S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


MICROCONTROLLER ON Thursday, June 8, 2017 AT 3:58 PM
Mikropengawal atau pengawalmikro (seringdisingkatmenjadi µc) merupakan komputer-dalam-cip yang telah dicipta untuk kawalan alat elektronik. Ia merupakan salah satu daripada cabang pemprosesan mikro yang mementingkan kendalian mudah dan kos efektif yang rendah. Ini bercanggah engan mikropemproses pelbagaikegunaan yang terdapat dalam komputer.Pengawal mikro pada am nyamengandungi segala ingatan danantaramuka I/O yang cukup untuk aplikasi mudah manakala mikropemproses perlu disambung kepada cip tertentu untuk memberikan fungsi yang diperlukan. 

Sebuahcip µc biasanya mempunyai ciri-ciriberikut:    
  • Unit PemprosesPusat - biasanya kecil dan mudah 
  • Antaramuka input/output seperti port bersiri peranti persisian seperti pemasa dan litar pemantau 
  • RAM untuk simpanan ingatan 
  • ROM untuksimpanan program penjana jam - biasanya pengayun untuk kristal pemasa kuartz atau litar RC. 
Penggabungan ini mengurangkan jumlah cip serta wayar dan ruang PCB yang diperlukan untuk menghasilkan sistem yang serupa menggunakan beberapa cip berasingan. Pengawal mikro terdapat di dalam peralatan elektronik.Terdapat banyakcippemprosesan yang boleh didapati di pasaran.Lebih daripada 50% merupakan pengawal yang ringkas manakala 20% pula terdiri daripada pemprosesan isyarat digital atau lebih dikenali sebagai cip DSP.Kebanyakan perkakas elektrik di rumah terdiri daripada satu atau dua alat mikropemproses pelbagai kegunaan manakala majoriti terdiri daripada mikropengawal. Ia boleh didapati di dalam peralatan elektrikal seperti mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan telefon.


Rajah Blok Binaan 



FungsiSetiap Pin 
  • Pin 1 – 8 :Port 1 (mempunyai 8 pin di mana setiap satu boleh dijadikan input atau output)
  • Pin 9 :Pin untuk reset (MC akan diresetkan bila pin ini dibekal dengan logik ”1” - +5V) 
  • Pin 10 -17 :Port 3 (mempunyai 8 pin di mana setiap satu boleh dijadikan input atau output) 
  • Pin 10 :Untuk komunikasi jenis siri (sebagai pin penerimaan data - Rx) 
  • Pin 11 :Untuk komunikasi jenis siri (sebagai pin penghantaran data - Tx) Pin 12 :INT0 (untuksampukanluar) 
  • Pin 13 :INT1 (untuk sampukan luar) 
  • Pin 14 :T0 – Timer 0 
  • Pin 15 :T1 – Timer 1 
  • Pin 16 :WR – tulis kepada RAM tambahan (di luar MC) 
  • Pin 17 :RD –baca dari RAM tambahan (di luar MC) 
  • Pin 18 – 19 :Terminal untukmemasang Krystal/pengayununtukpenjanaandenyutanklok
  • Pin 20 :Pin untuk bumi 
  • Pin 21 - 28 :Port 2 
  • Pin 29 :PSEN – untuk membaca ROM tambahan (di luar MC) 
  • Pin 30 :ALE - Address Latch Enable (digunakan bila berantara-mukad engan RAM atau ROM tambahan) :VPP – untuk memprogram ingatanFlash ROM di dalam MC 
  • Pin 31 :EA – jika ROM tambahan digunakan, pin ini dikehendaki sambung ke bumi. Jika tiada ROM tambahan, pin ini disambung ke VCC. 
  • Pin 32 – 39 :Port 0 (mempunyai 8 pin di mana setiap satu boleh dijadikan input atau output. Satu perintang Pull-up dikehendaki sambung pada port ini bila ia digunakan sebagai output) :sebagai byte rendah Bas Alamat (A0 – A7) dan Bas Data (D0 – D7) 
  • Pin 40 :Bekalan kuasa,VCC +5V

    Ciri-Ciri Microcontroller INTEL
  • Keluarga MCS51 Keluaran INTEL Keluarga MCS51 keluaran Intel ini merupakan MC berbit 8 (8-bit MC) di mana ia boleh menjalankan kerja pemprosesan sebanyak 8 bit dalam satu masa. Untuk MC ini, ia dilengkapi dengan ciri-ciri berikut padanya:

    ROM 
  • Ia merupakan ingatan di mana aturcara yang ditulis disimpan di situ. 
  • Bagi MC AT89c/s51 yang kita guna, ROMnya adalah jenis flash, bererti kandungannya boleh ditulis dan dipadam dengan senang dengan menggunakan programmer.

    RAM 
  • Ia merupakan ingatan sementara di mana kandungan pada ROM akan dipindahkan keingatan ini apabila MC dihidupkan untuk beroperasi.

    Timer 
  • Ia merupakan komponen di mana ia boleh diprogramkan untuk tujuan pemasaan, yakni menghasilkan denyutan-denyutan untuk tujuan pengiraan masa. 
          Pin I/O
  • Ia merupakan pin-pin input/output di mana ia membolehkan MC berhubung dengan dunia luar dan ini akan menjadikan MC lebih berguna lagi. 
          Serial Port
  • Port ini membolehkan penghantaraan data antara 2 komputer diadakan jika diperlukan. 
  • Penghantaran data jenis siri boleh dijalankan dengan menggunakan port ini. Keluarga MCS51 
Keistimewaan Berbanding Microcontroller lain
  • 4 KB on chip program memory. 
  • 128 bytes on chip data memory(RAM). 
  • 4 reg banks. 
  • 128 user defined software flags. 
  • 8-bit data bus 
  • 16-bit address bus 
  • 32 general purpose registers each of 8 bits 
  • 16 bit timers (usually 2, but may have more, or less). 
  • 3 internal and 2 external interrupts. 
  • Bit as well as byte addressable 
  • RAM area of 16 bytes. 
  • Four 8-bit ports, (short models have two 8-bit ports). 
  • 16-bit program counter and data pointer. 
  • 1 Microsecond instruction cycle with 12 MHz Crystal. also have a number of special and model-specific features

Labels:




Older Post | Newer Post