S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


HIDRAULIK ON Tuesday, September 5, 2017 AT 2:24 PM
PENGENALAN
Teknologi hidraulik telah dibangunkan pada tahun 1975.Perkataan hidraulik berasal dari perkataan Greek ‘hidro’ iaitu air.Kini, perkataan hidraulik digunakan untuk pemampatan cecair di mana, ia menjana daya dan pergerakan menggunakan bendalir hidraulik.Bendalir hidraulik berfungsi sebagai media untuk memindahkan kuasa. Sistem hidraulik adalah tahan lasak dan bertindak pantas. Sistem hidraulik merupakan suatu sistem yang menggunakan minyak untuk menghasilkan daya gerakan.Sistem hidraulik diaplikasi secara meluas di dalam industri automobil. Ianya digunakan pada jengkaut, mesin gerudi batuan, jentolak, mesin penempa, mesin pelarikan kawalan komputer, jentera pertanian, kenderaan berat, mesin injeksi plastik dan mesin “die casting”. Sistem hidraulik ini dapat membantu jentera mengangkat dan menurunkan beban yang berat. Pada masa kini sistem hidraulik yang moden telah dilengkapkan pada traktor bagi melakukan kerja-kerja yang lebih rumit.

LITAR ASAS HIDRAULIK


KENDALIAN LITAR
Dalam sistem hidraulik ,litar asas ialah litar biasa yang terasnya mempunyai silinder ,injap kawalan aliran ,kawalan berarah ,penumpuk,injap pelega,injap sehala ,pam penapis tangki.Litar ini boleh ditambah sepeprti memasukkan motor dan sebagainya .Pam jugak terbahagi kepada tiga jenis iaitu,gear,ram,omboh,skru sama jugak motor ,injap ,silinder dan sebagainya.

PAM 
Simbol Pam


Pam boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu anjakan tetap dan anjakan berubah. Kesemua pam digunakan dalam hidrostatik adalah jenis anjakan positif dimana kebocorannya hanya sedikit sahaja dan boleh diabaikan.Isipadu cecair yang tetap dikeluarkan dari pam pada setiap pusingan aci pemacu pam tanpa mengira keadaan tekanan dalam litar hidraulik. Fungsi pam ialah menukar kuasa mekanikal kepada kuasa bendalir hidraulik bertekanan tinggi.Semua pam menghasilkan aliran. Pam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti di bawah:- 
  • Gear 
  • Ram 
  • Omboh 
  • Skru 
Pam Gear 
Rajah di atas menunjukkan Pam Jenis Ram
Menggunakan dua atau lebih pasangan gear dan ianya dipasang didalam sebuah kotak keluli yang mempunyai saluran masukan dan keluaran. Kedua-dua gear dalam satu pasangan adalah sama saiz. Untuk mendapatkan isipadu maksimum dalam satu pusingan, gear yang mempunyai saiz yang minima hendaklah digunakan untukmeneruskan pergerakan. Pada kebisaannya sesebuah gear mempunyai 8 hingga 9 gigi. Minyak yang terperangkap di antara gigi gear dan kotak akan dipindahkan dari ruang masukan ke ruang keluaran. Percantuman gigi dalam pasangan gear itu menghalang sebarang kebocoran yang mungkin berlaku di antara pasangan gear itu iaitu diantara ruang masukan dan keluaran.Tekanan dalam ruang keluaran adalah tinggi jika di bandingkan dengan ruang masukan. Pengalas telah digunakan untukmengurangkan kelonggaran di antara pasangan gear dan kotak pammaka kebocoran minyak dapat dikawal.
Rajah di atas menunjukkan Pam jenis Gear
Pam Ram 
Pam vane atau namanya dalam bahasa iaitu pam ram . Pam jenis ram gelangsar yang paling ringkas.Pam jenis ram gelangsar yang paling ringkas yang mengandungi rotor di pasang dengan beberapa ram rotor yang bebas bergelangsar dengan celah jejari. Rotor itu bersipi dengan perumah yang mengandungi ram rotor itu. Cecair akan mengalir ke dalam ruang masukan apabila ruang antara sarung rotor dan ram rotor menjadi besar dan cecair itu akan dikeluarkan dari ruang disebelahnya apabila ruang itu menjadi kecil ketika rotor itu berpusing.Pam jenis ini menggunakan konsep daya empar dan kebuk isipadu boleh ubah.
Pam Omboh 
Pam piston atau namanya dalam bahasa iaitu pam omboh.Pam omboh kebanyakannya digunakan pada sistem dengan tekanan operasi lebih atau sama dengan 140 bar. Ciri utama pam omboh adalah kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi. Ini adalah sangat penting apabila aliran malar, tanpa bergantung kepada perubahan tekanan. Pam omboh adalah lebih kompleks dan mahal. Digunakan dengan meluas untuk sistem yangmemerlukan kelajuan serta tekanan yang tinggi. 
Terdapat dua jenis pam omboh iaitu: 
  • Pam Piston Paksi (Axial Piston Pump)


