S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


LAPORAN SUKANEKA ON Friday, August 11, 2017 AT 3:38 PM
PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini. 

OBJEKTIF 
Melengkapkan PBS bagi modul Supervisory Skill 1 Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas kerja. 
  
MATLAMAT 
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dalam menganjurkan dan mengendalikan program.memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. 

TARIKH MASA DAN MASA

Tarikh: 4 April 2014 Masa: 3.00 – 5.00 petang Tempat: Kolej Vokasional Balik Pulau

PENGENDALI / FASILATOR YANG TERLIBAT

Ketua Program
Mohammad Harif Bin Abdul Shukor 

Penolong Ketua Program
Fatin Nur Liyana Binti Che Hat

Setiausaha
Nur Syazwani Binti Najeeb

Penolong Setiausaha
Wadatul Izzati Binti Saafi

Bendahari
NurSyazana Binti Mohd Adman

Ahlijawatankuasa

AJK Aktiviti
Siti Solehah Binti Mohd Darus
Nor Shafieqa Binti Hasrol Zafian
Muhammad Izzat Farhan Bin Zaini

Ajk Peralatan
Muhammad Hafiz Bin Azemi
Muhd Nasih Ulwan Bin Mohd Isa
Muhammad Sayuti Bin Che Yahya

Ajk Hadiah
Nurul Farah Najihah Binti Hairur Azmi
Nur Syazana Binti Azmi
Nur Adilah Binti Wan Sabberi

Ajk Kebersihan
Meor Zulfitri Bin Abdul Jalil
Muhammad Khairul Anuar Bin Mohd Asri
Mohd Syaiful Izuan Bin Ahmad

Ajk Keselamatan
Muhamad Riduan Sapiq Bin Talib
Mohd Syukri Bin Mansor
Muhammad Zharif Bin Murtadza
Muhammad Kamarul Asyraf Bin Mohd Zain

Ajk Makanan
Mohamad Faiz Rizal Bin Mohd Bakari
Mohamad Asyraf Bin Ahmad Tharmizi
Nur Annisa Izzati Binti Jasni
Nur Amirah Binti Wan Sabberi

BILANGAN PESERTA YANG HADIR

24 orang (18 lelaki , 6 perempuan)

SENARAI ALATAN DAN MAKANAN ALATAN 
Game Ikatan Lovely Dovely
  • Tali
  • Belon
  • Baldi
Game A4
  • Kertas A4
MAKANAN 
  • Air (Muhd Nasih Ulwan Bin Mohd Isa)
  • Mineral water (Muhd Harif Bin Abdul Shukor)
  • Apollo (Muhammad Izzat Farhan Bin Zaini)
  • Mee Goreng (Nur Syazwani Binti Najeeb)
  • Bihun Goreng (Mohd Syaiful Izuan Bin Ahmad)
  • Roti (Muhammad Faiz Rizal Bin Mohd Bakari)
  • Kek (Nur Amirah ,Nur Adilah Binti Wan Sabberi)
  • Agar-Agar (Nur Annisa Izzati Binti Jasni)
  • Gula-Gula (Nur Shafieqa Binti Hasrol Zafian)
  • Perkakasan Makanan (Fatin Nur Liyana Binti Che Hat)
KAEDAH PELAKSANAAN
Pembahagian Kumpulan
  • Game A4
Kumpulan A : 6 orang dari 3 Elektronik 1
Kumpulan B : 6 orang dari 3 Elektronik 3
  • Game Ikatan Lovely Dovely
Kumpulan A : 6 orang dari 3 Elektronik 1
Kumpulan B : 6 orang dari 3 Elektronik

SENARAI PESERTA BAGI AKTIVITI YANG DIJALANKAN
  • Game A4
Azim Aiman Faez Amirul Shafiq Fakhrullah Izzul Irfan Safwan Ikhwan Syafiq Ridhwan Syazwan
  • Game Ikatan Lovely Dovely
Faez Rosza Halifi Hafika Nabil Khairani Raja Diana Yusri Fathihah Zaim Syasya

