S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


ALAT PENGUJIAN ON Wednesday, August 23, 2017 AT 4:49 PM
PENGENALAN
Alat pengujian digunakan untuk menguji sistem elektrik mahupun sistem elektronik dan juga untuk mencari sebarang kerosakan atau ketidaksempurnaan dalam sistem elektrik dan elektronik kenderaan. Alat menguji elektrik digunakan bagi menguji litar, menguji rintangan, arus , voltan dan lain-lain lagi. Arus elektrik diukur menggunakan sukatan ampere ( A ), Tekanan elektrik diukur dalam sukatan voltan ( V ) dan rintangan diukur dalam sukatan ohm ( Ω ). 
TEST PEN

  • Digunakan sebagai alat ujian bagi mengesan kehadiran arus elektrik yang mengalir melalui suatu litar hidup. 
  • Iaitu dengan menyentuh mata test pen pada litar dan jari kita pada hujung test pen . 
  • Jika ada elektrik, maka mentol neon akan menyala seperti di dalam gambar. 

MULTIMETER

Multimeter atau multitester adalah alat untuk menyukat berbagai sukatan yang digabungkan dalam satu alat. Di mana ianya hanyalah perlu dilaras bagi menyukat mengikut jenis kerja atau sukatan. Antara sukatan bacaan yang boleh disukat ialah menyukat arus elektrik ( ampere), menyukat voltan (volt) dan menyukat rintangan (ohm - Ω). Kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm. 
  • Boleh digunakan untuk menguji keterusan komponen di dalam litar. 
  • Pilih bacaan yang diperlukan • Letakkan probe di kedua-dua kaki komponen. 
  • Lihat display untuk mengetahui keadaan/bacaan komponen tersebut. 
CLAMPMETER

  • Ia berfungsi untuk menyukat arus elektrik pada alatan elektrik seperti penghawa dingin , pemampat dan sebagainya .
  • Menyukat arus elektrik pada sesebuah unit penyaman udara dengan cara “clamp” pada satu wayar elektrik.

TACHOMETER

  • ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan sesuatu benda kerja seperti motor elektrik, enjin dan tayar kenderaan. 
  • Terdapat 2 cara untuk menggunakan tachometer:
Melalui Sentuhan 
  • Jalankan motor, kemudian sentuh bahagian shaft yang berputar dengan contact peralatan.
  • Pastikan penyentuh pada beralatan berputar sama dengan shaft motor. • Dapatkan bacaan selepas 10 – 20 saat dalam unit yang dikehendaki. 
  • Tekan HOLD pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat. 
Melalui Photo (Sensor) 
  • Tandakan bahagian shaft ( berpusing ) dengan reflective tape dan jalankan motor. 
  • Halakan bahagian photo ke reflective tape yang berputar.
  • Dapatkan bacaan selepas 10 – 20 saat dalam unit yang dikehendaki. 
  • Tekan HOLD pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat. 
  • Digunakan untuk menguji rintangan penebatan. 
MEGGER METER


  • Ianya adalah dari rekabentuk OhmMeter iaitu jika litar terbuka tiada arus yang mengalir. 
  • Cara Pengunaan :-

Sambungkan probe merah ke LINE terminal Megger Meter pada terminal motor dan probe hitam ke EARTH terminal Megger Meter ke badan motor yang hendak diuji dan laraskan suis pilihan ke posisi M Ω
Kemudian tekan punat ‘test’ untuk mendapatkan bacaan.
Semakin tinggi nilai rintangannya adalah semakin baik.

OSILOSKOP

Osiloskop merupakan alat pengukur elektronik. Dengan menggunakan alat ukur Oscilloscope ini, kita boleh mengukur frekuensi, tempoh dan melihat bentuk-bentuk gelombang seperti bentuk gelombang isyarat audio, isyarat video, dan bentuk gelombang Voltan Elektrik Arus Bolak Balik, Voltan Elektrik Arus Arah yang berasal dari bekalan kuasa / bateri. 
Cara pengunaan :
  • Onkan osiloskop 
  • Laraskan INTENSITY sehingga terdapat garisan horizontal yang tidak terlalu terang di skrin osiloskop. 
  • Laraskan FOCUS sehingga garisan menjadi nipis. 
  • Sambungan prob pada CH yang dikhendaki dan prob tip pada CAL OUTPUT 
  • Laraskan VOLT DIV dan TIME DIV sehingga terdapat satu kitar gelombang yang memenuhi skrin . Tarik semula prob tip dari CAL OUTPUT.
  • Ukur gelombang pada litar atau alatan yang dikehendaki . 

FUNCTION GENERATOR

Function generators merupakan salah satu peralatan penjana gelombang yang umum. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian. Function generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang segiempat (square waves), gelombang segitiga (triangle wave) dan juga gelombang sinus (sine waves). 
Cara pengunaanya :- 
  • Onkan power supply 
  • Sambungkan cable BNC ke connector yang dikehendaki.
  • Pilih bentuk gelombang dan frekuensi yang didinginkan. 

LOGIC PROBE

Ia adalah alat pengujian yang diguna untuk menguji paras logik pada litar digital seperti paras ‘0’, ‘1’ dan rangkaian denyut (pulse). Ia amat berguna pada litar digital. Ia berbeza daripada MOV dari segi isyarat yang diukur, di mana logik probe berkeupayaan untuk mengukur isyarat yang mempunyai kadar perubahan yang tinggi. 
Cara pengunaanya :- 

  • Sambungkan klip buaya hitam pada ground dan klip buaya merah pada bekalan kuasa. 
  • Pilih jenis keluarga logic yang hendak diuji samaada TTL atau CMOS.
  • Letakkan mata besi prob pada kaki komponen yang hendak diuji. 
  • Perhatikan led HI atau LOW yang akan menyala . 

AUDIO GENERATOR

Audio generator merupakan peralatan penjana gelombang audio. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian. Audio generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang segiempat (square waves) dan gelombang sinus (sine waves) sahaja. 
CARA PENGUNAANYA:- 
  • Pasangkan dan hidupkan audio generator . 
  • Plilih bentuk gelombang yang dikehendaki 
  • Pilih frekuensi yang diperlukan.
  • Pasangkan klip buaya pada output.
  • Laraskan OUTPUT VOLTAGE.
  • Sambungkan klip buaya pada terminal yang hendak dijana. 
PATTERN GENERATOR

Pattern generator merupakan peralatan elektronik yang dapat menghasilkan bentuk dan warna pada television. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk dan warna-warna yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian penerima TV. 
Cara penggunaanya :- 
  • Pasangkan dan hidupkan Pattern generator . 
  • Plilih pattern yang dikehendaki
  • Sambungkan pada terminal TV.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post