S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN ON Friday, June 9, 2017 AT 12:31 PM
OBJEKTIF 
  • Membolehkan kualiti produk dan kepuasan pelanggan tercapai melalui penyelarasan (adjustment), servis dan operasi peralatan. 
  • Memaksimakan jangkahayat peralatan. 
  • Menjaga keselamatan peralatan dan mencegah dari berlakunya bahaya 
  • Meminimakan jumlah kos pengeluaran melalui servis dan baikpulih. 
  • Mengurangkan kekerapan gangguan dalam proses operasi 
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran melalui penggunaan peralatan sepenuhnya 
SKOP 
  • Mengetahui konsep dan keperluan pengurusan penyenggaraan yang sistematik. Memahami jenis-jenis penyenggaraan asas yang biasa digunakan oleh bengkel seperti:
  • Penyenggaraan yang dirancang (regular maintenance) 
  • Penyenggaraan yang tidak dirancang, serta hubungan dengan
  • Senggeraan berjadual (preventive maintenance) 
  • Senggeraan pembetulan (corrective maintenance) 
  • Senggeraan kerosakan(breakdown maintenance) 
Mengetahui elemen-elemen perancangan untuk membolehkan perancangan penyenggaraan mencegah dan rombak rawat. Kaedah penyediaan perancangan berpandukan kepada laporan serta data-data piawaian yang ada. Mengetahui dan membincangkan dasar-dasar sistem penyenggaraan seperti:-

  • Penyenggaraan berjadual 
  • Penyenggaraan pembetulan 
  • Senggeraan kerosakan 
DEFINISI DAN JENIS-JENIS PENYENGGARAAN 

Satu siri aktiviti untuk meningkatkan produktiviti melalui penggunaan keseluruhan aspek sebuah loji:bermula dari kajian,penyelidikan,rekabentuk,pengeluaran,dan pemasangan sehingga ke operasi,penyenggaraan dan akhirnya pelupusan 

