S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


APPLE IPAD ON Wednesday, August 23, 2017 AT 5:10 PM



iPad, adalah sebuah komputer berjenis tablet yang direka cipta oleh syarikat Apple. iPad merupakan sebuah peranti atau komputer tablet yang berukuran 9.7 inci persegi, mempunyai fungsi “touch screen” pada layar Multi-Touch. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang boleh menyokong fungsi multimedia serba guna di mana pengguna boleh membaca buku (e-book), menonton video, mendengar muzik, bermain game dan melayari internet. iPad memiliki berat sekitar 600 gram sahaja, mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem operasinya. Kamera pula hanya terdapat pada generasi kedua. Penggunaan iPad adalah sama seperti iPhone dan iPod, iaitu melalui skrin multi sentuh yang membolehkan pengguna menggunakan lebih dari satu jari untuk menekan. Teknologi skrin yang digunakan adalah jenis pengaktifan tekanan berbanding jenis yang biasa pada Smartphone iaitu pengaktifan haba. Skrinnya tidak menampakkan kesan cap jari dan tahan calar. Skrinnya juga boleh mengubah tahap kecerahannya secara automatik bergantung pada kecerahan persekitaran. iPad mempunyai pembesar suara (speaker), dan terdapat pengawal volume di sisi kanan iPad tersebut dan disertakan dengan jack headset yang membolehkan sambungan ke headphone. Juga terdapat mikrofon dalam iPad. iPad dilengkapi bateri berjenis Lithium ion polymer (LiPo). Maka, iPad memerlukan sambungan USB untuk mengecas, namun hanya boleh dicas secara efektif menggunakan pengecas yang disediakan kerana USB pada komputer biasa hanya terhad kepada 500mili Ampere, manakala bateri iPad memerlukan 2 Ampere (2000mili Ampere) untuk dicas.

KEGUNAAN DAN FUNGSI 

Antara aplikasi yang dimiliki iPad ialah seperti berikut :-

  • Calendar – Kalendar yang mempunyai fungsi asas sebuah organizer. Ini termasuk melihat tarikh, mengurus temu janji sehingga kepada melihat agenda aktiviti yang telah dirancang. 
  • Contact – Di sini, semua data atau maklumat rakan dan keluarga boleh disimpan. Penampilannya yang seperti buku juga membuat aplikasi ini cantik pada pandangan mata.
  • Maps – Aplikasi untuk mengakses Google Maps seperti pada iPhone. Layar yang lebih lebar membuatkan paparan peta lebih luas. 
  • Notes – Aplikasi ini digunakan untuk membuat catatan-catatan kecil. Jika pada iPhone aplikasi ini lebih mirip Post It, pada iPad aplikasi ini bagai memiliki sebuah block note kecil. 
  • Video – Menonton video pada iPad tidak sama dengan aplikasi iPod. Video menjadi aplikasi khusus untuk menyaksikan video yang di sinkronisasi dari iTunes. 
  • YouTube – Browser dari Safari pada iPad. Namun, untuk menonton video YouTube, Apple telah menyediakan aplikasi tersendiri bagi memudahkan pengguna untuk menonton video tanpa gangguan. • iTunes – Aplikasi ini digunakan untuk mengakses database iTunes, untuk membeli lagu-lagu di internet. 
  • App Store – Aplikasi ini digunakan untuk membeli aplikasi di App Store. 
  • Settings – Sesuai dengan namanya, ini adalah aplikasi untuk melihat pengaturan pada iPad. Termasuk pengaturan pada pelbagai aplikasi yang ada. 
  • Safari – Browser bawaan dari Apple untuk mengakses laman web internet. 
  • Mail – Aplikasi email ada pada iPad. Beberapa email boleh dilihat secara langsung dan diakses dari sini, contohnya Yahoo atau Gmail.
  • Photos – Aplikasi untuk melihat foto di dalam iPad. 
  • iPod – Memutar muzik pada iPad boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini. Setelah muzik dimainkan, pengguna boleh beralih ke aplikasi lain dengan muzik tetap dimainkan.
  • iBooks – Sebuah aplikasi yang digunakan tidak hanya untuk membaca saja, tetapi juga menjelajah dan membeli buku-buku berformat digital (e-books) dari iBookstore. Aplikasi ini dapat dimuat turun di App Store, namun sayangnya aplikasi ini baru tersedia di AS saja. 
  • iWork – Aplikasi yang juga terdapat pada Mac, yang terdiri dari Keynote, Pages dan Numbers. Aplikasi ini dapat membantu pengguna membuat pembentangan, dokumen, mahupun ‘spreadsheet’. • Multi Tasking Gesture – Dengan Multi Tasking Gesture ,anda dapat mimize aplikasi hanya dengan pinch menggunakan jari anda, dan menukar aplikasi lain dengan swipe. Sangat berguna dan boleh mengurangkan penggunaan home button Ipad anda.
SPESIFIKASI
  • Processor: Apple-A5 dual core processor (2 times faster than iPad’s processor). 
  • GPU: Imagination’s SGX543 dual core graphics technology 
  • Storage: 16GB,32GB,64GB 
  • Resolution: 1,024×768 
  • Clock: 1,066 MHz 
  • Chip: GSM iPad: Infineon chip, CDMA iPad: Qualcomm chip
  • Camera: Front facing video camera.
  • Gyroscope. 
  • HDMI Support (provides output up to output 1080p). 
  • 33% thinner.  Mirrored video output. 
  • Flap covering front side of the iPad 2. 
  • Height: 241.2 mm 
  • Width: 185.7 mm 
  • Depth: 8.8 mm 
  • Weight: 601 gram
PROSEDUR KESELAMATAN 
Pengendalian Kendalikan iPad dengan cermat. Ia diperbuat daripada logam, kaca dan plastik dan mempunyai komponen elektronik yang sensitif di dalamnya. iPad boleh rosak jika dijatuhkan, dibakar, dibocorkan, atau dihancurkan, ataubjika ia bersentuhan dengan cecair. 
Suhu pengendalian iPad direka bentuk untuk berfungsi dalam suhu ambien antara 32° dan 95° F (0° dan 35° C) dan disimpan dalam suhu antara -4° dan 113° F (-20° dan 45° C). iPad boleh rosak atau hayat bateri menjadi pendek jika disimpan atau dikendalikan di luar julat suhu ini.Elakkan mendedahkan iPad kepada perubahan suhu atau kelembapan yang ketara. Apabila anda menggunakan iPhone atau mengecas bateri, adalah biasa bagi iPhone menjadi panas. 
Pengecasan Jangan cas atau gunakan iPad dalam sebarang kawasan dengan atmosfera yang berpotensi mudah meletup, seperti kawasan mengisi bahan api, atau dalam kawasan di mana udara mengandungi bahan kimia atau partikel (seperti bijirin, habuk atau serbuk logam). Patuhi semua papan tanda dan arahan. 
Pembersihan Bersihkan iPad dengan segera jika ia bersentuhan dengan apa-apa yang bolehmenyebabkan kesan kotor-seperti kotoran, dakwat, solekan atau losen.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post