S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


MUSIC BOX ON Thursday, November 3, 2016 AT 4:46 PM



PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan folio projek ini sebaik mungkin dengan lengkap .Justeru itu,saya ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa pihak.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong saya menyiapkan projek ini terutamanya kepada warga Kolej Vokasional Balik Pulau terima kasih untuk segala infrastruktur dan alat yang telah disediakan bagi saya menjalankan projek ini.
Selain itu saya juga merakamkan penghargaan kepda kedua ibu bapa saya iaitu Najeeb bapa saya dan Zarina ibu saya,tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya yang lain kerana memberi sokongan  moral serta mendoakan kejayaan saya dan juga memberi pertolongan dari segi wang tunai.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Puan Paridah Binti Said dan Puan Suhairizan Binti Bahari kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu,terima kasih saya ucapkan ,sesungguhnya jasa baik rakan-rakan tidak terbalas oleh saya.
Jasa dan budi baik semua pihak akan dikenang sepanjang hayat saya.Sesungguhnya jasa baik semua pihak hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya ,saya hanya mampu mengenang.
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.
PENGENALAN

Penghasilan projek ini bertujuan untuk memperolehi markah yang cemerlang dalam mata pelajaran elektronik CEEN 206 iaitu bagi module Electronic Circuit And Application dan untuk lulus pada peperiksaan akhir semester dua nanti .
Folio dan projek ini wajib dibuat oleh semua pelajar aliran elektronik Kolej Vokasional Balik Pulau.Selepas menghasilkan projek  barulah folio ini dihasilkan.
Pelajar pelu menyerah folio dan projek pada tarikh yang ditetapkan oleh Guru Ceen 206 iaitu Puan Paridah Binti Said dan Puan Suhairizan Binti Bahari untuk dinilai dan diberi markah sebelum peperiksaan akhir semester dua.
Daripada penilaian guru ,para pelajar akan diberi markah yang sewajarnya berdasarkan hasil kerja seterusnya markah itu akan dicampur dengan markah peperiksaan akhir semester dua bagi paper Ceen 206.
OBJEKTIF KHUSUS

Dalam negara sedang ghairah mengejar era Teknologi Elektronik dan sebagai sebuah negeri perindustrian ,Malaysia bermatlamat untuk melahirkan jurutera-jurutera yang mempunyai kemahiran yang  mampu membangunkan wawasan 2020.
Sebagai langkah atau strategi untuk mencapai matlamat tersebut Bahagian Persatuan Teknik Vokasional dan kerajaan telah mengorak langkah  dengan memperkenalkan Kolej Vokasional pada tahun 2012 di 14 buah negeri di Malaysia ,setiap negeri mempunyai satu Kolej Vokasional yang terdiri daripada aliran yang berbeza.
Satu projek diwajibkan ke atas semua pelajar tingkatan 4 yang mengambil krusus ini.Setiap pelajar diwajibkan menghasilkan  satu projek bagi peperiksaan akhir semester dua yang berdasarkan elektronik iaitu projek Music Box.
Tujuannya adalah untuk menigkatkan kemahiran murid  ,menguji murid serta memperolehi markah bagi peperiksaan akhir semester dua .Tugasan ini harus dihasilkan oleh setiap murid secara  berindividu bagi melatih pelajar berdikari dan memantapkan kemahiran yang ada di dalam diri mereka.Ini juga langkah awal untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang ini dan konsep sebenar bidang ini.
Justeru itu ,tidak hairanlah negara kita boleh berkembang maju lagi dengan kerjasama dan gabungan pelbagai pihak  untuk mermatabatkan negara sebagai sebuah negara yang maju.Ini bermakna impian kita bukanlah satu fantasi malah impian itu akan menjadi realiti insyallah sekiranya segalanya berjalan lancar.
SENARAI BAHAN DAN KELENGKAPAN

Bil
Komponen
Spesifikasi
Kuantiti
1
Perintang,R2
10W/0.5W
1
2
Perintang,R1
150W/0.5W
1
3
Perintang boleh laras,VR(miniature)
2KW
1
4
Pemuat elektrolit,C3
10µF/16V
1
5
Pemuat elektrolit,C1
100µF/16V
1
6
Pemuat elektrolit,C6
220µF/16V
1
7
Pemuat elektrolit,C2
1000µF/16V
1
8
Pemuat seramik,C4
0.1µF/50V
1
9
Pemuat seramik,C5
0.047µF/50V
1
10
IC1
UM66
1
11
IC2 dan tapak
LM386
1
12
Diod,D
IN4001
1
13
Diod Zener,DZ
3.3V
1
14
Pembesar suara,SP
8W/0.2WÆ28mm
1
15
Papan Kuprum
60mmX90mm
1
16
Dawai Sambungan