Preventive Maintenance(Senggeraan Berjadual) 
  • Perancangan yang sistematik, dibuat secara berkala (tahunan dan sebagainya), dan tepat pada masa diperlukan seperti mencuci, melincirkan, membaiki dan menggantikan bagi komponen-komponen untuk 
  • Meminimumkan kerugian pengeluaran disebabkan oleh kerosakan- kerosakan. 
  • Memanjangkan hayat harta modal. 
  • Mengurangkan kos keseluruhan 
  • Kaedah penyenggaraan berdasarkan kombinasi pangkalan masa dan keadaan untuk memastikan peralatan berfungsi oleh pengawalan komponen-komponen peralatan, assemblies, subassemblies, accessories, attachment, dan sebagainya. 
  • Memelihara prestasi bahan-bahan struktur. 
  • Mencegah kakisan, keletihan (fatigue), dan lain-lain bentuk kemerosotan yang melemahkan mereka. Untuk mencegah atau melambatkan kerosakan-kerosakan. 
  • Tindakan pencegahan boleh dijalankan mengikut suatu jadual yang pratentu dan tetap atau apabila diperlukan. 
  • Rancangan-rancangan penyelenggaraan pencegahan yang direka dengan elok boleh mengurangkan insiden penyelenggaraan kecemasan. 
  • Program penyelenggaraan pencegahan yang dilakukan secara meluas adalah penting untuk mengurangkan kekerapan dan gangguan aliran kerja. 
Corrective Maintenance(Senggaraan pembetulan) 
  • Ia menambahbaik peralatan dan komponen-komponennya agar penyelenggaraan pencegahan boleh dilaksanakan dengan pasti. 
  • Peralatan dengan rekabentuk daif mesti direka bentuk semula 
  • Sesuai untuk barang-barang penyelenggaraan yang berkos tinggi : poor maintenance, poor design atau operasi di luar spesifikasi reka bentuk . 
  • Pilihan yang perlu dibuat adalah di antara kos rekabentuk semula dan kos penyenggaraan berulang. 
  • Sesetengah keadaan jika menggantikan sebuah mesin adalah lebih ekonomi daripada daripada dibaiki maka pembaikan tidak harus dilakukan.
  • Amat sesuai apabila kegagalan yang bila kronik dan berulang-ulang berlaku dan memerlukan pengubahsuaian-pengubahsuaian. 
  • Ia memerlukan tindakan kejuruteraan daripada tindakan penyenggaraan tetapi sering menjadi tanggungjawab jabatan penyenggaraan. 
Breakdown Maintenance(Senggaraan kerosakan)  
  • Ia menambahbaik peralatan dan komponen-komponennya agar penyelenggaraan pencegahan boleh dilaksanakan dengan pasti. 
  • Peralatan dengan rekabentuk daif mesti direka bentuk semula 
  • Ia bertujuan untuk menyingkirkan penyebab penyenggaraan. 
  • Sesuai untuk barang-barang penyelenggaraan yang berkos tinggi : poor maintenance, poor design atau operasi di luar spesifikasi reka bentuk. 
  • Pilihan yang perlu dibuat adalah di antara kos rekabentuk semula dan kos penyenggaraan berulang. 
  • Sesetengah keadaan jika menggantikan sebuah mesin adalah lebih ekonomi daripada daripada dibaiki maka pembaikan tidak harus dilakukan. 
  • Amat sesuai apabila kegagalan yang bila kronik dan berulang-ulang berlaku dan memerlukan pengubahsuaian-pengubahsuaian. 
  • Ia memerlukan tindakan kejuruteraan daripada tindakan penyenggaraan tetapi sering menjadi tanggungjawab jabatan penyenggaraan. 
SINGKATAN
  • J/K= JAWATAN KUASA 
  • PPLV= PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL 
  • SOP=STANDARD OPERATING PROCEDURE 
  • KJ=KETUA JURUSAN 
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 

J/K ASET DAN INVENTORI
  • Berkaitan dengan pengurusan harta modal,bekalan pejabat dan pengurusan stok. 
  • Memastikan asset kerajaan diuruskan dengan teratur,cekap,dan berkesan bagi mengelakkan pembaziran wang kerajaan 

J/K PERHUBUNGAN INDUSTRI
  • Merancang dan melaras latihan industri pelajar. 
  • Mewujudkan perlaksanaan kursus di bengkel mengikut keperluan industri. 
  • Membantu dalam urusan penempatan pelajar setelah tamat latihan industri 

J/K PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
  • Urusan pengambilan dan rekod pelajar. 
  • Memantau semua program yang dilaksanakan dalam bengkel tersebut. 
  • Pemantauan pengurusan dan operasi. 

J/K HAL EHWAL PEKERJA
Menyelia tindakan displin pelajar. 
Menyelia dan mengurus hal berkaitan ko-kurikulum pelajar. 

J/K KURIKULUM
  • Merancang dan menyelaras pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang dibangunkan. 
  • Menilai dan mengemaskini kurikulum latihan kemahiran. 

J/K PELUPUSAN
  • Memeriksa aset dan rekod yang hendak dilupuskan 
  • Meluluskan pelupusan bagi inventori. 

J/K KETUA JURUSAN
  • Memimpin dan membimbing  
  • Mengawasi pekembangan dan produktiviti setiap unit dibawahnya. 
  • Memberi arahan kepada setiap unit.  

J/K PEMBEKAL
  • Membuat laporan analisis prestasi pembekal.

