CLOSED CIRCUIT TELEVISION (CCTV ) ON Thursday, June 8, 2017 AT 11:37 AM
APAKAH CCTV
- Televisyen litar tertutup (CCTV) ialah penggunaan kamera video
untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Ia berbeza dengan
televisyen penyiaran di mana isyaratnya tidak dihantar secara terbuka, walaupun
ia boleh menggunakan pautan tanpa wayar dari titik ke titik.
- CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan di kawasan-kawasan yang
memerlukan pengawasan seperti bank, rumah, lapangan terbang, pangkalan tentera,
dan pasar-pasar raya.
SISTEM CCTV
- Sistem CCTV yang lazim biasanya terdiri dari beberapa kamera tertutup
yang di tempatkan pada suatu tempat-tempat tertentu. Segala kejadian yang ada,
dapat di pantau dengan monitor tv,lcd dan sebagainya.
- Segala perjalanan aktiviti boleh dirakam (hasil rakaman dapat di mainkan
kembali apabila perlu) untuk bahan bukti dan sebagainya.
KEBAIKAN CCTV
- Keperluan penggunaan CCTV adalah merupakan suatu keperluan yang penting
dalam menjaga keselamatan keluarga, bangunan/gudang dan aset-aset lain yang
penting.
- Ditambah pula kini terdapat ancaman-ancaman oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, kes jenayah pembantu rumah, perusuh, pecah rumah, dan
sebagainya.
KEPENTINGAN CCTV
1. Keselamatan (security)
- Pencegahan
- Penyelidikan
- Bukti
2. Pengawasan (Surveillance)
- Memantau pekerja
- Peningkatan kualiti kerja agar lebih produktif
3. Nilai Tambah
- Meningkatkan kepercayaan
pelanggan
- Meningkatkan rasa selamat dan
tenang untuk pelanggan dalam urusan jual beli
PENYAMBUNGAN CCTV
JENIS-JENIS SAMBUNGAN CCTV
Terdapat dua jenis iaitu dengan
menggunakan kabel dan satu lagi tanpa wayar ataupun wireless cctv kamera,
tetapi kebanyakkannya menggunakan kabel kerana murah dan kualiti video untuk
cctv yang lebih jelas dan terang.
SISTEM RAKAMAN CCTV
Jenis sistem rakaman cctv
- Terdapat dua jenis sistem rakaman cctv yang
dipasang iaitu
- Pertama menggunakan komputer(
PC Based ) yang kedua ialah jenis
Standalone ataupun seperti DVD
recorder (DVR Standalone).
JENIS KAMERA CCTV
Jenis kamera cctv yang ingin anda pasang bergantung kepada kegunaan dan
tempat yang ingin dipasang, sebagai contoh sekiranya anda ingin pasang kamera
cctv di bahagian dapur rumah anda dan bertujuan untuk mengawasi orang gaji
adalah lebih baik menggunakan hidden kamera @ kamera cctv tersembunyi dan
antara yang boleh digunakan ialah cctv smoke detector hidden camera( kamera
cctv yang diletakkan didalam bekas alat pengesan asap)
JENIS-JENIS KAMERA CCTV
STANDARD CAMERA
Camera CCTV jenis ini boleh disesuaikan sudut pemerhatiannya
sehingga dapat menghasilkan gambar yang sesuai dan jelas. Lensa pada kameranya
juga boleh ditukar bergantung kepada kesesuaian dan untuk hasil rakaman yang
berkualiti.
DOME CAMERA
- Dome Camera adalah sesuai untuk
mengawasi ruang yang tertutup seperti Pejabat, Rumah, Premis Perniagaan, juga
boleh digunakan di gudang-gudang dan lain-lain ruang dalaman.
- Dome Camera lazimnya diletakkan
untuk diletakkan bahagian kaunter dan kedai kerana ia sesuai berada pada tempat
yang tersorok,terlindung dan hampir dengan sasaran pemerhatian.
- IR Dome Camera secara kegunaannya lebih kompleks dari biasa Dome Camera
yang lazim.
- IR Dome
Camera yang
dilengkapi oleh sistem Infra Red (IR)
dapat mengesan imej dalam keadaan
yang benar-benar gelap.
- IR Dome Camera boleh melakukan
pemantauan didalam gelap atau pada waktu malam.
- IR Dome Camera ini sangat peka sehingga ia dapat mengesan objek
dihadapannya dan memberikan gambar yang boleh dibaca bahkan dengan hanya
pencahayaan minimum.
- Imej masih jelas walaupun
padawaktu malam dan suasana yang gelap dan suram.
DIGITAL SURVEILLANCE SYSTEM
Digital Surveillance System
adalah sistem pengawasan dengan menggunakan camera CCTV, yang menggunakan CCTV analog.Dengan system
digital, para pengguna sistem dapat melakukan :
- Rakaman dalam jangka waktu yang lama (tergantung
kapasiti ‘hard disk’ dalam server ), tidak memerlukan video casette/VHS
- Rakaman disetkan untuk kamera masing-masing
secara terpisah berdasarkan keperluan.
- Melakukan l’ive surveillance’ dan video playback
secara serentak.
- ‘Motion Detect Alarm’.
- Remote networking via PSTN/ISDN, wire or wireless
LAN/WAN, atau Internet.
- Mengawal camera PTZ tanpa perlu menggunakan
‘joystick’.
- Melakukan ‘print out’ hasil rakaman.
CCTV Tanpa wayar ( Wireless CCTV)
CCTV Tanpa wayar ( Wireless CCTV)
- CCTV tanpa wayar ini menggunakan gelombang radio untuk
- berkomunikasi, kamera ini dapat menangkap gambar dan suara sekaligus .
- Kamera ini sangat sesuai digunakan untuk kegiatan mengamati suatu objek atau
untuk tujuan keselamatan dan pemantauan.
- CCTV tanpa wayar ini menggunakangelombang 1.2Ghz, dimana terdapat 1 unit
‘receiver’ untuk menerima gambar dan suara yang dipancarkan oleh Kamera Tanpa
Wayar tersebut.
- Output dari ‘receiver’ alat ini boleh dihubungkan langsung ke AV-input di
TV, untuk melihat imej dari wireless spy
camera tersebut secara ‘live’.
- Untuk merakam hasil dari kamera ini boleh menggunakan Portable Harddisk DVR
- atau Standalone DVR. Atau Jika ingin merekamnya ke dalam komputer /
laptop,boleh menggunakan USB TV Tuner
atau USB DVR.
LOKASI PEMASANGAN CCTV
Kedudukan asas kamera cctv :
Sedikit petua untuk anda menentukan kedudukan kamera cctv semasa pemasangan
sistem cctv kamera iaitu dimanakah tempat jalan keluar rumah anda (ambil rumah
sebagai contoh). Letakkan kamera cctv di kawasan yang boleh kamera cctv
tersebut merakamkan video kawasan pintu rumah. Selain itu untuk menentukan
kedudukan kamera cctv anda menentukan dimanakah kawasan yang ingin anda rakam
menggunakan sistem kamera cctv ini .
PERALATAN PEMASANGAN
CCTV
- DVR
- LCD MONITOR
- STANDARD KAMERA
- IR DOME CAMERA
- CAMERA CHARGER
- CABLE CONECTOR
- BNC CONECTOR
- COAXIAL CABLE
Labels: DOCUMENT
Older Post | Newer Post