Piston-piston pam jenis ini biasanya diletakkan selari dengan penggerak aci. Apabila aci berputar maka piring putaran akan juga berputar, ini menyebabkan piston-piston bergerak.Bendalir memasuki ke dalam pam mengikut injap sehala 1 atau 2. Ini akan menyebabkan piston bergerak ke dalam. Cecair di dalam piston pula akan tertolak keluar oleh tolakan piring putaran.Injap sehala memastikan cecair yang masuk dan keluar mengikuti satu arah sahaja.
  • Pam Piston Jejari (Radial Piston Pump)

Apabila blok silinder berpusing, cecair akan memasuki ruang kosong piston, dimana pada ketika ini cecair disedut masuk dan sebahagian cecair lain yang telah berada di dalam ruang piston akan tertolak keluar, kelajuan dan tekanan bendalir adalah bergantung kepada kelajuan dan bilangan piston bekerja. Pergerakan piston pula bergantung kepada putaran blok silinder 

Pam Skru
Pam Jenis Skru. Ianya adalah tahan lasak kerana bendalir yang digunakan akan bertindak sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Pam jenis ini memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran. 

                    Rajah di atas menunjukkan Pam skru
TANGKI 
Tangki berfungsi untuk menyimpan bendalir hidraulik dan menyejukkan bendalir hidraulik .
 simbol tangki

PENAPIS
Penapis berfungsi untuk menghalang bendasing seperti habuk atau keluli dari memasuki sistem hidraulik.
Simbol penapis

INJAP 
Injap di dalam sistem hidraulik berfungsi sama seperti injap di dalam sistem pneumatik.Kaedah menggerakkan injap adalah seperti berikut; 

Kaedah Menggerakkan Injap 
Injap di dalam sistem hidraulik boleh digerakkan dengan berbagai cara seperti di bawah:- 

Mekanikal 
Kaedah menggerakkan injap mekanikal pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara kendalian mekanikal dan insani. Rajah di bawah menunjukkan salah satu daripada jenis kendalian injap secara mekanikal. 
Rajah di atas menunjukkan Kaedah Kendalian Mekanikal 
Rajah di atas menunjukkan Kaedah Menggerakkan Injap Secara Insani
Pneumatik
kaedah menggerakkan injap secara pneumatik di mana aci dikawal sepenuhnya oleh pneumatik.
Rajah di atas menunjukkan Kaedah Menggerakkan Injap Secara Pneumatik 
Elektrikal 
kaedah menggerakkan injap secara elektrikal yang dikawal oleh solenoid.
Rajah di atas menunjukkan Kaedah Menggerakkan Injap Secara Elektrikal
INJAP KAWALAN
Injap kawalan terbahagi kepada tiga iaitu injap kawalan tekanan, arah dan aliran.