J/K BAHAN DAN STOK LATIHAN
  • Mengawasi aliran stok barangan untuk tugas-tugas senggaraan sentiasa mencukupi 
  • Berhubung dengan bahagian stok untuk mendapatkan alatan gantian yang diperlukan 
  • Memastikan stok latihan mencukupi 

J/K PEPERIKSAAN
  • Merancang aktiviti-aktiviti peperiksaan mengurus dan melaksanakan peperiksaan 
  • Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan. 
  • Membuat Analisis Keputusan Peperiksaan 

STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) OSILOSKOP 

SEBELUM 
  • pastikan tempat kerja bersih dan selamat ambil peralatan dari tempat penyimpanan pastikan peralatan itu berfungsi dan selamat digunakan.

SEMASA 
  • pastikan suis bekalan alatan dalam keadaan ‘OFF” 
  • laraskan tombol untuk penggunaan satu saluran 
  • “ON” suis pada osiloskop “LED” akan menyala 
  • Pastikan garisan akan kelihatan pada skrin selepas 20 saat 
  • Jika garisan surihan tidak kelihatan dalam masa 60 saat,semak semula pelarasan yang telah dibuat 
  • Laraskan “INTEN” dan “FOCUS” untuk mendapatkan garisan yang terbaik 
  • Laraskan suis “AC-GND-AC” kepada kedudukan “AC” 
  • Laraskan “FOCUS” untuk mendapatkan kejelasan garisan Sambungkan kuar (probe) osiloskop kepada litar / alatan yang hendak diuji 
  • Laraskan “TIME/DIV dan “VOTT/ DIV” untuk mendapatkan bentuk gelombang 
  • Uji litar atau alatan sehingga selesai 
  • Tulis laporan jika ada masalah Tanggalkan sambungan punca keluaran (output ) dari litar atau alatan Laraskan semua tombol kepada minimum “OFF” suis pada osiloskop 
  • Tanggalkan sambungan punca bekalan utama (250VAC) 

SELEPAS 
  • Pastikan alatan yang telah diggunakan dalam keadaan baik 
  • Simpan alatan tersebut ke tempat asal 
  • Bersih dan kemaskan kawasan kerja 

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MULTIMETER DIGITAL 

SEBELUM 
  • Pastikan tempat kerja bersih dan selamat 
  • Ambil peralatan dari tempat penyimpanan 
  • Pastikan peralatan itu berfungsi dan selamat digunakan 

SEMASA 
  • Pasangkan probe pada terminal yang betul Sebelum memulakan sesuatu sukatan, letakkan wire warna merah ke tempat yang bertanda positif (+) dan wire hitam ke tampat yang bertanda Negatif (-). 
  • Pastikan julat yang hendak digunakan. 
  • Laraskan meter kepada julat yang hendak digunakan. 
  • Pintaskan probe positif dan negatif laraskan jarum supaya berada pada nilai 0. 
  • Pastikan bacaan yang di baca betul dan mengikut julat yang digunakan. 
  • Ukur nilai hingga selesai 
  • Laraskan tombol julat kepada ‘OFF’. 
  • Tanggalkan probe . 

SELEPAS 
  • Pastikan alatan yang telah diggunakan dalam keadaan baik 
  • Simpan alatan tersebut ke tempat asal Bersih dan kemaskan kawasan kerja 

KESIMPULAN 

Tujuan laporan ini adalah untuk mengetahui tentang jenis penyenggaraan yang terdapat dalam bengkel Elektronik. Jenis penyenggaraan yang terdapat dalam bengkel EN ialah penyelenggeraan berjadual (preventive maintenance),penyenggaraan kerosakan (breakdown maintenance) dan penyenggaraan pembetulan (corrective maintenance). 

Setelah membuat tugasan penyenggaraan di bengkel Elektronik ,kami mendapati bengkel tersebut mengikuti standard operation penyenggaraan yang ditetapkan.Bengkel EN menggunakan borang-borang seperti,Borang Aduan Kerosakan,Borang Penyenggaraan,Borang Keluar Masuk Peralatan,Borang pelupusan Harta dan Rekod Laporan Kerja Penyenggaraan Oleh Kontraktor.

Labels:




Older Post | Newer Post