S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


SISTEM KAWALAN - PENYELANGGARAAN KABEL DAN TERMINAL SISTEM ELEKTRIK ELEKTRONIK ON Tuesday, September 5, 2017 AT 11:03 AM
PENGENALAN 
Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik dan elektronik. Dengan ini kabel yang digunakan mestilah mampu mengalir arus, menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi membentuk sesuatu binaan kabel ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : 
a. Pengalir. 
b .Penebat. 
c .Perlindungan mekanikal. 
PENGALIR KABEL 
Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Tetapi peraturan IEE telah menyatakan bahawa luas keratan rentas pengalir 10 mm² atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir aluminium tidak dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut kerana ia mudah patah semasa kerja pendawaian dilakukan. 
Jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pemasangan ialah : 
  • Perak : adalah sesuatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa, oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen-komponen elektronik
    Nilai rintangannya ialah 16.3µ Ωmm 
  • Kuprum : adalah pengalir kedua terbaik selepas perak. Disebabkan kedua terbaik dan ciri-ciri yang terdapat padanya maka pengalir kuprum biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang digunakan dalam pemasangan.
    Nilai kerintangan ialah 17.5µ Ωmm 
  • Timah :adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila dipanaskan.
    Nilai kerintangan ialah 120µ Ωmm
Pemilihan kuprum sebagai pengalir kabel adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berikut :
  • Kerintangannya yang rendah. 
  • Mudah dibentuk menjadi pengalir.
  • Mudah disadur untuk tujuan pematerian.
Kebanyakan pengalir kabel dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91, 197 lembar dan sebagainya. Tujuan perlembaran dibuat adalah supaya mudah dilentur semasa membuat kerja-kerja pendawaian
Rintangan sesuatu pengalir bergantung kepada :
  • Panjang pengalir.
  • Jenis bahan pengalir. 
  • Suhu sekeliling.
PENEBAT KABEL 
Penebat yang menyalut pengalir kabel mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh penguna. 
Pemilihan sesuatu kabel bergantung kepada jenis penebatnya. Contohnya bagi kabel yang digunakan di dalam banggunan dengan kerosakan mekanikalnya kurang adalah daripada jenis penebat getah atau polivinal klorid. Manakala kalau situasi kabel itu di luar banggunan penebat yang di gunakan mestilah daripada jenis yang tahan dari sinaran matahari, hujan, embun dan sebagainya. Contohnya jenis polikloropena (P.C.P) atau Heat Oil Flame Retardant (H.O.F.R) 
Jenis penebat 
Penebat ialah suatu bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya dengan mudah. 
Bahan-bahan penebat yang biasa digunakan bagi keselamatan pengguna dari kejutan elektrik dalam sistem pemasangan ialah:-
  • Getah 
  • Polivinil klorid 
  • Kertas terisitepu 
  • Penebatan mineral 
  • Bakelit
GETAH 
Getah adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu, kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh. Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel. 
Terdapat tiga jenis penebat getah yang biasa digunakan pada kabel iaitu 
  • getah vulkan ( suhu pengendalian pengalir 60 darjah ) 
  • getah butil ( suhu pengendalian pengalir 60 darjah ) 
  • getah silikon ( suhu pengendalian pengalir 145 darjah ) 
Kebaikan 
  • Penebat yang baik.
  • Tidak mudah dimasuki air. 
  • Mudah dilentur. 
Keburukan 
  • Mudah terbakar. 
  • Mudah rosak apabila terkena cahaya matahari. 
POLIVINIL KLORID 
Polivinil klorid adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan getah. Penebat PVK biasanya digunakan sebagai bahan penebat kabel bagi negara yang mempunyai suhu normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir ialah 70° C. 
Kebaikan
  • tahan daripada tindakbalas kimia dan sinaran matahari 
  • tidak mudah terbakar 
Keburukan 
  • mahal 
  • tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama 
KERTAS TERISITEPU 
Kertas terisitepu adalah suhu bahan penebat yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembap contohnya sebagai pengalir kabel bawah tanah. 
PENEBAT MINERAL 
Penebatan mineral adalah suatu penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu panas, minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksida biasanya digunakan sebagai penebat kabel. BAKELIT 
Bakelit adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori-aksesori elektrik di dalam sistem pemasangan. Rintangan penebatannya adalah tinggi dan mampu menghalang arus mengalir melaluinya.
PELINDUNG MEKANIKAL
Pelindung mekanikal adalah suatu bahan yang disalutkan atau dilapikkan sekeliling penebat kabel untuk mengelak berlaku kerosakan ke atas kabel semasa pemasangan atau di sepanjang perkhidmatannya. Terdapat berbagai-bagai cara atau bahan yang boleh digunakan sebagai pelindung mekanikal pada kabel. Di antara cara atau bahan yang digunakan adalah seperti berikut : 
  • Salutan polivinil klorid. 
  • Salutan getah. 
  • Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai. 
  • Salutan plumbum. 
  • Salutan kuprum. 
  • Konduit atau sesalur atau salur. 
KABEL 
Penggunaan kabel dalam teknik elektronika mempunyai peranan yang sangat penting, kita tidak disarankan menggunakan kabel sembarangan sebelum kita mengetahui ciri-ciri kabel yang akan kita gunakan. Kabel berdasarkan fungsinya digunakan untuk : 
  • Penghantar arus listrik tenaga (Power Cable) 
  • Penghantar arus listrik data dan informasi 
Kabel sebagai Penghantar arus listrik tenaga (Power Cable) 
Jenis kabel ini sering digunakan untuk pemasangan tenaga arus yang kuat diantaranya adalah NYA, NYAF, NYM, NYMHY, NYY, NYFGBY dan lain lain. 
  1. Kabel NYA : iaitu kabel yang menggunakan tembaga tunggal sebagai pengalir dan penebatnya PVC. 
Kabel NYA

