S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


Im sorry ON Thursday, March 7, 2013 AT 8:07 PM


Assalammualaikum ,terasa ingin membahasakan diri sebagai sha .Sekian lama sha tak update belog ,sha semakin lupa akan dunia belog ,sha semakin sibuk ,sibuk ini akan semakin bertambah kerana ,sha akan menduduki peperiksaan akhir semester tiga pada akhir bulan empat ini.Dada ini terasa sesak sesesaknya ,terlalu banyak beban yang dipikul .

Sha amat terasa terpukul dengan sikap si dia ,dahulu dia selalu mendambakan kehadiran sha ,dia seringkali membahagiakan kan sha ,dia tidak pernah merengek tatkala melayan kerenah manja sha ,tetapi sekarang dia definetly berubah .Apakah salah sha sehingga dia berubah ?

Sunggah sha jarang ada bestiee ,tapi sha sayangkan dia lebih dari bestiee yang lain ,dahulu segalanya akan berubah bila sha balik hostel apabila berjumpa dia tapi sekarang ,semuanya sama ,sungguh sha sedih ,sha buntu mencari penyelesaiaanya ,terasa persahabatan kami semakin renggang  ,sha rindu dia yang dulu .

Sha semakin bersendirian ,tiada gelak ketawa yang menyenangkan ,tiada sakat menyakat dan kata-kata semangat seperti selalu ,segala kata-kata kami hanyalah kata pedas seperti melepaskan geram dan rasa sakit hati yang bertapuk di hati .Sha sedih,bagi sha dialah bestiee sha ,sha harap suatu hari nanti sha akan dapat bersamnya seperti selalu .

Awak sha mintak maaf andai sha kejam ,andai sha menguris hati awak ,maafkanlah sha , sha tak berani nak luahkan perasaan ini dekat awak ,shaaa rinduuuu awak yang sanggup berkorban untuk sha ,sha rasa seperti dipergunakan oleh semua kawan sha .Sha mohon maaf ,awak kalau sha ada salah tegurlah sha kayy :)



Older Post | Newer Post