Injap Kawalan Tekanan
Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal tekanan sistem. Ianya mengurangkan tekanan beban sesebuah pam atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak itu disalurkan ke dalam litar hidraulik. Injap Kawalann tekanan boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu :-

  • Injap pelega dan sehala 
  • Injap pengurang tekanan 
  • Injap penjujukan tekanan 
  • Injap pemunggahan tekanan 
  • Injap imbangan lawan 
Injap pelega dan sehala
Rajah di atas menunjukkan Injap pelega dan sehala
Injap pengurang tekanan
Rajah di atas menunjukkan Injap pengurang tekanan 
Injap penjujukan tekanan
Rajah di atas menunjukkan Injap penjujukan tekanan 
Injap pemunggahan tekanan 
Rajah di atas menunjukkan Injap pemunggahan tekanan 

Injap imbangan lawan
Rajah di atas menunjukkan Injap imbangan lawan
Injap Kawalan Arah Injap kawalan arah digunakan untuk meneruskan pengaliran minyak di dalam sistem hidraulik. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti berikut: 
  • Injap rotor 
  • Injap gelendong (kili) 
  • Injap pusat terbuka dan pusat tertutup 
  • Injap kili sebadan dan kili cantuman 

Keempat-empat injap ini menggunakan pelbagai elemen injap yang berlainan untuk meneruskan pengaliran minyak. 
  • Injap sehala menggunakan sebuah poppet yang bergerak pada kedudukan badan injap mengikut keadaan tekanan. 
  • Injap rotor menggunakan sebuah gelendong rotor yang boleh dipusing untuk mengawal aliran minyak. 
  • Injap kili menggunakan sebuah kili gelongsor yang bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk mengawal aliran minyak. 

Injap Kawalan Arah Jenis Rotor 
Ianya biasa digunakan sebagai injap pandu untuk meneruskan aliran ke injap lain. Injap kawalan arah jenis putar menggunakan sebuah injap rotor yang mempunyai 4 hala keluaran dan masukan minyak. Rotor ini mempunyai lubang yang boleh dihubungkan dengan lubang yang berada di badan injap apabila rotor itu dipusingkan. Rotor ini digerakkan oleh sebuah tuil (lever) secara hidraulik ataupun secara elektrik. Injap rotor di mana minyak dan pam memasuki ruang masukan dan mengalir melalui injap tersebut ke sistem. Sementara minyak dari sistem akan mengalir balik ke tangki melalui ruang keluaran. Ruang-ruang tersebut sebenarnya terletak di dua tingkat yang berasingan. Injap rotor ini boleh diubahsuai untuk menggerakkan dua, tiga atau empat hala. Ini dapat dicapai dengan mengubah kedudukan ruang saluran dengan menambah / mengurangkan saluran minyak yang ada pada injap tersebut. 
Rajah di atas menunjukkan Injap Kawalan Arah Jenis Rotor
Injap Kawalan Arah Jenis Kili 
Injap ini adalah sebuah injap kawalan arah yang sebenar. Ianya digunakan sebagai injap pengawal untuk mengarahkan minyak bagi memulakan aliran minyak atau memberhentikan alirannya ke sistem. Injap kili yang mempunyai 2, 4 dan 6 batas (landas) adalah yang umum dimana ianya selalu digunakan dalam cantuman injap, iaitu selcum. Bagi injap yang mempunyai lebih dari satu unit, setiap injap mengawal sebahagian daripada sistem hidraulik. Injap ini boleh dikawal secara manual, gelung elektrik atau tekanan hidraulik yang bertindak di penghujung kili itu. Alat penetap sentiasa digunakan untuk menentukan kedudukan injap pada setiap operasi. 
Rajah di atas menunjukkan Injap Kili

Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup
Injap pusat terbuka dan injap pusat tertutup. Injap ini digunakan dalam sistem pusat terbuka , dimana pam akan bergerak secara berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki. Dalam sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ianya akan menyebabkan pam hidraulik berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak.
 Injap Pusat Terbuka 
Injap Pusat Tertutup