  1.  Kabel NYM : merupakan kabel jenis standard dengan tembaga sebagai pengalir dan menggunakan penebat PVC . Kabel NYM mempunyai teras sebanyak 1, 2, 3 dan lebih 
 Kabel NYM 
Ciri-ciri kelistrikan Kabel NYM 
  1. Kabel NYAF : merupakan jenis kabel serabut fleksibel dan berpenebat PVC dengan pengalir tembaga berjenis serabut untuk mempermudah pergerakan . Kabel jenis NYAF digunakan untuk pemasangan panel-panel yang memerlukan fleksibiliti yang tinggi. 
  2.  Kabel NYAF
    Ciri-ciri kelistrikan Kabel NYAF 
  3. Kabel NYMHY : adalah jenis kabel dengan tembaga serabut sebagai pengalir,berpenebat PVC dan terselubung PVC. Kabel jenis ini digunakan pada peralatan elektrik tangan contoh solder dan lain lain. 
Kabel NYMHY 
Ciri-ciri kelistrikan Kabel NYMHY 

Kabel NYY : Merupakan kabel dengan tembaga sebagai pengalir dan PVC sebagai penebat
Kabel NYY

KABEL ELEKTRIK 
Kabel kuprum berenamel 
  • untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer. 
  •  kabel ini disalut dengan lapisan enamel. 

Kabel lembar tunggal 
  • digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektronik. 
Kabel terus tunggal
terdapat dua bentuk kabel teras tunggal, iaitu: 
  • Lembar kabel halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara.
  • Lembar kabel kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik. 

Kabel teras kembar 
  • terdiri daripada dua kabel teras tunggal yang dicantumkan sekali. 
  • digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai. 

Kabel tiga teras 
terdapat dua jenis kabel tiga teras, iaitu 
  • Kabel tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.
  • Kabel tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti. 

  • I = Kabel kuprum beranemal 
  • II = Kabel teras tunggal 
  • III = Kabel teras kembar 
  • IV = Kabel teras tiga
JENIS PLAG
Plag 2 pin 

  • Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah 
  • Radio , TV, Pencukur

Plag 3 pin Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere 

  • Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi 
  • Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere 
  • Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere 

I = plag 2 pin , II = plag 3 pin i. Kedudukan tamatan L, N, dan E ii. Pemasangan kod warna yang betul iii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat.