PROSEDUR PELAKSANAAN
  • Game Ikatan Lovely Dovely
Setiap kumpulan ada 6 peserta ,diikat kaki diantara dua peserta ,mereka diminta membawa belon di antara badan mereka dalam keadaan kaki berikat dan meletakan belon tersebut ke dalam baldi seberapa banyak yang boleh dalam masa 5 minit.Sekiranya belon jatuh perserta diminta bermula dari garis MULA.
  • Game A4
Setiap kumpulan ada 6 peserta ,peserta diberi 4 keping kertas A4 dan harus begerak melalui kertas A4 sejauh yang boleh dalam masa 5 minit ,sekiranya perserta terkeluar pada kertas,mereka harus bermula pada garis MULA.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN SUKANEKA
  • Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan permainan telah siap sedia untuk digunakan.
  • Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
  • Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
  • Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syaratsyarat permainan yang dijalankan.
  • Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.

PEMENANG 

GAME A4
Tempat Pertama : Kumpulan 3 Elektronik 3
Tempat Kedua : Kumpulan 3 Elektronik 1

Game Ikatan Lovely Dovely
Tempat Pertama : 3 Elektronik 3
Tempat Kedua :3 Elektronik 1

MASALAH DAN PENAMBAHBAIKKAN 

MASALAH
Terdapat perserta yang tidak hadir pada saat akhir

PENAMBAHBAIKKAN
Menyediakan pemain simpanan.

MASALAH
Peralatan yang dibawa tidak mencukupi
PENAMBAHBAIKKAN
Menyediakan peralatan simpanan .

MASALAH
Peserta terlewat kerana mempunyai hal lain

PENAMBAHBAIKKAN
Membuat perancangan yang teliti.

RUMUSAN 
Sukaneka ini telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan kesemua objektifnya dan matlamat telah tercapai. Pihak jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan peserta yang terlibat.  

Disediakan Oleh :
(NUR SYAZWANI BINTI NAJEEB)
SETIAUSAHA PROGAM SUKANEKA,
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU.

Labels: , , ,



KERTAS KERJA SUKANEKA ON Friday, June 9, 2017 AT 1:17 PM
PENGENALAN 

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

OBJEKTIF 

  • Melengkapkan PBS bagi modul Supervisory Skill 1 
  • Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
  • Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
  • Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
  • Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 
  • Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas kerja. 

TARIKH DAN MASA 

  • Tarikh : 4 APRIL 2014 
  • Hari : JUMAAT 
  • Masa : 3.00 – 5.00 petang 

TEMPAT 

  •  Tempat lapang di kawasan Kolej Vokasional Balik Pulau 

STRUKTUR ORGANISASI 

Ketua Program
Mohammad Harif Bin Abdul Shukor 

Penolong Ketua Program
Fatin Nur Liyana Binti Che Hat 

Setiausaha
Nur Syazwani Binti Najeeb 

Penolong Setiausaha
Wadatul Izzati Binti Saafi 

Bendahari
NurSyazana Binti Mohd Adman 

Ahlijawatankuasa

AJK Aktiviti  
Siti Solehah Binti Mohd Darus 
Nor Shafieqa Binti Hasrol Zafian
Muhammad Izzat Farhan Bin Zaini 

Ajk Peralatan
Muhammad Hafiz Bin Azemi 
Muhd Nasih Ulwan Bin Mohd Isa
Muhammad Sayuti Bin Che Yahya 

Ajk Hadiah
Nurul Farah Najihah Binti Hairur Azmi 
Nur Syazana Binti Azmi 
Nur Adilah Binti Wan Sabberi 

Ajk Kebersihan 
Meor Zulfitri Bin Abdul Jalil 
Muhammad Khairul Anuar Bin Mohd Asri 
Mohd Syaiful Izuan Bin Ahmad 

Ajk Keselamatan
Muhamad Riduan Sapiq Bin Talib
Mohd Syukri Bin Mansor
Muhammad Zharif Bin Murtadza 
Muhammad Kamarul Asyraf Bon Mohd Zain 

Ajk Makanan 
Mohamad Faiz Rizal Bin Mohd Bakari 
Mohamad Asyraf Bin Ahmad Tharmizi
Nur Annisa Izzati Binti Jasni
Nur Amirah Binti Wan Sabberi 

