AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE - REPAIR FAULTY RADIO ON Thursday, August 24, 2017 AT 10:46 AM
PENERIMA RADIO
Penerima radio adalah satu alat komunikasi yang
berupaya untuk menerima gelombang electromagnet
dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio.
RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM
PEMODULATAN
Pemodulatan adalah proses penggabungan isyarat maklumat (audio) dan pembawa frekuensi tinggi untuk tujuan pemancaran isyarat. Terdapat dua jenis pemodulatan iaitu pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.
Jadual di bawah menunjukkan bentuk gelombang dalam pemodulatan amlpitud dan pemodulatan frekuensi.
Info Khas Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik ialah:-
- Kepekaan tinggi (High sensitivity).
- Kepemilihan tinggi (High selectivity).
- Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).
RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM
RAJAH BLOK PENERIMA RADIO FM
|
menggunakan pengesan nisbah |
|
menggunakan penghad dan pembezalayan |
Info khas
- Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil sebagai peringkat Penukar.
- Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) dan penguat audio biasanya mengandungi lebih dari satu peringkat
Jadual di bawah,
menunjukkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
Empat frekuensi terhasil pada keluaran pencampur.
Litar penerima radio AM/FM
Rajah di atas menunjukkan sebahagian litar penerima radio AM/FM kaset stereo iaitu litar penala yang meliputi peringkat penguat RF AM/FM, pengayun tempatan AM/FM, Pencampur AM/FM dan pengesan AM/FM dalam satu litar bersepadu. Suis S1 adalah suis pemilihan untuk jalur AM, FM mono dan FM stereo. Rajah di bawah adalah litar skematik peringkat penguat frekuensi audio.
Kendalian dan pengaliran isyarat radio AM:
- Antena L3 menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemencar.
- L3 dan CT3 adalah litar tala peringkat penguat frekuensi RF dan ditala kepada frekuensi prnguat RF (530KHz – 1600KHz) yang dikehendaki.
- Isyarat yang telah dipilih itu di masukan ke peringkat penguat RF pada pin 24 IC1.
- L4 CT4 adalah Litar tala bagi pengayun tempatan AM, frekuensi pengayun AM ini akan dimasukan ke pin 20.
- Isyarat keluaran pencampur akan keluar melalui pin 4.
- Isyarat keluaran pencampur akan mengalir melalui pengubah IF (T2) dan penapis hablur (CF2) ke masukan penguat IF pada pin 7.
- Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke IC1 pin 17 (peringkat multipleks).
- Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14 (saluran kiri).
- Isyarat audio ini akan di masukan ke peringkat penguat frekuensi audio pada IC302 melalui pin 8 (saluran kanan) dan pin 13 ( saluran kiri) melalui perintang boleh laras VR301-2 dan VR301-1 iaitu kawalan bahana.
- Perintang boleh laras VR302-2 dan VR302-1 berfungsi sebagai kawalan nada.
- Isyarat audio yang telah dikuatkan oleh penguat frekuensi audio (IC302) pada pin 4 (saluran kanan) dan pin 17 (saluran kiri) akan di salurkan ke pembesar suara dan bicu fontelinga.
Isyarat radio FM:
- Antena teleskop menerima semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar dan isyarat tersebut akan dimasukan ke peringkat penguat frekuensi RF melalui pin 1 IC1.
- Pemuat CT1 yang ditala kepada frekuensi RF (88MHz – 108MHz) yang dikehendaki disambungkan ke pin 23.
- Frekuensi pengayun tempatan yang ditala oleh pemuat CT2 dimasukan ke pin 21.
- Isyarat keluaran pencampur akan keluar pada pin 4.
- Isyarat keluaran pencampur akan melalui penapis hablur CF1 dan masuk ke peringkat penguat IF pada pin 8.
- Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke IC1 pin 17 (peringkat multipleksa).
- Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14 (saluran kiri)
- Pengaliran isyarat audio adalah sama seperti pengendalian radio AM.
- Suis SW3-1 dan SW3-3 adalah suis pemilihan bekalan kuasa dc ke bahagian radio dan
kaset.
- Suis SW3-2 dan W3-4 adalah suis pemilihan isyarat untuk kendalian radio dan kaset.
MENGESAN KEROSAKAN
Peralatan dan alat ujian yang digunakan untuk mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
- Penjana isyarat audio
- Penjana isyarat RF
- Osiloskop
- Meter pelbagai
Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:
- isyarat RF termodulat
- isyarat audio
- Jadual di bawah, menunjukkan kaedah mengesan kerosakan dan alat ujian yang digunakan.
Suntikan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM
Surihan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan Radio dan alat ujian
Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
- Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.
- Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.
Semasa melakukan aktiviti, pastikan :
- Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.
- Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari tersentuh.
- Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
- Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran voltan dc.
- Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.
Selepas melakukan aktiviti, pastikan :
- Alat ujian berfungsi dengan sempurna.
- Matikan bekalan kuasa.
- Peralatan disusun dengan kemas.
- Keadaan tempat kerja kemas.
Labels: CONTOH, DOCUMENT, FORMAT, VOKASIONAL
Older Post | Newer Post