Sesentuh di dalam setiap plug mungkin diperbuat daripada keluli atau loyang, dan boleh jadi saduran zink, timah atau nikel. Setiap plag mempunyai sama ada dua atau tiga kabel penyambung: 
  • Kabel hidup (juga dikenali sebagai kabel fasa) - membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban. 
  • Kabel neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa. 
  • Kabel bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, kabel ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan elektrik membuang cas elektrik yang tidak dikehendaki melalui kabel bumi. Tidak semua sistem pendawaian elektrik dibumikan.
Kabel sebagai Penghantar arus listrik data dan informasi
Kabel Jenis ini diantaranya adalah seperti kabel telefon, kabel Coaxial, kabel Serat Optik, Kabel USB dan kabel pada Perangkat Audio-Video.
KABEL TELEFON
Macam-macam kabel telefon diantaranya, aerial cable (kabel atas tanah), indoor cable (kabel rumah), burial cable (kabel tanam) dan lain-lain.
Aerial cable
kabel jenis ini merupakan kabel telefon yang digunakan diluar ruangan atau diudara bebas yang dipasang antara satu tiang telefon dengan tiang yang lainnya.

KERATAN:
  • Pengalir tembaga 
  • Pita polyester 
  • Kawat galvanis baja bulat (untuk menarik/penyangga kabel antara tiang) 
  • Selubung luar polyethylene 
Indoor Cable,
kabel jenis ini merupakan kabel telefon yang digunakan didalam ruangan/rumah.

Buried Cable
merupakan jenis kabel yang tertanam dalam tanah

Kabel Coaxial 
Kabel jenis yang memiliki kerintangan rendah sekitar 80 ohm,ia sering digunakan untuk antenna tv dan penghantaran telefon jarak jauh. Sambungannya adalah jenis BNC ( British Naval Connector). Kabel ini terbahagi kepada dua iaitu 
  • Kabel coaxial baseband (kabel 50 ohm) - digunakan untuk penghantaran digital. 
  • kabel coaxial broadband (kabel 75 ohm) – digunakan untuk penghantaran analog 

Kabel Serat Optik 
Merupakan jenis kabel (media) penghantaran yang dapat menyalurkan maklumat dengan kuantiti yang besar. Serat optik ini merupakan gelombang pembawa maklumat yang bukan terdiri daripada gelombang elektromagnetik atau listrik, akan tetapi merupakan sinar atau cahaya laser.

Serat optik tersusun dari beberapa bagian yang memiliki fungsi yang berbeza, diantaranya : 
  • Core ( inti ) terbuat dari bahan yang berkualiti tinggi berfungsi untuk melewatkan cahaya yang merambat dari satu ujung ke hujung yang lain. 
  • Cladding ( Selubung ) Berfungsi sebagai cermin, untuk memantulkan cahaya supaya dapat merambat ke hujung yang lain. Diperbuat dari bahan gelas dengan indeks lebih kecil dari core (inti ). 
  • Coating ( jaket ) berfungsi sebagai pelindung mekanikal dan tempat code warna. Coating terbuat dari bahan plastik untuk melindungi serat optik dari kerosakan, tekanan perubahan suhu dan sebagainya. 
Kabel USB ( Universal Serial Bus ) 
Merupakan kabel data yang digunakan untuk sambungan komputer dengan peralatan tambahan pada komputer. USB (Universal Serial Bus) adalah antaramuka yang banyak menggantikan standard antaramuka yang lama seperti PS/2. Sejak kemunculan USB 3.0 kadar pemindahannya sudah mampu menampung sambungan ke monitor dan kad grafik luaran. USB bukan sahaja sesuai untuk pemindahan data, ia juga mampu menyalurkan bekalan kuasa elektrik. Itulah sebabnya ia menjadi antaramuka universal yang popular untuk peranti mobil (telefon pintar, pembaca e-buku) sebagaimana penggunaan USB Mikro - Jenis B. Tiada alternatif wireless lain yang mampu menandingi teknologi USB dari segi kepantasan mahupun versatilitinya.
Kabel pada Perangkat Audio-Video 
Terdapat beberapa format kabel video diantaranya seperti coaxial composit, RCA-komposit, s-video 3RCA, 5 RCA, HDMI dll. Kabel video berbeza dengan kabel audio analog dimana kabel audio berfungsi menghantar isyarat berfrekuensi rendah 20 -20 Khz. Sedangkan kabel video berfungsi untuk menghantar frekuensi tinggi 8 Mhz -10 Mhz seperti format NTSC.
Kabel HDMI Audio Video

