S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


SISTEM PNEUMATIK ON Thursday, June 8, 2017 AT 4:22 PM
Litar Asas

Untuk litar ini berfungsi suis tekan membenarkan udara melalui injap dari saluran 1 ke 2 menggunakan injap 1S terus ke ruang dalaman silinder 1A. Tekanan yang terkumpul dalam ruang dalaman silinder akan melawan daya yang disebabkan oleh spring balik. Maka silinder akan bergerak ke hadapan. Apabila suis tekan dilepaskan, silinder akan ditarik semula kepadakedudukan asalnya. Udara dalam ruang dalaman silinder akan disalurkan pada saluran ekzos 3pada injap 1S. 

Fungsi Litar 

  • PENGGERAK (1A) 

Penggerak pneumatik menukarkan tenaga yang dihasilkan oleh tekanan udara kepada tenaga kerja dalam bentuk daya atau gerakan. Daya yang terhasil bergantung kepada diameter silinder dan tekanan udara. Gerakan penggerak boleh dikelaskan kepada pergerakan linear atau gerakan sudut. 

  • DIRECTIONAL CONTROL VALVE (1S) 

Pengawal mengawal arah perjalanan udara dengan menghasilkan isyarat,membatalkan atau mengarahkan isyarat. 
INJAP KAWALAN TAK BALIK (OS) Injap ini hanya membenarkan isyarat melaluinya pada satu arah sahaja. Prinsip injap ini di aplikasikan pada injap shuttle dan injap quick exhaust. Injap tak balik adalah bentuk eleman yang ringkas. 

  • AIR SERVICE UNIT (OZ) 

Membekalkan udara yang bersih dan mempunyai pelincir dan menstabilkan tekanan. 

Aplikasi Pneumatik Dalam Industri 


Pemotong pneumatik 


Pemisah laluan untuk dua conveter



Older Post | Newer Post