Injap Kili Sebadan Dan Cantuman 
Dua atau lebih injap kili boleh digunakan dalam satu kumpulan injap untuk pengendalian pelbagai fungsi. Pembinaan injap kili bergantung kepada bilangan cantuman injap dalam operasi. Susunan untuk injap yang mempunyai 3 kedudukan boleh dibuat dengan banyak cara seperti rajah di bawah.
Rajah di atas menunjukkan Injap Kili Jenis Cantuman Sebadan
 Rajah di bawah menunjukkan Beberapa gelendung injap yang dipasang dalam satu bongkah. 
Rajah di atas menunjukkan Injap Kili Cantuman
Injap Kawalan Aliran
Injap kawalan aliran boleh dilaraskan dengan cara berikut: Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan. Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap jenis ini biasanya berpampasan.
Injap kawalan aliran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;
Injap tak terpampas
Injap tak terpampas tidak akan terpengaruh pada perubahan tekanan. Apabila aliran masuk berubah, maka aliran yang melalui injap juga berubah. Injap tak terpampas biasa digunakan apabila kawalan aliran yang tepat tidak diperlukan. Contoh injap ini ialah injap jenis jarum dan injap glob.
Injap Kawalan Dan Injap Glob (Tak Terpampas)
Injap jenis ini biasa digunakan pada litar hidraulik. Injap ini tidak peka kepada perubahan tekanan. Ianya mudah dan boleh dilaraskan untuk mendapatkan nilai kadar alir yang dikehendaki.
Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum
Injap kawalan arah jenis jarum. Ianya merupakan suatu penghad mudah. Apabila batang jarum dipusingkan ke bawah, aliran akan terhenti. Apabila batang jarum dinaikkan ke atas dengan membuka skru, lubang orifis akan terbuka sedikit dan membenarkan aliran melaluinya. Apabila skru dibuka sepenuhnya, aliran penuh akan terhasil.
Rajah di atas menunjukkan Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum
Injap terpampas
Injap terpampas akan cuba mengekalkan kadar aliran walaupun aliran masuk ke injap berubah. Injap ini akan melaraskan aliran sambil mengawal aliran masuk.
Injap Kawalan Aliran Terpampas
Injap jenis ini beroperasi dengan konsep di mana saiz orifis yang sedia ada pada komponen mengawal kejatuhan tekanan pada orifis, menyebabkan kadar alir menjadi tetap. Saiz lubang orifis pada hujung kili telah dipadankan dengan pegas. Rajah di atas menunjukkan Injap Kawalan Aliran Terpampas Apabila aliran masuk yang melalui orifis bertambah, perbezaan tekanan di antara bahagian luar dan dalam kili akan bertambah. Penambahan aliran akan menyebabkan kili bergerak ke kanan dan menekan pegas.
Rajah di atas menunjukkan Injap Kawalan Aliran Terpampas

Apabila aliran masuk yang melalui orifis bertambah, perbezaan tekanan di antara bahagian luar dan dalam kili akan bertambah. Penambahan aliran akan menyebabkan kili bergerak ke kanan dan menekan pegas. 
Pengatur Aliran Pirau (By-Pass) 
Injap jenis ini biasa digunakan pasa sistem pusat terbuka. Dengan menggunakan injap jenis ini minyak yang di keluarkan oleh pam akan digunakan untuk membuat kerja pada fungsi utama, yang mana pada keadaan tertentu minyak akan dialirkan ke fungsi kedua atau dialirkan balik ke tangki. Injap pengatur juga berfungsi menggunakan prinsip pegas dan orifis tetap untuk mengawal aliran. 
Rajah di atas menunjukkan Injap Pengatur Aliran Pirau




PENGGERAK (ACTUATOR)
Pada amnya, pergerakkan hidraulik digunakan untuk menjalankan tugas berat. Ianya mengangkat beban di antara 200 – 600 tan pada jarak angkatan yang kecil iaitu 100 – 300 mm. Kebanyakan jenis mesin dan penggerak ini digunakan dalam pengunaan mesin angkat. Perhubungan di antara penggerak dan peralatan hidraulik adalah seperti berikut :
 Rajah di atas menunjukkan Perhubungan antara penggerak dan peralatan hidraulik.
SILINDER 
Silinder hidraulik digunakan untuk membuat sesuatu kerja dan menghubungkan kuasa hidraulik kepada kuasa mekanikal. Silinder bergerak sebagai lengan mekanikal yang digunakan untuk mengangkat, menolak atau menggerak sebarang alat-alat pengerak. Silinder mengandungi sebuah aci piston yang digunakan untuk menggerakkan piston yang dipasangkan kepada penghujung aci itu. Piston digunakan untuk memerangkap minyak hidraulik dalam silinder. Pada umumnya penyendal hidraulik telah dipasang di sekeliling piston di mana ianya bertindak sebagai penyendal (prevent leakage). 
Silinder hidraulik boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu: 
  • Silinder jenis piston – yang memberikan tindakan linar (linear). 
  • Silinder jenis bilah – yang memberi tindakan pusingan. 
Silinder jenis piston 

