S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE - PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE ON Tuesday, August 29, 2017 AT 12:36 PM
DEFINISI SENGGARAAN 
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan. Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik. Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.

CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI SENGGARAAN
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan elektrik/elektronik. 
  • Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti. 
  • Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna. 
  • Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian 
  • Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat. 
  • Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan. 
  • Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya. 
  • Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.
OBJEKTIF SENGGARAAN
Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
  • Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin. 
  • Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan. 
  • Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum. 
  • Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan. 
  • Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan. 
  • Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan. 
  • Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan. 

KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM
Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti. Rajah di bawah menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar senggaraan.
Perancangan Senggaraan 
Perancangan Senggaraan 
Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan. 
Tiada Perancangan 
Senggaraan Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin. 
Senggaraan Pencegahan 
Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.
Senggaraan Pembaikan 
Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang diperlukan. 
Senggaraan Kecemasan 
Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain. Syarat dan Dasar Senggaraan 
Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses penyambungan monitoring.   
Jadual Senggaraan 
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. 
Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah di bawah menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.


Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik. Rajah di bawah  adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan operasi dan pembersihan.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post