S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE-REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS ON Tuesday, August 29, 2017 AT 12:12 PM
SISTEM BUNYI 
Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan udara dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi secara elektronik dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan tekanan udara dari julat 20Hz sehingga 20KHz.

SISTEM MONO 
Beberapa tahun dahulu, sering didapati rakaman muzik ataupun ucapan dibuat melalui satu mikrofon yang diletakkan pada kedudukan tengah berdekatan dengan sumber bunyi. Manakala, rakaman tadi akan dimainbalikkan melalui satu penguat kepada sepasang ‘headphones’ di mana isyarat bunyi dihantar ke telinga kiri dan kanan pendengar. Langkah lain yang diambil ialah isyarat bunyi dihantar ke satu sistem pembesar suara (single-loudspeaker system) yang di tempatkan pada kedudukan yang sesuai di dalam bilik mendengar. Kini, sistem bunyi tersebut lebih dikenali sebagai sistem ‘monaural’ atau ‘monophonic’ yang bermaksud hanya bergantung pada satu rakaman dan saluran bunyi. Rajah di bawah menunjukkan rajah blok bagi sistem mono. 
Rajah blok Sistem Mono
SISTEM STEREO 
Stereo adalah suatu sistem audio yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai ‘stereophonic’ dan biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja. Rajah di bawah menunjukkan gambarajah blok bagi sisten stereo. 
Gambarajah blok sistem stereo 

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali sebagai imej stereo (stereo image). 
Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan, frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga kawasan sekitar rakaman yang didengari. 
Daripada menggunakan mikrofon karbon dahulunya kini bertukar kepada menggunakan disc, teknik rakaman bunyi dan pengeluarannya telah berkembang bukan hanya pada kepelbagaian bunyi yang dihasilkan malah pengalaman pendengar dalam mendengar persembahan secara langsung dapat melihat sendiri bagaimana sistem bunyi yang dikeluarkan kini. Bunyi yang dihasilkan lebih-lebih lagi menggunakan sistem stereo mahupun sistem quad membuatkan pendengar dapat mendengar pada semua arah.   

PERBEZAAN DI ANTARA SISTEM MONO DAN SISTEM STEREO :-

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara sistem mono dengan sistem stereo.

SISTEM QUAD
Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di gunakan atau di siarkan. Dalam kaedah pertama, untuk proses penyiaran bunyi di dalam filem atau tape.


Gambarajah blok sistem quad 

Dalam kaedah ini, 2 pembesar suara ditempatkan di dalam sesuatu bilik atau dewan rakaman supaya bunyi bergema terjadi semasa rakaman. Apabila rakaman tadi di mainkan semula, dengan menambah pembesar suara di belakang pendengar, barulah isyarat bunyi yang di pancarkan dapat di dengari di seluruh bilik tadi dengan gemaan yang stabil dimana isyarat bunyi di hantar ke seluruh bilik kerana bunyi dari depan di satukan dengan bunyi gema dari belakang. Ianya seolah–olah kedengaran bunyi yang betul contohnya bunyi objek yang bergerak atau pecah. Dimana kedengaran bunyi di tempat atau sudut yang sebenar dapat di dengar dengan jelas . 
Pada kaedah kedua yang menggunakan sistem quad ini dapat kita dengari dalam contohnya konsert muzik, dimana menukar terus dari bunyi asalnya dengan menambah atau meninggikan stereo bagi menjadikan sistem bunyinya lebih mampat. Ia akan menggunakan pembesar suara yang baik di sekeliling pendengar supaya isyarat gemanya dapat di dengari.

SISTEM SIARAYA 
Sebuah sistem elektrik yang menggabungkan beberapa komponen elektrik.
Komponen asas :

  • MIKROFON
  • PENGUAT 
  • PEMBESAR SUARA 
Digunakan di kawasan yang luas seperti kawasan sekolah, pesta dan sebagainya.
Fungsi:-
  • Penghantar maklumat untuk pengetahuan seseorang individu mahupun orang ramai. 
Terbahagi 2 kategori:
  • Sistem Paras Tinggi Digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara CTH: Dewan Masjid, Stadium, Oditorium 
  • Sistem Paras Rendah Digunakan bagi kawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. CTH : bilik kuliah, bilik mesyuarat jabatan danbilik taklimat 
Kecekapan sistem siaraya bergantung kepada :-
  • Kekuatan Bunyi 
  • Kestabilan Bunyi
  • Kualiti Bunyi 
  • Kesan Arah
MIKROFON
  • Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang sama. 
  • FUNGSI :- Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik. 
  •  JENIS MIC :-
    -Mic vokal - percakapan lisan dan karaoke.-Mic peralatan
    - gitar, gitar bass, saxophone
    -Mic drum - drum tending (kick drum) dan bass amp
    -Mic tanpa wayar - komponen iaitu penghantar ( mikrofon) dan penerima (antenna). 
 PENGUAT 
  • Menguatkan isyarat untuk pendengaran. 
  • Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik. 
  • Kuasa per channel tidak melebihi 100W  Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat. 
  • Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan equalizer. 
  • Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan. 
  • Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap kebisingan. 
PEMBESAR SUARA 
  • FUNGSI :- menukarkan isyarat gelombang audio kepada gelombang bunyi yang dapat didengar oleh pengguna. 
  • Keupayaannya bergantung kepada jenis-jenis binaan dan rekabentuk kotak penutup sesuatu pembesar tersebut. 
  • Kekuatan bunyinya dapat dikawal dan dilaraskan oleh sistem penguat. 
  • Merupakan bahagian terakhir sistem siaraya. Ia merupakan sebuah transdusser yang mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga bunyi. 
 MIXER 
  • mencampur berbagai sumber isyarat bunyi. 
  • Gandaan bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan kesan-kesan khas yang dikehendaki. 
 EQUALIZER 
  • alat pelaras penataan bunyi seperti treble dan bass yang diterima daripada gabungan isyarat mixer supaya berada dalam keadaan seimbang dan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar. 
  • galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak akan mengalami kesan beban dan dihantar kepada bahagian penguat ( amplifier ). 
 3 BAHAGIAN UTAMA 
  • Transduser - mengubah isyarat audio kepada pergerakan mekanikal. 
  • Permukaan Radiator - bahagian ini digandingkan dengan transduser seupaya pergerakkannya dipancarkan ke udara sebagai gelombang bunyi.
  • Kabinet - kotak pengepung yang menempatkan transduser dan permukaan radiator bagi mewujudkan keberarahan untuk bahagian positif sahaja.
CARA PENYENGGARAAN SISTEM SIARAYA
  • Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini. 
  • Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini. 
  • Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini. 
  • Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai 
  • Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini. 
  • Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini. 
  • Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini. 
  • Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai.
CARA MENGESAN KEROSAKAN 

  • Teknik suntikan isyarat. 
  • Teknik surihan isyarat. 

 Teknik ini menggunakan multimeter untuk mengesan kerosakan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan
  • Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah 
  • Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau. 
  • Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz.

Rajah blok alat pengesan keluaran   
Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah di bawah.



Labels: , ,




Older Post | Newer Post