KABEL VIDEO
Kabel video terbahagi kepada dua kategori iaitu kabel video analog dan kabel video digital.
KABELANALOG 
Kabel composite video ( kabel RCA) 
Composite-video ini diciptakan ketika revolusi TV hitam-putih ke TV berwarna tahun 1950-an. Kabel ini boleh dipakai samaada pada TV hitam-putih ataupun TV berwarna. Kabel ini adalah pilihan terbaik untuk mendapat isyarat pada ketika itu. Kabel merah dan putih menandakan kabel itu membawa isyarat audio,sementara yang berwarna kuning membawa isyarat video.Kabel ini tidak sesuai digunakan untuk isyarat yang lebih kompleks. Ia dicipta khusus untuk TV lama dan hanya mampu menghantarkan isyarat video dengan resolusi maksimum 330 lines (garis). Keadaan ini tidak sesuai digunakan pada LCD TV yang mempunyai layar yang besar. Ia akan mengakibatkan paparan video/gambar akan nampak pecah.Cara mengenali kabel ini adalah kabel coaxial tunggal dengan sambungan RCA berwarna kuning. Untuk penggunaan kabel yang panjang, kabel ini amat sesuai digunakan kerana ia mempunyai rintangan sebanyak 75 ohm sahaja. 

S-Video(Super Video) 
Kabel S-Video ini dikembangkan pada akhir 1980-an untuk mengatasi beberapa masalah pada kabel composite video. Kabel ini memiliki kemampuan untuk memisahkan warna dan meneruskan isyarat yang lebih jelas ke TV. Kabel ini dapat menghantar gambar visual dengan resolusi sampai dengan 400 lines (garis).Kabel S-video membagi isyarat visual menjadi dua komponen warna iaitu c dan y. Kabel ini memberikan paparan gambar yang lebih baik dibandingkan dengan kabel composite. Cara mengenali kabel ini adalah kabel tunggal dengan sambungan s-video 4 pin atau 9 pin.


Kabel Component (Component Video)
Kabel ini disebut juga kabel DVD input.Kabel ini jauh lebih baik daripada kabel sebelumnya,kerana isyarat video dibawa oleh 3 buah kabel secara terpisah, oleh sebab itu keseluruhan dari kabel ini ada 5 buah iaitu kabel merah,hijau dan biru untuk isyarat video, sementara merah dan putih untuk isyarat audio. Resolusi yang ditampilkan s/d 480pixel. 
Kabel Component video meningkatkan kualiti gambar tidak hanya dengan memisahkan warna dari hitam-putih namun dengan memecahkan isyarat warna menjadi bahagian-bahagian. Ketika isyarat gambar dikirim dalam 3 bagian/kabel, kita akan memiliki hasil gambar yang lebih cantik dengan resolusi yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa kabel ini menjadi pilihan utama untuk LCD TV akhir-akhir ini. Sebelum adanya kabel HDMI, kabel jenis ini memberikan hasil terbaik kerana pada dasarnya kita menikmati kualiti gambar tanpa ditapis dari sumber terus ke TV. 

D-SUB /RGB (VGA) 
Kabel VGA ini merupakan sambungan VGA 15-pin yang masih digunakan secara luas untuk menghantarkan isyarat video analog ke monitor. Jika dibandingkan dengan DVI yang sudah digital, kabel ini masih menggunakan sistem analog. Pengertian analog disini adalah masih menggunakan sistem pembagian warna yakni merah (red),hijau (green) dan biru (blue),hampir sama seperti kabel component tetapi lebih baik.Kabel ini hanya mengantarkan isyaratl video

KABEL VIDEO DIGITAL
Digital Visual Interface (DVI) ( Kabel DVI) Digital Visual Interface (DVI) adalah keluaran video antaramuka yang dikembangkan oleh Kelompok Digital display(DDWG).Kabel ini hanya mengantarkan isyarat video.Video yang dihasilkan jauh baik kerana sudah menggunakan sistem digital. Kabel DVI adalah sambungan video digital yang menghantarkan isyarat data visual bandwidth tinggi antara sumber gambar (DVD player, Blu-Ray, dll) dengan perangkat paparan (TV plasma, Projector, Monitor, dll) atau pun menghubungkan sumber video ke Monitor atau projector. Kabel ini memiliki pelindung kandungan video yang di sebut high-bandwidth digital content protection (HDCP) yang menawarkan sambungan digital yang baik. Sambungan DVI mampu menghantarkan visual HDTV ( HD -High Definition-Definisi Tinggi) dengan resolusi 720p, 1080i and 1080p. 