CADANGAN AKTIVITI AKTIVITI BAHAN 

Ikatan Lovely Dovely

  • Tali 
  • Belon 

Game A4

  • Kertas A4 

KOS BELANJA 

HADIAH
RM 10.00 X 4 Hadiah =RM 40.00 

PENDAPATAN
RM 3 X 25 ORANG = RM 75 

PENAJAAN ALATAN 
  • Tali ( Muhammad Hafiz Bin Azemi ) 
  • Kertas A4 ( Nursyazani Binti Mohd Adman) 
  • Belon (Wadatul Izzati Binti Saafi) 

 PENAJAAN MAKANAN 


  • Air (Muhd Nasih Ulwan Bin Mohd Isa) 
  • Mineral water (Muhd Harif Bin Abdul Shukor) 
  • Apollo (Muhammad Izzat Farhan Bin Zaini) 
  • Mee Goreng (Nur Syazwani Binti Najeeb) 
  • Bihun Goreng (Mohd Syaiful Izuan Bin Ahmad) 
  • Roti (Muhammad Faiz Rizal Bin Mohd Bakari) 
  • Kek (Nur Amirah ,Nur Adilah Binti Wan Sabberi) 
  • Agar-Agar (Nur Annisa Izzati Binti Jasni) 9
  • Gula-Gula (Nur Shafieqa Binti Hasrol Zafian) 
  • Perkakasan Makanan (Fatin Nur Liyana Binti Che Hat)
PENUTUP 

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing. 

Labels:



KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN ON AT 12:31 PM
OBJEKTIF 
  • Membolehkan kualiti produk dan kepuasan pelanggan tercapai melalui penyelarasan (adjustment), servis dan operasi peralatan. 
  • Memaksimakan jangkahayat peralatan. 
  • Menjaga keselamatan peralatan dan mencegah dari berlakunya bahaya 
  • Meminimakan jumlah kos pengeluaran melalui servis dan baikpulih. 
  • Mengurangkan kekerapan gangguan dalam proses operasi 
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran melalui penggunaan peralatan sepenuhnya 
SKOP 
  • Mengetahui konsep dan keperluan pengurusan penyenggaraan yang sistematik. Memahami jenis-jenis penyenggaraan asas yang biasa digunakan oleh bengkel seperti:
  • Penyenggaraan yang dirancang (regular maintenance) 
  • Penyenggaraan yang tidak dirancang, serta hubungan dengan
  • Senggeraan berjadual (preventive maintenance) 
  • Senggeraan pembetulan (corrective maintenance) 
  • Senggeraan kerosakan(breakdown maintenance) 
Mengetahui elemen-elemen perancangan untuk membolehkan perancangan penyenggaraan mencegah dan rombak rawat. Kaedah penyediaan perancangan berpandukan kepada laporan serta data-data piawaian yang ada. Mengetahui dan membincangkan dasar-dasar sistem penyenggaraan seperti:-

  • Penyenggaraan berjadual 
  • Penyenggaraan pembetulan 
  • Senggeraan kerosakan 
DEFINISI DAN JENIS-JENIS PENYENGGARAAN 

Satu siri aktiviti untuk meningkatkan produktiviti melalui penggunaan keseluruhan aspek sebuah loji:bermula dari kajian,penyelidikan,rekabentuk,pengeluaran,dan pemasangan sehingga ke operasi,penyenggaraan dan akhirnya pelupusan 

