S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


SOALAN MOTOR ON Thursday, June 8, 2017 AT 2:41 PM
1. Sebutkan dua bahagian jenis motor satu fasa dan berikan keterangan ringkas kedua-dua bahagian tersebut. 

Pemegun 

  • Berfungsi membekalkan medan magnet yang berputar kepada pemutar. 
  • Belitan pemula dan belitan larian akan menghasilkan medan magnet.
  • Belitan ini disambung secara selari ke punca bekalan dan bertindih pada pemegun.
  • Saiz dan bilangan belitan bergantung pada penggunaan motor. 
  • Belitan pemula berfungsi untuk menentukan kelajuan pusingan motor. 

Pemutar

  • Tidak mempunyai sebarang belitan 
  • Dibina Daripada Palang-Palang Pengalir Kuprum Atau Aluminium Yang Diisi Ke Dalam Lubang Teraspemutar Bagi Membentuk Sangkar Tupai.
  • Bahagian hujung palang disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung.
  • Palang pengalir menjadi laluan untuk arus teraruh pada pemutar disebabkan oleh perubahan medan Teras Pemutar Dibina Daripada Keluli Berlamina. 


2. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Tolakan 

Motor ini biasanya dibina pada keupayaan yang kecil tidak melebihi 4 kW . Dimana stator dibelitkan dengan belitan satu fasa yang disambungkan terus kepada bekalan satu fasa.Manakala rotor motor seakan-akan sama dengan angker yang berserta dengan komutator tetapi kedua-dua punca berus karbonnya sentiasa berlitar pintas. 

Apabila belitan stator motor dibekalkan dengan bekalan satu fasa , ia akan menjadi seolah-olah belitan primer transfomer kerana ia akan menghasilkan arus aruhan di rotor secara aruhan saling .Oleh kerana litar angker berlitar pintas pada komutator , arus aruhan di rotor yang terhasil ini amat kuat sehingga mampu menghasilkan uratdaya di rotor.Sekiranya berus motor ini berada pada sudut tegak atau mengufuk dengan medan stator , pusingan rotor tidak akan terhasil kerana pada sudut ini tidak akan berlaku pemotongan pengalir.Oleh itu , tidak ada arus dan uratdaya yang terhasil di rotor untuk bertindakbalas dengan medan di stator.Pada masa kedudukan berus mengufuk dan menegak ini uratdaya di rotor lain , tetapi motor tidak juga berputar ( berpusing ) .Oleh kerana itu berus hendaklah diletakkan di antara kedua-dua kedudukan itu . Dengan ini , tolakan antara uratdaya rotor dengan uratdaya stator akan terwujud . 

Motor ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan motor belitan medan siri iaitu kelajuannya akan bertambah apabila beban motor itu dikurangkan.Untuk menyongsangkan putaran motor ini , kedudukan berus karbon perlu ditukarkan sama ada ke depan atau ke belakang daripada kedudukan mengufuk.Putaran motor ini akan mengikut arah kedudukan berus karbon itu diletakkan.jika menggunakan cara lain , motor ini boleh diubah arah putarannya dengan mengetap belitan pemula dan mengubah arah putarannya. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan belitan penyongsang kepada belitan utama dengan menggunakan suis pengubah arah putaran. 

Motor ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja menarik beban kerana ia memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.namun begitu tugas motor ini sekarang telah di ambil alih oleh motor arus ulang alik berkapasitor .Biasanya motor yang berukuran kecil boleh dihidupkan secara sambungan terus ke bekalan.Untuk motor berukuran sederhana permulaannya disambung kepada talian yang digunakan untuknya dan terdapat rintangan yang disambungkan sesiri dengan bekalan supaya arus permulaannya dapat diturunkan . 



Rajah 1 . Litar mudah Motor Tolakan . Kedudukan berus karbon bersudut tepat dengan medan stator.


Rajah 2.Kawalan arah pusingan Motor Tolakan

Labels:




Older Post | Newer Post