Rajah di atas menunjukkan Silinder Jenis Piston
Silinder Jenis Piston boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • Silinder tindakan sehala. 
  • Silinder tindakan dua hala.

Silinder tindakan sehala
Silinder tindakan sehala yang biasanya memberikan tindakan daya pada satu hala sahaja. Tekanan minyak dimasukkan ke dalam ruang silinder untuk mengangkat sesuatu beban.
Rajah di atas menunjukkan Silinder Tindakan Sehala 
Silinder tindakan dua hala
Silinder ini memberikan tindakan pada 2 hala iaitu ke hadapan dan ke belakang. Tekanan minyak disalurkan kepada salah satu daripada ruang masukan silinder dan kemudiannya ke ruang masukan yang lain.
Rajah di atas menunjukkan Silinder Tindakan Dua Hala 
Silinder Jenis Bilah 
Silinder jenis ini mengandungi sebuah silinder, aci dan bilah logam. Dua bilah logam digunakan di mana satu kedudukan ditetapkan pada silinder dan satu lagi dipasang pada aci yang memutar berulang-alik diantara sudut-sudut yang tertentu. Kesemua silinder jenis bilah adalah tindakan dua hala.

MOTOR HIDRAULIK
Pada asasnya motor hidraulik mempunyai persamaan dengan pam hidraulik. Perbezaannya ialah motor hidraulik menukarkan kuasa hidraulik kepada kuasa mekanikal. Binaan motor hidraulik juga mempunyai persamaan dengan pam hidraulik. Kelajuan motor hidraulik boleh diubah dengan mengubah kuantiti kadar aliran minyak kepada motor. Arah pusingan aci motor boleh diubah dengan mengubah suhu masukan menjadi keluaran dan salur keluaran menjadi masukan. 
Jenis-jenis Motor Hidraulik 
Rajah di atas menunjukkan menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik yang digunakan secara meluas.
Motor Bilah 
Motor bilah yang mempunyai persamaan dengan pam bilah. Pegas digunakan untuk menekan keluar bilah ke arah gegelang sesondol semasa motor mula berpusing atau berhenti dari berpusing. 
 Rajah di atas menunjukkan Motor Jenis Bilah 
Motor Gear
Motor jenis gear digunakan secara meluas kerana ia mudah dan ekonomi. Pada kebiasaannya ia digunakan untuk menggerakkan komponen yang kecil. Motor gear berpusing mengikut arah pusingan jam atau sebaliknya. Ianya mempunyai anjakan tetap. Terdapat dua jenis motor gear yang biasa digunakan iaitu motor gear luar dan motor gear dalam. 
Rajah di atas menunjukkan Motor Gear

Motor Skru 
Motor jenis skru terdiri daripada silinder dan omboh yang dielakkan dari berputar oleh rod pandu. Omboh dan rod omboh yang dilengkapi dengan alur akan dipadankan bersama-sama sepertimana skru dan nut. Rekabentuk motor jenis skru hanya dihadkan untuk penggunaan tekanan rendah. 
Rajah di atas menunjukkan motor Jenis Skru
Motor Piston 
Motor piston dikelaskan bergantung kepada susunan piston pada silinder dan aci keluaran motor. Motor piston biasa digunakan kerana ia mempunyai kelajuan dan tekanan yang tinggi. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis motor piston paksi iaitu jenis paksi bengkok dan jenis plat kocak. Sementara motor piston jejari dikelaskan kepada jenis bersipi dimana piston akan menolak aci bersipi untuk mendapatkan momen dan jenis berbilang lejang di mana piston akan menolak sesendol berombak yang terdapat pada perumah rotor. 
  (a) Paksi Jenis Plat Kocak (b) Paksi Bengkok

(a) Litar sistem terbuka (b) Litar sistem tertutup
Litar Sistem Pusat Terbuka
Dalam litar sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.
Litar Sistem Tertutup
Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliaran minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak.