Variasi DVI antara lain ; 
  • DVI-A single dan double Link Merupakan sepenuhnya digital dan juga memiliki keserasian tertinggi dibanding versi double link. DVI-A hanya membawa isyarat analog
  • DVI-I pada Computer (PC) tidak hanya membawa isyarat digital tapi juga isyarat Analog RGBVH melalui 4 pin tambahannya
  • DVI-D mirip dengan DVI-I tetapi tidak memiliki 4 Pin tambahan

KABEL AUDIO VIDEO 
Kabel audio video ini adalah untuk memberi kemudahan dalam pemasangan beberapa peralatan tertentu. Kabel audio-video terbahagi kepada dua jenis iaitu kabel audio-video analog dan kabel audio-video digital.
KABEL AUDIO VIDEO ANALOG
Kabel Audio Video Analog
Kabel audio video analog adalah gabungan antara kabel audio analog dan kabel video komposit. Kabel ini menghantarkan isyarat audio dua channel serta isyarat video komposit 330 lines. Cara mengenali kabel ini adalah kabelnya terdiri dari tiga buah kabel coaxial dengan sambungan (jek) rca warna merah (isyarat audio channel kanan), rca warna putih atau hitam (isyarat audio channel kiri) serta rca warna kuning (isyaratl video komposit)

Kabel Audio Video S-cart




KABEL AUDIO VIDEO DIGITAL 
Kabel HDMI 
HDMI merupakan singkatan dari High Definition Multimedia Interface. Kabel HDMI bererti suatu kabel yang berfungsi sebagai penghubung antara peringkat elektronik yang dapat menghantar isyarat video dan audio berkualiti tinggi (HD) sekaligus Kabel HDMI juga diterapkan teknologi HDCP (high-bandwidth digital content protection). Kabel ini mampu menjalankan aplikasi teknologi terkini seperti menghantarkan data Dolby TrueHD dan DTS-HD yang terdapat pada Blu-Ray player atau HD DVD player. Kabel HDMI digunakan untuk menyampaikan data secara digital bersesuaian pada layar yang berkualiti HD (High-Definition). Kelainan HDMI dari kabel Component atau kabel sebelumnya, adalah ia berkualiti tinggi pada hasil versi audio dan videonya. HDMI juga merupakan kombinasi isyarat video dan audio ke dalam interface digital dan hanya menggunakan satu port, sedangkan kabel Component memerlukan tiga port untuk menghantar isyarat audio dan video. 
Kabel FireWire 
Kabel IEEE1394 (atau FireWire atau i.LINK) adalah sambungan isyarat audio-video yang fleksibel yang menghantarkan isyarat HDTV dengan format video MPEG2 ke peringkat D-VHS recorders. Kabel ini juga men-support sambungan daisy-chaining. Pada awalnya, FireWire merupakan kabel yang cukup diunggulkan, kerena standart ini memiliki kecepatan lebih tinggi daripada USB versi awal yang hanya 12 Mbps. FireWire sendiri mampu mencapai 400 Mbps (FireWire 400) dan 800 Mbps (FireWire 800). Versi 2.0 USB mencapai kelajuan menghantar data teori menjadi 480 Mbps, tetapi ini tidak mengubah kelebihan mendasar FireWire yang lain. Dan pada praktiknya, peranti FireWire 400 sering lebih cepat dari USB 2.0, meskipun kecepatan teorinya lebih rendah. Asosiasi IEEE 1394 yang mengatur standar FireWire sudah mengumumkan versi standar baru yang dapat menghantarkan data sampai 3,2 Gbps.

Terdapat dua cara untuk menyatakan ukuran sesuatu saiz kabel iaitu:-
  • Dengan secara bilangan lembar dan garispusat setiap lembar (cth ; 7/1.04mm). 
  • Dengan menyatakan secara luas keratan rentas keseluruhan pengalir kabel (cth ; 6 mm² ) 
7/1.04mm : 7 menunjukkan 7 lembar, 1.04mm menunjukkan garis pusat setiap lembar 6mm2 : Menunjukkan luas keratin rentas keseluruhan pengalir
FORMULA 
Bagi menentukan ukuran sesuatu kabel atau bagi menukar salah satu bentuk ukuran kabel boleh digunakan formula berikut :
Luas keratan rentas ( area ) = π J² x lembar.
Nota : J² ditukarkan kepada ( garispusat /2 )² kerana garispusat adalah separuh daripada jejari. Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )² x lembar.

