S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


IPHONE 5S ON Thursday, August 24, 2017 AT 9:42 AM


iPhone 5s, adalah sebuah peranti telefon direka cipta oleh syarikat Apple. Ia mempunyai fungsi “touch screen” pada layar Multi-Touch. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang boleh menyokong fungsi multimedia serba guna di mana pengguna boleh membaca buku (e-book), menonton video, mendengar muzik, bermain game dan melayari internet. Penggunaan iPhone adalah sama seperti iPad dan iPod, iaitu melalui skrin multi sentuh yang membolehkan pengguna menggunakan lebih dari satu jari untuk menekan. Ia juga menggunakan cap jari untuk mengesan identity pada buatang home.

APLIKASI DAN FUNGSI 
Antara aplikasi dan fungsi iphone :
  • Melakukan berbilang tugas - iPhone membantu anda menguruskan beberapa tugas pada masa yang sama. 
  • Tulis mesej - Mail membolehkan anda mengakses semua akaun e-mel anda dalam perjalanan. 
  • Safari - Gunakan Safari pada iPhone untuk melayari web.
  • iTunes Radio - Stesen yang ditampilkan memberi cara yang bagus untuk menjelajah dan menikmati muzikbaru dalam pelbagai genre. 
  • SMS, MMS dan iMessages - Mesej membolehkan anda berbalas mesej teks dengan peranti SMS dan MMS lain menggunakan sambungan selular anda dan dengan peranti iOS lain dan komputer Mac menggunakan iMessage. 
  • Kalendar - Tambah peristiwa. Ketik , kemudian lengkapkan dengan butiran peristiwa. 
  • Lihat foto dan video - Aplikasi Foto membolehkan anda melihat foto dan video 
  • Kamera - Cepat! Ambil kamera! Dari skrin Kunci, hanya leret ke atas. Atau leret ke atas dari tepi bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian tangkap . 
  • Cuaca - Dapatkan suhu semasa dan ramalan sepuluh hari untuk satu atau lebih bandar di sekelilingdunia, dengan ramalan ikut jam untuk 12 jam akan datang. 
  • Jam - Jam pertama memaparkan masa berdasarkan lokasi anda apabila anda menyediakan iPhone.Tambah jam lain untuk menunjukkan masa di bandar-bandar utama dan zon waktu lain. 
  • Cari tempat - Bergerak sekeliling Peta dengan menyeret pada skrin. Untuk berhadapan arah lain, pusing dengan dua jari. Untuk kembali ke utara, ketik kompas di penjuru kanan atas. 
  • Video - Buka aplikasi Video untuk menonton filem, rancangan TV dan video muzik. 
  • Nota - Taipkan nota pada iPhone, dan iCloud menyediakannya secara automatik pada peranti iOS lain dan komputer Mac anda. Anda juga boleh membaca dan mencipta nota dalam akaun lain,seperti Gmail atau Yahoo!.
  • Peringatan - Peringatan membolehkan anda menjejak semua perkara yang anda perlu lakukan.
  • Saham - Jejak bursa saham utama dan portfolio saham anda, lihat perubahan nilai sepanjang suatu tempoh masa dan dapatkan berita mengenai syarikat yang anda perhatikan. 
  • Game Center - Game Center membolehkan anda bermain permainan kegemaran anda bersama rakan yang memiliki peranti iOS atau Mac . 
  • Newsstand - Newsstand menyusun aplikasi majalah dan surat khabar anda dan mengemas kininya secara automatik apabila iPhone disambungkan ke Wi-Fi. 
  • iTunes Store - Gunakan iTunes Store untuk menambah muzik, filem, rancangan TV dan banyak lagi pada iPhone. 
  • App Store - Gunakan App Store untuk melayari, membeli dan memuat turun aplikasi ke iPhone. 
  • Dapatkan Buku - Dapatkan buku daripada iBooks Store. 
  • Aplikasi Kesihatan - Gunakan aplikasi Kesihatan untuk menjejak maklumat kesihatan dan kecergasan anda. 