Preventive Maintenance(Senggeraan Berjadual) 
  • Perancangan yang sistematik, dibuat secara berkala (tahunan dan sebagainya), dan tepat pada masa diperlukan seperti mencuci, melincirkan, membaiki dan menggantikan bagi komponen-komponen untuk 
  • Meminimumkan kerugian pengeluaran disebabkan oleh kerosakan- kerosakan. 
  • Memanjangkan hayat harta modal. 
  • Mengurangkan kos keseluruhan 
  • Kaedah penyenggaraan berdasarkan kombinasi pangkalan masa dan keadaan untuk memastikan peralatan berfungsi oleh pengawalan komponen-komponen peralatan, assemblies, subassemblies, accessories, attachment, dan sebagainya. 
  • Memelihara prestasi bahan-bahan struktur. 
  • Mencegah kakisan, keletihan (fatigue), dan lain-lain bentuk kemerosotan yang melemahkan mereka. Untuk mencegah atau melambatkan kerosakan-kerosakan. 
  • Tindakan pencegahan boleh dijalankan mengikut suatu jadual yang pratentu dan tetap atau apabila diperlukan. 
  • Rancangan-rancangan penyelenggaraan pencegahan yang direka dengan elok boleh mengurangkan insiden penyelenggaraan kecemasan. 
  • Program penyelenggaraan pencegahan yang dilakukan secara meluas adalah penting untuk mengurangkan kekerapan dan gangguan aliran kerja. 
Corrective Maintenance(Senggaraan pembetulan) 
  • Ia menambahbaik peralatan dan komponen-komponennya agar penyelenggaraan pencegahan boleh dilaksanakan dengan pasti. 
  • Peralatan dengan rekabentuk daif mesti direka bentuk semula 
  • Sesuai untuk barang-barang penyelenggaraan yang berkos tinggi : poor maintenance, poor design atau operasi di luar spesifikasi reka bentuk . 
  • Pilihan yang perlu dibuat adalah di antara kos rekabentuk semula dan kos penyenggaraan berulang. 
  • Sesetengah keadaan jika menggantikan sebuah mesin adalah lebih ekonomi daripada daripada dibaiki maka pembaikan tidak harus dilakukan.
  • Amat sesuai apabila kegagalan yang bila kronik dan berulang-ulang berlaku dan memerlukan pengubahsuaian-pengubahsuaian. 
  • Ia memerlukan tindakan kejuruteraan daripada tindakan penyenggaraan tetapi sering menjadi tanggungjawab jabatan penyenggaraan. 
Breakdown Maintenance(Senggaraan kerosakan)  
  • Ia menambahbaik peralatan dan komponen-komponennya agar penyelenggaraan pencegahan boleh dilaksanakan dengan pasti. 
  • Peralatan dengan rekabentuk daif mesti direka bentuk semula 
  • Ia bertujuan untuk menyingkirkan penyebab penyenggaraan. 
  • Sesuai untuk barang-barang penyelenggaraan yang berkos tinggi : poor maintenance, poor design atau operasi di luar spesifikasi reka bentuk. 
  • Pilihan yang perlu dibuat adalah di antara kos rekabentuk semula dan kos penyenggaraan berulang. 
  • Sesetengah keadaan jika menggantikan sebuah mesin adalah lebih ekonomi daripada daripada dibaiki maka pembaikan tidak harus dilakukan. 
  • Amat sesuai apabila kegagalan yang bila kronik dan berulang-ulang berlaku dan memerlukan pengubahsuaian-pengubahsuaian. 
  • Ia memerlukan tindakan kejuruteraan daripada tindakan penyenggaraan tetapi sering menjadi tanggungjawab jabatan penyenggaraan. 
SINGKATAN
  • J/K= JAWATAN KUASA 
  • PPLV= PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL 
  • SOP=STANDARD OPERATING PROCEDURE 
  • KJ=KETUA JURUSAN 
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 

J/K ASET DAN INVENTORI
  • Berkaitan dengan pengurusan harta modal,bekalan pejabat dan pengurusan stok. 
  • Memastikan asset kerajaan diuruskan dengan teratur,cekap,dan berkesan bagi mengelakkan pembaziran wang kerajaan 

J/K PERHUBUNGAN INDUSTRI
  • Merancang dan melaras latihan industri pelajar. 
  • Mewujudkan perlaksanaan kursus di bengkel mengikut keperluan industri. 
  • Membantu dalam urusan penempatan pelajar setelah tamat latihan industri 

J/K PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
  • Urusan pengambilan dan rekod pelajar. 
  • Memantau semua program yang dilaksanakan dalam bengkel tersebut. 
  • Pemantauan pengurusan dan operasi. 

J/K HAL EHWAL PEKERJA
Menyelia tindakan displin pelajar. 
Menyelia dan mengurus hal berkaitan ko-kurikulum pelajar. 

J/K KURIKULUM
  • Merancang dan menyelaras pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang dibangunkan. 
  • Menilai dan mengemaskini kurikulum latihan kemahiran. 

J/K PELUPUSAN
  • Memeriksa aset dan rekod yang hendak dilupuskan 
  • Meluluskan pelupusan bagi inventori. 

J/K KETUA JURUSAN
  • Memimpin dan membimbing  
  • Mengawasi pekembangan dan produktiviti setiap unit dibawahnya. 
  • Memberi arahan kepada setiap unit.  