KELAS-KELAS TERAS KABEL

Jenis-jenis kabel
PVC kabel – Poly Vinyl Chloride.
PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC).
MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
PICDSTA –Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured.
XLPE – Cross Line Poly Ethylene

Kabel “XLPE” 
  • Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. 
  • Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga.
Jenis-jenis kabel
PVC Kabel-kabel penebat pvk atau getah bersalut pvk / getah 
Kabel MICC (Mineral Insulated Copper Covered) Kabel berkelongsong tembaga bertebat bahan galian 
Kabel penebat pvk berperisai (pvc/swa/pvc) – armoured cable
Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga 
Kabel PILCDSTA (Paper Insulated Lead Covered Double Steel Tape Armoured) – Kabel berpenebat kertas


  • Pengenalan bagi kabel bukan boleh lentur 
  • Warna campuran hijau dan kuning hanya dikhaskan untuk pengenalan bagi pengalir perlindungan litar sahaja dan bukan untuk sebarang kegunaan yang lain. 
  • Setiap kabel teras tunggal, 2 teras atau teras berbilang yang digunakan sebagai pendawaian tetap mestilah dibuat pengenalan pada keseluruhan kabel. Cara pengenalan dijalankan adalah seperti berikut:-
    Kabel penebat atau pvk-Dengan menggunakan pengenalan warna kabel seperti jadual 51A IEE Edisi ke 16 atau dengan menggunakan pita pelekat,sarung atau cecincin.

Pengenalan warna teras kabel tak boleh lentur dan konduktor dedah untuk pendawaian tetap. Bagi kabel bertebatkan p.v.c berperisai dan kabel bertebatkan kertas, lihat Peraturan IEE 514-06-01 (ii)

JADUAL 51B
Pengenalan warna teras kabel boleh lentur dan kord boleh lentur

Peraturan kabel umum 
  • Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnya 10mm2 atau kurang, maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum. 
  • Kadaran voltan bagi setiap kabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal (bekalan) atau voltan yang ditetapkan. 
  • Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus maksima yang mengalir dalam kabel.
  • Susutan voltan bagi setiap kabel mestilah tidak melebihi 4% daripada voltan nominal atau bekalah ketika arus beban penuh.
  • Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari stau litar akhir mestilah sama dari segi jenisnya,luas keratan rentas dan kedudukan pendawaian.
Peraturan IEE bagi kord dan kabel boleh lentur (penggunaan)
  • Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik yang berkadaran kurang daripada 3 kw. 
  • Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar yang berasingan mesti diadakan. 
  • Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali ia sependek-pendek yang boleh. 
  • Pada keadaan yang terdedah kord dan kabel boleh lentur hendaklah seberapa pendek yang boleh dan mestilah dilindungi dari kerosakkan mekanikal.
  • Kord boleh lentur yang disambung pada ros siling atau pemegang lampu metsilah mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.

Tujuan pemilihan saiz kabel 
  • Mengenalpasti jenis , saiz dan kapasiti membawa arus. 
  • Mengenalpasti faktor pemilihan kabel. 

Pemilihan saiz kab beban bergantung kepada tiga perkara utama iaitu: 
  • Kabel itu mesti mampu membawa arus maksimum (beban penuh) yang mengalir dalam litar tanpa pemanasan yang tidak wajar. 
  • Susutan voltan yang berlaku pada kabel ketika membawa arus maksimum mestilah tidak melebihi daripada 4% voltan bekalan. 

Saiz fius atau pemutus litar dimana dipilih atau dilaraskan kepada sesuatu nilai yang hampir dan lebih tinggi daripada yang didapati 
Simbol yang digunakan untuk pemilihan kabel mengikut Peraturan IEE adalah seperti berikut : 
  • Iz -  Kapasiti membawa arus sesuatu kabel, di bawah keadaan pemasangan tertentu. 
  • lt - Nilai arus yang dijadualkan di dalam lampiran bagi jenis kabel dan kaedah pemasangan. 
  • Ib -  Rekabentuk arus sesuatu litar/arus beban penuh yang dibawa oleh litar. 
  • In -  Kadaran arus pemasangan alat perlindungan. 
  • I2 - Arus kendalian suatu peranti yang melindungi litar terhadap beban lebih.
  • Ca - Faktor pembetulan untuk suhu ambien
  • Cg - Faktor pembetulan untuk pengumpulan
  • Ci - Faktor pembetulan untuk penebatan terma
  • Ct - Faktor pembetulan untuk suhu kendalian konduktor
  • Dalam semua keadaan Iz mestilah tidak kurang daripada Ib dan In juga mestilah tidak kurang dari Ib – (Ib < In < Iz).
Faktor utama pemilihan sesuatu kabel adalah seperti berikut 