Secukupnya
17
Meter  Pelbagai

1
18
Osiloskop dan alat tambah

1
19
Alat dan bahan pemateri

1
20
Bekalan kuasa teratur
0-30V AT
1

LANGKAH 1-PROSES PENYEDIAAN LITAR PROJEK

Proses penyediaan litar projek ialah proses penyediaan barang-barang untuk menjalankan projek.Terdapat pelbagai alatan yang digunakan untuk projek ini ,antara alatan tangan yang digunakan ialah playar muncung tirus,pemotong ,soldering iron,soldering stand ,soldering lead ,hot glue gun ,mesin gerudi tangan mudah alih ,mesin gerudi meja  dan meterpelbagai .Dalam projek ini saya memerlukan beberapa pemuat elektrolik ,pemuat seramik ,ic ,transistor perintang ,diod ,speaker ,wayar , dan PCB.Penyediaan komponen memerlukan ketelitian agar komponen mengikut nilai dan jenis yang diperlukan.

LANGKAH 2-MEREKA BENTUK LITAR

Merekabentuk litar ialah proses merekabentuk litar yang akan di lakar di atas pcb board. Dalam proses ini litar skematik akan ditukar ke litar surihan. Langkah pertama ialah saya merekabentuk litar ,kemudian saya merekabentuk litar mengikut saiz PCB di atas kertas lutsinar.Sewaktu merekabentuk litar  di atas kertas lutsinar mengikut saiz PCB saya amat teliti untuk membuat paksi kaki komponen ,saya mengambil komponen dan mengukurnya untuk memastikan komponen tidak bertindih saya juga amat teliti semasa menyusun komponen ,jarak antara komponen haruslah tidak terlalu dekat ataupun jauh dengan komponen lain.Selepas siap barulah saya memindahkan litar di atas kertas lutsinar ke PCB.


LANGKAH 3-LETTERING

Proses kedua ialah proses lettering.Untuk membuat jalur pengalir di atas PCB, lettering digunakan.Lettering ialah sejenis marker ataupun sticker ,terdapat pelbagai bentuk dan saiz lettering ,tetapi dalam proses ini saya menggunakan lettering yang berbentuk kaki ic untuk kaki ic ,bentuk bulat untuk kaki komponen,dan bentuk jalur untuk jalur pengalir.Sticker ini amat sensetif ia tidak boleh terdedah kepada angin terlalu lama ,sekiranya terdedah ia akan masuk angin dan tidak akan melekat di atas papan PCB .Lettering perlu dilekatkan dengan kemas dan rapi agar jalur pengalir yang diingini tidak terputus. Saya menggunakan pen ball point dan pembaris untuk melekatkan lettering.Proses ini memerlukan ketelitian agar  tidak membazir dan litar tidak terputus .


LANGKAH 4-ETCHING

Proses ketiga ialah etching.Etching ialah proses merendam PCB board di dalam larutan asid bagi menghakis lapisan kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi oleh lettering,proses ini haruslah dilakukan di tempat yang lapang dan terbuka.Saya memasak air panas terlebih dahulu kerana saya menggunakan asid serbuk.Selepas air siap dimasak saya menuangkan air ke dalam sebuah bekas ,kemudian saya memasukkan serbuk asid ,setelah larutan itu larut barulah saya memasukkan PCB saya.Bekas itu perlulah digoncang-goncangkan agar proses menghakis kuprum yang tidak diingini dilakukan dengan cepat untuk proses ini tidak boleh memasukkan tangan ke dalam bekas etching saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan kayu untuk memegang papan saya. Proses ini perlulah berhati-hati agar lettering tidak terkeluar sekiranya lettering terkeluar kita perlulah membasuh litar dan mengulang lettering di tempat yang terputus tadi dan barulah kita mengetching semula.
Setelah ia meniggalkan jalur pengalir yang dilekatkan dengan lettering sahaja ,saya mengangkat papan pcb dan membasuhnya dengan air paip dan dikeringkan ,ia boleh dijemur ataupun dilap dengan kain ,saya melap dengan kain agar papan itu cepat kering.


LANGKAH 5-MENANGGALKAN LETTERING

Selepas papan PCB kering ,saya melakukan proses menaggalkan lettering.Proses menaggalkan lettering ialah proses menaggalkan lettering yang telah dilekatkan tadi untuk etching.Saya menggunakan salotape.Saya menampal salotape ke atas lettering yang terdapat di papn PCB tersebut kemudian saya menarik kembali salotape itu perlahan-lahan.Saya melakukan proses ini berulang-ulang kali sehingga semua lettering di atas papan itu habis.Selepas itu saya menggunakan kertas pasir untuk melincinkan papan dan memastikan lettering tidak tertinggal.


LANGKAH 6-MENGGERUDI

Proses seterusnya ialah menggerudi.Menggerudi ialah untuk menebuk lubang bagi memasukkan komponen.Proses ini menggunakan mesin gerudi meja,semasa proses ini saya berhati-hati agar tidak tersilap menebuk lubang ,dan agar mata gerudi tidah mudah patah mata gerudi yang digunakan juga perlulah sesuai.Selepas menggerudi saya menggunakan kertas pasir semula untuk melincinkan permukaan papan saya dari habuk dan kotoran.