J/K PEMBEKAL
  • Membuat laporan analisis prestasi pembekal.

J/K BAHAN DAN STOK LATIHAN
  • Mengawasi aliran stok barangan untuk tugas-tugas senggaraan sentiasa mencukupi 
  • Berhubung dengan bahagian stok untuk mendapatkan alatan gantian yang diperlukan 
  • Memastikan stok latihan mencukupi 

J/K PEPERIKSAAN
  • Merancang aktiviti-aktiviti peperiksaan mengurus dan melaksanakan peperiksaan 
  • Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan. 
  • Membuat Analisis Keputusan Peperiksaan 

STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) OSILOSKOP 

SEBELUM 
  • pastikan tempat kerja bersih dan selamat ambil peralatan dari tempat penyimpanan pastikan peralatan itu berfungsi dan selamat digunakan.

SEMASA 
  • pastikan suis bekalan alatan dalam keadaan ‘OFF” 
  • laraskan tombol untuk penggunaan satu saluran 
  • “ON” suis pada osiloskop “LED” akan menyala 
  • Pastikan garisan akan kelihatan pada skrin selepas 20 saat 
  • Jika garisan surihan tidak kelihatan dalam masa 60 saat,semak semula pelarasan yang telah dibuat 
  • Laraskan “INTEN” dan “FOCUS” untuk mendapatkan garisan yang terbaik 
  • Laraskan suis “AC-GND-AC” kepada kedudukan “AC” 
  • Laraskan “FOCUS” untuk mendapatkan kejelasan garisan Sambungkan kuar (probe) osiloskop kepada litar / alatan yang hendak diuji 
  • Laraskan “TIME/DIV dan “VOTT/ DIV” untuk mendapatkan bentuk gelombang 
  • Uji litar atau alatan sehingga selesai 
  • Tulis laporan jika ada masalah Tanggalkan sambungan punca keluaran (output ) dari litar atau alatan Laraskan semua tombol kepada minimum “OFF” suis pada osiloskop 
  • Tanggalkan sambungan punca bekalan utama (250VAC) 

SELEPAS 
  • Pastikan alatan yang telah diggunakan dalam keadaan baik 
  • Simpan alatan tersebut ke tempat asal 
  • Bersih dan kemaskan kawasan kerja 

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MULTIMETER DIGITAL 

SEBELUM 
  • Pastikan tempat kerja bersih dan selamat 
  • Ambil peralatan dari tempat penyimpanan 
  • Pastikan peralatan itu berfungsi dan selamat digunakan 

SEMASA 
  • Pasangkan probe pada terminal yang betul Sebelum memulakan sesuatu sukatan, letakkan wire warna merah ke tempat yang bertanda positif (+) dan wire hitam ke tampat yang bertanda Negatif (-). 
  • Pastikan julat yang hendak digunakan. 
  • Laraskan meter kepada julat yang hendak digunakan. 
  • Pintaskan probe positif dan negatif laraskan jarum supaya berada pada nilai 0. 
  • Pastikan bacaan yang di baca betul dan mengikut julat yang digunakan. 
  • Ukur nilai hingga selesai 
  • Laraskan tombol julat kepada ‘OFF’. 
  • Tanggalkan probe . 

SELEPAS 
  • Pastikan alatan yang telah diggunakan dalam keadaan baik 
  • Simpan alatan tersebut ke tempat asal Bersih dan kemaskan kawasan kerja 

KESIMPULAN 

Tujuan laporan ini adalah untuk mengetahui tentang jenis penyenggaraan yang terdapat dalam bengkel Elektronik. Jenis penyenggaraan yang terdapat dalam bengkel EN ialah penyelenggeraan berjadual (preventive maintenance),penyenggaraan kerosakan (breakdown maintenance) dan penyenggaraan pembetulan (corrective maintenance). 

Setelah membuat tugasan penyenggaraan di bengkel Elektronik ,kami mendapati bengkel tersebut mengikuti standard operation penyenggaraan yang ditetapkan.Bengkel EN menggunakan borang-borang seperti,Borang Aduan Kerosakan,Borang Penyenggaraan,Borang Keluar Masuk Peralatan,Borang pelupusan Harta dan Rekod Laporan Kerja Penyenggaraan Oleh Kontraktor.

Labels:




Older Post