S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN ON Thursday, November 3, 2016 AT 11:17 AM

Assalammualaikum , hai nak share sikit pasai assignment dekat KV dulu iaitu tentang drug atau dadah yang membunuh. 

MAKSUD 

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat, merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan berlebihan atau tidak mengikut had dan peraturan.

JENIS DAN CONTOH DADAH

  • Narkotik / Opait
  •  Perangsang / Stimulants
  • Penekanan / Depressants
  • Hallucinogen
  • Cannabis

JENIS DADAH-OPIAT

Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat seperti metadon adalah dadah sintetik atau tiruan.
Dikenali juga sebagai M,White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer,Morpho,Tab,Morb,Cubes, Emsel dan Melter. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.



JENIS DADAH-PERANGSANG

Dadah perangsang  atau nama lainya Stimulants merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan.
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.



JENIS DADAH-DEPRESSANTS

Depressants ialah kumpulan dadah yang boleh mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Fungsi dadah ini ialah menurunkan aras rangsangan psikologikal agar dapat menenangkan fikiran manusia.Contoh dadah depressants ialah Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol.


JENIS DADAH-HALLUCINOGEN

HallucinogenTerbahagi kepada dua jenis iaitu Dadah asli dan sintatik ia berfungsi untuk mengubah pandangan visual seseorang.dadah ini susah untuk dibezakan samaada ia benar atau tidak.Contoh Hallucinogen ialah LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin.


JENIS DADAH-CANNABIS

Cannabis Sejenis dadah yang didapati daripada bunga dan daun pokok India Hemp.Pokok ini tumbuh subur di negara beriklim tropical.Contoh Cannabis ialah Ganja, Hashish & Marijuana.
Ianya dikenali sebagai Kanabis Herba,Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang,Kif,Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. 

MAKSUD PENYALAHGUNAAN DADAH   

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut ).Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP DIRI SENDIRI
  • Pandai menipu
  • Mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah
  • Mengasingkan diri dari masyarakat umum
  • Hanya bergual dengan kumpulan penagih dadah
  • Mempengaruhi sahabat handai untuk menjadi penagih dadah.


KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KELUARGA
  • Rumah tangga menjadi porak peranda,perpisahan dan perceraian dalam kalangan ahli keluarga
  • Harta benda akan berkurangan atau habis terus seperti menjualkannya sedikit demi sedikit
  • Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga
  • Harapan keluarga tidak dapat dipatuhi


KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN


Itu sahaja, kalau memerlukan dalam bentuk slideshow boleh email saya ya. 
irissyazwani@gmail.com

Labels:




Older Post | Newer Post