S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


MONITOR ON Friday, June 9, 2017 AT 8:52 AM
PENGENALAN

Istilah " monitor " sering digunakan seiring dengan " skrin komputer " atau "paparan” . Monitor adalah interface antara pengguna dan program komputer.Monitor adalah alat yang digunakan sebagai output data samada dalam bentuk teks atau gambar.Monitor akan memaparkan data samada dalam bentuk gambar atatu teks.

Monitor komputer yang lama dibina dengan tiub sinar katod ( CRT ), yang menjadikan mereka agak berat dan menyebabkan mereka mengunakan banyak ruang. Kebanyakan monitor moden dibina menggunakan teknologi LCD iaitu nipis yang menjimatkan banyak ruang.

Monitor biasanya dipasang diantara litar dan paparan peranti.Monitor boleh didapati dalam saiz yang berbeza; saiz mereka diukur dari pepenjuru skrin segi empat tepat.Monitor boleh didapati dari 12 " kepada 42 "inci, yang anda boleh memilih mengikut keperluan dan ruang. 

CRT-CATHODE RAY TUBE MONITOR 


CRT (Cathode Ray Tube) merupakan monitor generasi kedua dari monitor komputer yang merupakan generasi pertama dari monitor computer pada zaman moden. Saat ini minat terhadap monitor CRT sudah mulai ditinggalkan walaupun monitor CRT tetap dihasilkan. Alasan mengapa pengguna mula meninggalkan monitor CRT adalah disebabkan oleh bentuknya yang besar dan berat sehingga memerlukan ruang tambahan untuk menempatkan monitor ini. Pengertian monitor CRT secara umum adalah 'monitor cembung' atau 'monitor tabung'

Monitor ini menggunakan teknologi sinaran magnetic serta electromagnetic yang cenderung untuk merosakkan mata juga memedihkan mata jika melihatnya terlalu lama. Kajian yang telah dibuat juga mendapati pengguna yang selalu menghabiskan masa didepan monitor jenis ini akanmempercepatkan penuaan secara fizikal kerana boleh mencetuskan pertumbuhan uban menjadi lebih cepat akibat radiasi yang ditimbulkan olehnya.

Kebaikkan 

  • Monitor CRT boleh meningkatkan kecerahan monitor dengan membalikkan cahaya. 
  • Mereka menghasilkan lebih banyak warna. 
  • Monitor CRT mempunyai kadar harga yang lebih rendah daripada LCD atau plasma. 
  • Kualiti imej yang dipaparkan pada Tube katod Ray adalah lebih LCD dan monitor Plasma. 
  • Ciri-ciri kontras monitor tiub sinar katod dianggap sangat cemerlang. 
Keburukkan 

  • Mereka mempunyai belakang yang besar dan memakan ruang meja. 
  • Aliran elektromagnetik yang dipancarkan oleh monitor CRT membahayakan kesihatan dan fungsi sel-sel hidup. 
  • Menggunakannya secara berterusan boleh menyebabkan sakit kepala. 
  • CRT beroperasi pada voltan yang sangat tinggi yang boleh terlalu panas dan sistem boleh menyebabkan letupan . 
  • Dalam CRT vakum yang kuat wujud di dalamnya dan juga boleh menyebabkan letupan . 
  • Berat untuk dialihkan atau dibawa ke tempat lain.
PLASMA



Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetukphospor merah, hijau dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan phospor merah, hijau dan biru ini disebut pixel (elemen gambar). 

Kebaikkan 
Semua unit paparan plasma adalah jauh lebih nipis lebar daripada monitor tiub sinar katod.
Kebanyakan unit paparan plasma adalah sama ada berdiri bebas atau boleh dipasang pada siling atau dinding.
Unit-unit paparan plasma mempunyai imej yang lebih jelas, sudut tontonan cerah, kualiti warna yang lebih baik dan nisbah kontras lebih tinggi daripada CRT dan LCD unit paparan. 
Tahan lasak 

Keburukkan 
Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama, contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas di situ.
Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness) sehingga 50% dari asal selepas 17 tahun.
Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.
Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di tepi tingkap. kerana Skrin diperbuat dari kaca. 

LCD-LIQUID CRYSTAL DISPLAY


TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton. 

Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri. 

Kelebihan 
  • Skrin macam plastik dan ringan. 
  • Kualiti imej sama macam TV Plasma. 
  • Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca. 
  • Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit. 

Keburukan 
  • Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix. 
  • Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya. 
  • Agak mahal. 
LED-LIGHT EMMITING DIODE


Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis iaitu Full LED & Edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab LED lebih fokus dan tak berkelip. Full LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD. 

TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula bukan biasa-biasa je, tetapi luar biasa kerana LED menggunakan teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin.Kalau semasa korang menonton movie atau drama. Jika cerita itu memaparkan pada waktu siang ataupun pelbagai warna. Maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk menghasilkan imej cerita itu. 

Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap. Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan tenaga elektrik. 

Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa. Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan. 

Kelebihan 
  • Kualiti gambar cantik (HD) 
  • Kurang berat kerana nipis. 
  • Jimat tenaga elektrik sehingga 40%. 
  • Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra alam kerana menggunakan mercury free technology. 
  • Warna hitam nampak lebih asli. 

Keburukan 
  • 50% lebih mahal dari LCD. namun harga itu semakin jatuh sehingga sekarang. 

OLED/AMOLED 


OLED/AMOLED pula adalah benda yang sama. Satu dari Sony, dan lagi satu dari Samsung. Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni. 

Kelebihan 
  • Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin). 
  • Kontras image lebih tinggi. 
  • Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia. 
  • Nipis hingga boleh lentur. 
  • Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background). 

Keburukan 
  • Harga mahal.
KESIMPULAN

Kesimpulannya Monitor adalah salah satu jenis peranti output yang sangat popular di dalam sistem komputer. Secara fizikal, monitor mempunyai bentuk dan fungsi sebagai skrin televisyen untuk memaparkan data dan maklumat yang berguna untuk pengguna komputer. Di samping itu, monitor juga berfungsi untuk melihat jika data atau program yang akan dimasukkan ke dalam komputer berada dalam keadaan yang betul atau tidak. Terdapat pelbagai siri monitor di zaman yang serba moden ini,setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri sesuai mengikut keadaan dan penggunaanya.

Labels:




Older Post | Newer Post