LANGKAH 7-MEMASANG KOMPONEN

Proses memasang komponen ialah ,proses menyusun komponen di atas PCB sebelum dipateri,kedudukan komponen haruslah mengikut litar skema ,sekiranya tidak sama litar ini tidak akan berfungsi.Sebelum proses pemasangan saya menggunakan kertas pasir dan membersihkan semua komponen dari habuk dan kekotoran.Saya memastikan susunan komponen di atas litar skema sama seperti litar skema ,saya juga memastikan setiap komponen yang mempunyai kekutuban seperti diod zener ,diod rectifier ,kapasitor elektrolitik serta transistor dipasang mengikut kekutuban yang betul.Selain itu ,saya juga memastikan tapak ic tidak terbalik, kekutuban bekalan kuasa ,pembesar suara ,dan suis juga penting .

LANGKAH 8-PEMATERIAN

Pematrian ialah proses mematri komponen untuk mecamtumkan komponen kepada litar PCB menggunakan solder iron dan timah.Saya mematri komponen dan semua suis serta wayar dengan teliti.Semasa pematrian saya memastikan agar komponen yang di pateri kemas ,tidak terangkat dan tidak terlalu rapat dengan PCB ,saya juga memastikan pematrian saya teguh supaya komponen tidak mudah tertanggal.Selain itu saya juga mengelakkan komponen ataupun wayar dipateri terlalu lama ,apabila suhu terlalu panas ia boleh merosakkan komponen,ia juga boleh mencairkan penebat wayar.


LANGKAH 9-MEMOTONG KAKI KOMPONEN

Proses  memotong kaki komponen ialah proses memotong kaki komponen yang berlebihan untuk mengelakkan kaki tersebut bersentuhan.Saya menggunakan cutter untuk memotong kaki komponen ,apabila kaki komponen bersentuhan litar pintas akan berlaku.

LANGKAH 10-PENGUJIAN LITAR PROJEK

Pengujian litar ialah proses menguji litar sama ada litar ini berfungsi atau tidak dengan menggunakan bekalan kuasa.Bagi projek ini saya menggunakan bekalan kuasa 9 volt.

LANGKAH 11-MENYIMPAN LITAR KE DALAM KOTAK

Proses menyimpan litar ialah proses menyediakan kotak untuk menyimpan litar tersebut ke dalam kotak.Saya menebuk dua lubang menggunakan mesin gerudi tangan mudah alih di kotak itu untuk meletakkan suis dan pelaras volume di luar,dan saya juga menebuk beberapa lubang untuk pembesar suara.Selepas itu saya memasukkan litar ke dalam kotak dengan menggunakan hot glue gun untuk melekatkan pelaras volume dan suis di luar ,saya juga menggamkan litar tersebut di kotak agar litar tersebut tidak bergerak.

LANGKAH 12-MENGHIAS MUSIC BOX

Proses menghias litar ialah proses menghias kotak yang menyimpan litar.Proses menghias adalah mengikut kreativiti masing-masing.Pelbagai bahan yang boleh digunakan , saya menggunakan sticker kain .Saya jugak melabel suis dengan “on” “ of” dan volume dengan “high” dan “low”.


KENDALIAN LITAR

Music box ialah satu litar projek yang menghasilkan bunyi.Projek ini memerlukan dua perintang biasa,satu perintang boleh laras,empat pemuat elektrolik,dua pemuat seramik,satu ic, satu ic dan tapak,satu diod,satu diod zener,suis,wayar sambungan bateri,pembesar suara dan PCB.Bunyi litar bergantung kepada jenis IC yang digunakan.Litar ini menggunakan bekalan kuasa kimia ,iaitu bateri sebanyak 9 volt.

PENUTUP

Alhamdulillah ,bersyukur saya ke hadrat allah S.W.T kerana dengan izinya saya dapat menyiapkan projek dan laporan ini .Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada semua pihak yang terlibat.Banyak ilmu yang saya timba sepanjang menyiapkan projek dan laporan ini.Pada mulanya memang saya agak keliru untuk menjalankan projek dan laporan ini ,bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah saya mengusahakannya juga kerana ini adalah untuk markah peperiksaan akhir saya.Tanpa usaha tiadalah kejayaan.Berkat pertolongan dan dorongan dari semua pihak terhasilah laporan dan projek ini.Saya harap ilmu yang saya dapat sepanjang menjalankan projek dan laporan ini dapat saya manfaat di waktu akan datang.

JIKA MEMERLUKAN DALAM BENTUK LENGKAP BOLEH EMAIL SAYA DI irissyazwani@gmail.com

Labels:




Older Post | Newer Post