  • Passbook - Gunakan Passbook untuk menyimpan pas naik, tiket filem, kupon, kad kesetiaan anda dan banyak lagi di satu tempat. 
  • FaceTime - Gunakan FaceTime untuk membuat panggilan video atau audio ke peranti iOS lain atau yang menyokong FaceTime. 
  • Kalkulator - Ketik nombor dan fungsi dalam Kalkulator sama seperti yang anda lakukan dengan kalkulator standard. 
  • Podcast - Muat turun aplikasi Podcast, kemudian layari, langgani dan mainkan podcast audio atau video kegemaran anda pada iPhone. 
  • Kompas - Cari arah, lihat latitud dan longitud anda, cari aras atau padankan cerun. 
  • Memo Suara - Memo Suara membolehkan anda menggunakan iPhone sebagai peranti rakaman mudah alih. 
  • Kenalan - Setkan kad Info Saya anda untuk Safari, Siri dan aplikasi lain.
SPESIFIKASI
  • A7 cip pemprosesan berasaskan 64-bit 
  • Warna - emas, putih (silver), kelabu. 
  • Ultrafast LTE wireless. 
  • 8-megapixel iSight (Dua LED untuk flash)
  • Pengimbas cap jari (TouchID)
  • Mod burst (merakam sehingga 10 rakaman dalam sesaat) 
  • SloMo (merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps) 
  • Sistem operasi : iOS 7
  • 8 megapixels with 1.5µ pixels 
  • ƒ/2.2 aperture 
  • Sapphire crystal lens cover
  • True Tone flash 
  • Backside illumination sensor 
  • Five-element lens 
  • Hybrid IR filter 
  • Autofocus 
  • Tap to focus
  • Face detection 
  • Panorama 
  • Burst mode
  • Photo geotagging
PROSEDUR KESELAMATAN
  • Pengendalian Kendalikan iPhone dengan cermat. Ia diperbuat daripada logam, kaca dan plastik dan mempunyai komponen elektronik yang sensitif di dalamnya. iPhone boleh rosak jika dijatuhkan, dibakar, dibocorkan, atau dihancurkan, atau jika ia bersentuhan dengan cecair. Jangan gunakan iPhone yang rosak, seperti dengan skrin yang retak kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Jika anda bimbang akan mencalarkan permukaan iPhone, pertimbangkan untuk menggunakan bekas atau penutup. 
  • Pembaikan Jangan buka iPhone dan jangan cuba baiki iPhone dengan sendiri. Membuka iPhone boleh merosakannya atau boleh menyebabkan kecederaan pada anda. Jika iPhone rosak, malfungsi atau bersentuhan dengan cecair, hubungi Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple.
  • Pengecasan Cas iPhone dengan kabel USB dan penyesuai kuasa yang disertakan atau dengan kabel dan penyesuai kuasa “Dibuat untuk iPhone” pihak ketiga lain yang serasi dengan USB 2.0 atau lebih baru, atau penyesuai kuasa yang serasi dengan peraturan negara yang berkenaan.
  • Atmosfera mudah letup Jangan cas atau gunakan iPhone dalam sebarang kawasan dengan atmosfera yang berpotensi mudah meletup, seperti kawasan mengisi bahan api, atau dalam kawasan di mana udara mengandungi bahan kimia atau partikel (seperti bijirin, habuk atau serbuk logam). 
  • Pembersihan Bersihkan iPhone dengan segera jika ia bersentuhan dengan apa-apa yang boleh menyebabkan kesan kotor—seperti kotoran, dakwat, solekan atau losen. 
  • Suhu pengendalian iPhone direka bentuk untuk berfungsi dalam suhu ambien antara 32° dan 95° F (0° dan 35° C) dan disimpan dalam suhu antara -4° dan 113° F (-20° dan 45° C). iPhone boleh rosak atau hayat bateri menjadi pendek jika disimpan atau dikendalikan di luar julat suhu ini. Elakkan mendedahkan iPhone kepada perubahan suhu atau kelembapan yang ketara. Apabila anda menggunakan iPhone atau mengecas bateri, adalah biasa bagi iPhone menjadi panas.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post