APLIKASI HIDRAULIK DALAM KENDERAAN DAN JENTERA BERAT

CONTOH KENDERAAN DAN JENTERA BERAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM HIDRAULIK


Hidraulik Perindustrian
  • mesin proses plastik 
  • mesin penekan plat logam ( pressing machine ) 



Hidraulik Industri Kejuruteraan Awam
  • Mesin membuat jambatan 
  • mesin turbin 
Hidraulik Permobilan 
  • Kren dan jentera penggerak
  • Jentera pembinaan pertanian 
  • Mesin membuat kereta

KENDALIAN SISITEM HIDRAULIK DALAM KENDERAAN DAN JENTERA BERAT TERSEBUT 
Kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair lain sebagai bahantara dalam pngawalan kuasa. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin, gerudi, lori dan lain-lain lagi. Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem pneumatik, yang menggunakan udara bertekanan sebagai bendalir dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan cecair sebagai bahantara. Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10kN (1 ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik. Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Dalam sistem hidraulik, minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack. Pam digunakan untuk menyedut minyak yang dipacu oleh penggerak utama iaitu motor elektrik bagi menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran tekanan dikawal oleh injap kawalan tekanan dan injap kawalan arah. Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakkan mekanikal (kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran bendalir. Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua buah silinder, iaitu satu silinder besar dan satu silinder kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip. Di dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang dikenakan daya ke atasnya. Di dalam silinder yang besar pula, terdapat satu omboh yang dinamakan omboh pelantak. Beban diletakkan di atas omboh pelantak. Keseluruhan sistem ini diisikan dengan cecair hidraulik atau minyak hidraulik. Daya yang dikenakan pada silinder kecil akan dipindahkan ke silinder besar untuk mengangkat beban. Dalam sistem hidraulik, tenaga akan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui bahantara cecair yang dikenali sebagai tenaga hidraulik.

KESIMPULAN 
Kesimpulannya , sistem hidraulik diaplikasi dalam pelbagai jentera dan kenderaan berat pada hari ini.Sistem hidraulik amatlah berguna kerana ia mempunyai reka bentuk yang lebih mudah.Ia juga mudah dilentur ,mudah dikawal.Kenderaan system hidraulik jugak mempunyai kelinciran iaitu ia mampu berfungsi dengan lebih senyap ,dan kurang getaran .Kawalan dayanya juga lebih mudah .Sistem ini lebih mudah dan bermanfaat dalam sektor ekonomi . 

PENUTUP 
Alhamdulillah ,bersyukur saya ke hadrat allah S.W.T kerana dengan izinya saya dapat menyiapkan projek dan laporan ini .Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.Banyak ilmu yang saya timba sepanjang menyiapkan folio ini.Pada mulanya memang saya agak keliru untuk menyiapkan folio ini ,tapi bak kata peptah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah saya mengusahakannya juga kerana ini adalah untuk markah peperiksaan akhir semester saya.Tanpa usaha tiadalah kejayaan.Untuk membuat folio ini memerlukan ketelitian dan kesabaran ,kerana saya baru sahaja menelaah tajuk ini.Folio ini memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya mengorak langkah untuk pergi lebih jauh lagi.Bagi saya ini adalah permulaan perjalanan saya bagi menjulang segulung diploma.Kesabaran juga penting,saya hampir putus asa semasa menyiapkan folio ini tetapi berkat pertolongan dan dorongan dari semua pihak terhasilah laporan dan projek ini.Saya harap ilmu yang saya dapat sepanjang menjalankan projek dan laporan ini dapat saya manfaat di waktu akan datang.

Labels: , , ,




Older Post | Newer Post