  • Jenis kabel – merujuk kepada ketahanan kabel terhadap suhu tempat kabel itu digunakan. 
  • Kemampuan membawa arus – kemampuan kabel membawa arus litar (Ib) dengan selamat haba yang dihasilkan oleh kabel ketika membawa arus menentang rintangan pengalir hendaklah sama banyak dengan kehilangan haba yang disebabkan oleh aliran pancaran kabel itu. Dengan pemilihan begini barulah kabel itu dikatakan selamat, kemampuan membawa arus ini merujuk kepada saiz kabel. 
  • Kaedah pemasangan- sama ada pemasangan kabel itu terdedah atau tertutup. Jika kabel itu tertutup seperti dalam pembuluh, kemampuan membawa arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang terdedah.
  • Faktor kumpulan (pembetulan)-kabel yang dipasang secara berkumpulan sukar mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran kemampuan membawa arus kabel berkenaan berubah (berkurangan). 
  • Faktor pembetulan bagi kabel berkumpulan boleh didapati dalam Peraturan IEE jadual 4B1 dan 4B2. Jika jarak kabel lebih dari 2 kali garis pusat keseluruhan kabel maka faktor pembetulan boleh tidak digunakan. 
  • Suhu ambien – kabel yang dipasang ditempat yang mempunyai suhu ambien yang tinggi sukar menyebarkan haba yang terhasil berbanding dengan suhu ambien yang rendah. Dengan itu keupayaan membawa arus bagi kabel juga berubah (berkurangan). Suhu memberi kesan kepada rintangan pada pengalir kerana suhu berkadar terus dengan rintangan (T↔R) dan rintangan berkadar songsang dengan arus (R↔1/1). Maka jika suhu meningkat naik, rintangan akan turut meningkat, tetapi keupayaan bawa arus pengalir akan menurun. 
  • Faktor pembetulan bagi suhu boleh didapati dalam Peraturan IEE jadual 4C1 dan 4C2.
  • Penebat terma - kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya. Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar suhu kepanasan itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik. Saiznya lebih besar berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa. 
  • Susutan voltan - pastikan susutan voltan tidak melebihi 4% voltan namaan (bekalan). Kaedah 
Pengiraan pemilihan kabel
Terdapat dua cara membuat pemilihan saiz kabel iaitu dengan menggunakan jadual Peraturan IEE atau dengan membuat perkiraan secara hukum ohm. Tetapi diingatkan cara yang paling tepat dan lazim digunakan oleh pihak berkenaan ialah dengan menggunakan jadual 4D1A hingga 4L1A. Bagi pengiraan, hukum ohm biasanya digunakan jika kita membuat sesuatu anggaran saiz kabel.

Perkiraan dengan menggunakan jadual peraturan IEE. Formula yang bias digunakan ialah :

  •  Kadar keperluan kabel = Kadar alat perlindungan In/Faktor pembetulan Cg

TERMINAL

Pemilihan terminal adalah penting kerana jenis terminal yang dipilih mesti padan dengan tiang sambungan atau cabang gelangsar masuk unit kerja. Terminal mesti dipasang dengan rapi (tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat)l untuk mengelakkan pengalirnya daripada putus. Terminal juga mesti sesuai dengan wayar yang hendak disambungkan kepadanya. Teras dan penebatan wayar mesti tidak terlalu ketat dan tidak longgar apabila dimasukkan ke dalam terminal. Penyediaan dawai sama pentingnya dengan pemilihan terminal. Hujung dawai yang rosak perlu dipotong dahulu dan penebatannya dilucutkan mengikut kesesuaian. Untuk melucutkan penebat dawai, pisau atau pelayar pemotong boleh digunakan tetapi sebaik-baiknya gunakanlah alat pemotong atau perlucutan khusus 

JENIS TERMINAL
  • Terminal block

  • Keyed terminal
XLR terminal Mini-DIN S- Video Mini-DIN pinout 
  • Binding Posts


  •  Plug and socket connectors 


  • Blade connector 

      • Ring and spade terminals

      • 8P8C connector 

      • D-subminiature connectors 


      • USB connectors

      • Power connectors 

      • Radio frequency connectors 


      • Hybrid connectors (dc supply)

      Labels: , , ,




      Older Post | Newer Post