S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


SOLAT JUMAAT ON Thursday, June 8, 2017 AT 1:30 PM

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zuhur, dan dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi [ke masjid] untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al Jumu'ah: 9

Sabda Rasulullah SAW: "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat wajib solat Jumaat: 
  • Islam - tidak wajib bagi orang kafir. 
  • Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. 
  • Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila. 
  • Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi. 
  • Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan. 
  • Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. 
  • Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
Syarat sah solat Jumaat: 
  • Didirikan didalam waktu Zuhur.
  • Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah di tetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  • Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  • Didahului dengan dua khutbah.
Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  • Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  • Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  • Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  • Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.  
  • Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat: 
  • Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  • Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat. 
  • Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat. 
  • Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  • Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  • Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu. 
  • Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat. 
  • Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua.
  • Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar. 
  • Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  • Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari 
  • Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. 
  • Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. 
  • Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. 
  • Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat: 
  • Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. 
  • Memotong kuku. 
  • Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. 
  • Bersugi. 
  • Memakai wangi-wangian. 
  • Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. 
  • Bersegera pergi ke masjid. 
  • Berniat iktikaf. 
  • Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. 
  • Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

Labels:




Older Post | Newer Post