ANALISIS SWOT UNTUK KILANG PERABUT ON Wednesday, August 23, 2017 AT 4:23 PM
Pengeluaran Semasa Syarikat Dan Syarat Pengurusan Operasi Bagi Kilang Hasyim EnterpriseMemahami kekuatan semasa, kelemahan, peluang dan ancaman Carta Analisis SWOT
Kekuatan bagi Kilang Hasyim Enterprise adalah kilang ini mampu memberi harga yang murah kepada pelanggan berbanding dari kilang-kilang lain. Selain itu, kebanyakan perabot yang dihasilkan dari kilang ini adalah diperbuat daripada kayu getah. Kayu getah adalah murah dan berkualiti. Bagi tikar yang dibuat menggunakan kayu getah, mudah digulung dan disukai oleh ramai pelanggan. Kilang ini juga menghasilkan perabot yang berpatutan iaitu perabot yang berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Kelemahan bagi kilang ini adalah kelemahan dari segi teknologi dalam penghasilan perabot dan juga bilangan pekerja atau tenaga kerja yang sangat sedikit. Kelemahan ini menyebabkan kilang ini tidak mampu untuk mengeluarkan perabot dalam jumlah yang banyak setiap hari. Apabila kilang ini tidak dapat mengeluarkan perabot dalam jumlah yang banyak, maka keuntungan yang diperolehi juga sedikit dan pilihan perabot juga sedikit berbanding kilang-kilang perabot yang lebih besar. Kebanyakan pelanggan akan lebih suka membeli perabot di kilang yang lebih banyak mempunyai pilihan supaya mereka dapat membuat pilihan yang terbaik.
Peluang bagi kilang ini adalah apabila citarasa pelanggan berubah untuk menggunakan perabot dari kayu getah, maka perabot dari kilang ini akan mengalami banyak permintaan. Disebabkan jarang kilang yang menghasilkan produk menggunakan kayu getah, maka peluang untuk mendapatkan banyak permintaan dari pengguna sangat tinggi. Selain itu, penururan cukai juga mampu mengurangkan kos bagi kilang ini dan berpeluang mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
Ancaman bagi kilang ini pula adalah apabila citarasa pelanggan berubah kepada perabot yang dihasilkan dari kayu selain kayu getah dan perabot yang diimport dari luar Negara, maka ancaman kepada kilang ini bahawa mungkin akan kehilangan pelanggan dan permintaan terhadap perabotnya akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kilang ini mengalami kerugian ataupun mendapat untung yang sedikit. Selain itu, ancaman bagi kilang ini adalah apabila berlaku kenaikan cukai peribadi yang menyebabkan kilang ini terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk cukai dan keuntungan yang diperolehi akan semakin berkurangan.
Memahami Masalah Semasa Dan Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Kilang Hasyim Enterprise
PENGELUARAN DAN KEADAAN PENGURUSAN OPERASI SEMASA BAGI PESAING.(ALCANO DESIGN)
Memahami kekuatan semasa, kelemahan, peluang dan ancaman
Carta Analisis SWOT
Kelemahan(Weakness)
Masih tidak cukup teknologi moden untuk menampung pengeluaran masa hadapan
Promosi yang masih kurang.
Masih kurang tenaga buruh mahir dan separa mahir.
Sumber bahan mentah yang tidak mencukupi
Ancaman(Threat)
Persaingan dari kilang-kilang perabot yang lain
Peniruan reka bentuk perabot yang sama
Terbubar kilang sekiranya tiada perancangan strategik
Kekuatan(Strenght)
Produk yang kreatif dan inovasi
Memiliki pengalaman cukup lama dalam bidang pembuatan perabot
Pendekatan pembuatan perabot yang mesra kepada pelanggan
Produk yang dihasilkan cepat siap.
Harga yang berpatutan(murah)
Teknologi moden
Persekitaran/lokasi yang strategik
Peluang(Opportunities)
Menguasai pasaran
Persekitaran yang strategik
Memperkenalkan jenama
Keupayaan untuk meningkatkan tenaga buruh.
Meningkatkan penggunaan teknologi moden
Kekuatan
Labels: CONTOH, DOCUMENT, FORMAT, VOKASIONAL |