berlaku dalam set penguat tersebut
  • Teknik surihan isyarat Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan menggunakan bantuan litar skematik hi-fi. 

Labels: , ,




Older Post | Newer Post