S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


Folio Gegrafi ON Friday, April 6, 2012 AT 7:20 PM
Nanak share folio wani kad sini ,nak clear folder ,pada buang baik share sini kan ?:)jum tengok :)

Tajuk :Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Berhampiran Bukit Gambir.

Tajuk
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Dapatan kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan


Penghargaan
 Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini.Justeru itu,saya ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Hajjah Intan Binti Hassan selaku pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir atas kemudahan infrastruktur yang sedia ada dan mencukupi serta kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
Selain itu saya juga merakamkan penghargaan kepda kedua ibu bapa saya iaitu Najeeb bapa saya dan zarina ibu saya,tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya yang lain kerana memberi sokongan  moral serta mendoakan kejayaan saya.
Saya juga mengucapkan penghargaan kepada En Subash A/L  Nair selaku guru geografi yang mengajar saya selama ini dalam matapelajaran geografi serta banyak memberi panduan kepada saya sewaktu menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin merakam kan penghargaan kepada responden-responden yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan telah memberi saya maklumat.
Tidak lupa juga kepada rakan saya yang turut bersama-sama saya menjalankan kajian ini,iaitu Nur Liyana Bt Abdul Malek.
Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang hayat saya.
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.

 Pendahuluan
Saya nur syazwani binti najeeb,murid tingkatan 3 krk 2di Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Gambir.Kajian ini telah di jalankan oleh saya berserta rakan saya.Tajuk kajian saya ialah tentang pencemaran alam sekitar di kawasan sekolah menegah kebangsaan bukit gambir,gelugor.pulau pinang.kami juga menemubual beberapa responden tentang pencemaran alam di kawasan kajian sepanjang bulan febuari hingga bulan jun untuk menulis laporan seta mengumpul data kajian.
Melalui kajian yang di lakukan saya mempelajari kaedah merekod data dan maklumat.saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dengan lebih mendalam tentang pencemaran alam sekitar

Objektif Kajian

=  Mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
=  Mengenalpati jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
=  Mengenalpasti  punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
=      Mengenalpasti  kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
 =    Menyatakan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
=   Menerapkan nilai atau unsur patrotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan dikawasan Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang. KawasanBukit Gambir mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Bukit Gambir . Kawasan ini mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Antara ciri fizikal yang terdapat di SMK Bukit Gambir ialah berbukit,mempunyai air terjun dan tumbuh-tumbuhan. Di SMK Bukit Gambir juga mempunyai ciri-ciri budaya contohnya kuari,bangunan,perumahan,sekolah,jalan raya, dan kemudahan
pendidikan tinggi contohnya Universiti Sains Malaysia (USM). Jarak kwasan SMKBG ke Georgetown adalah kira-kira 9km dan mengambil masa selama 15 hinga 25 minit bergantung kepada kesesakan jalan raya.

Kaedah Kajian

Kaedah  pemerhatian
=Saya membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk mengetahui punca-punca dan kesannya.
Soal selidik
=Menemuramah 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk
Ke perpustakaan
=Membuat rujukan mengenai kawasan  kajian  dan pencemaran alam.saya merujuk internet,buku majalah dan risalah
 Dapatan Kajian

8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) , pengotoran alam , perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
 Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti AlamSekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secaralangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan
8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT GAMBIR
Pencemaran Udara
Pencemaran udara ialah kehadiran satu atau lebih subtansi fizik atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan  manusi,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.pencemran udara juga akan membawa impak yang besar kepada bumi kita.
Pencemaran  udara terdapat di kawasan Bukit Gambir tersebut kerana terdapat sebuah  kuari yang menyebabkan habuk bertebangan di udara setiap kali  letupan dijalankan.Pencemaran lain yang terdapat di kawasan ini ialah seperti pembakaran terbuka yang di lakukan oleh segelintir penduduk juga menyebabkan pencemaran udara serta asap-asap yang dihasilkan oleh kenderaan berat yang sering masuk ke kuari juga menyebakan terhasilnya substensi fizik atau biologi di atmosfera
       Pencemaran air.
Maksud pencemaran air  adalah  satu perubahan keadaan di sungai atau laut termasuk juga longkang..ia merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam air  yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia.
Pencemaran air terdapat di kawasan Bukit Gambir kerana terdapat pencemaran longkang yang berpunca dari sikap segelintir penduduk yang gemar membuang sampah merata-rata serta kepadatan penduduk juga menyebabkan air kumbahan melimpah ke sungai,air kumbahan sepatutnya ditakung dan dirawat sebelum mengalir terus ke laut.
       Pencemaran tanih

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada bahan pencemar organik,kimia atau fizik
Pencemaran tanih ini terdapat di kawasan Bukit Gambir kerana terdapat torehan tanah terdedah membolehkan pengaliran air bersama tanah apabila hujan,ini juga menyebabkan tanah runtuh atau sungai menjadi cetek atau tertimbus. Selain itu,pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanah.
    Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.
Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.
Pencemaran bunyi ini terdapat di kawasan Bukit Gambir ialah kerana trafik di kawasan ini agak sesak.Selain itu penduduk juga agak kurang selesa apabila bunyi bising yang dihasilkan oleh kuari batu setiap kali letupan dinamit berlaku,ini menggangu ketentraman awam.
       Pencemaran bau
Maksud pencemaran bau ialah bau yang menusuk hidung atau yang tidak menyenagkan
Pencemaran bau juga terdapat di sekitar kawasan Bukit Gambir kerana terdapat kawasan penternakkan lembu-lembu yang sering meniggalkan najis di merata-rata.Selain itu,ini juga berpunca oleh longkang-longkang yang tersumbat dan tercemar dengan sampah sarap serta sistem perkumbuhan yang melimpah ke sungai.
8.3PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT GAMBIR
       Perlombongan
Ini disebabkan oleh kuari yang terdapat di kawasan Bukit Gambir . Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit, jadi terdapat pencemaran udara dan pencemaran bunyi setiap kali letupan di lakukan,oleh sebab itu kawasan sekolah bukit gambir  sering berhabuk,ini menyebabkan ketidak keselesaan kepada pelajar-pelajar sekolah.
       penebangan hutan
Di kawasan bukit gambir penebangan hutan sering dilakukan tanah serta bukit bukau juga di gondolkan,ini dilakukan adalah bertujuan untuk pembangunan.banyak pembinaan perumahan dilaksanakan .Penarahan menyebabkan tiada kawasan tadahan air.Penebangan pokok juga menyebabkan pemanasan global.
       penternakan
Di sekitar kawasan Bukit Gambir juga terdapat kawasan penternakan yang menternak lembu,ini telah mengundang pencemaran bau kerana lembu tersebut tidak dikurung dan di jaga dengan rapi,lembu in juga bekeliaran menyebabkan najisnya terdapat di merata-rata tempat.
       pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.
       Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah  merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
       Perniagaan
Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.
Nilai patrotisme
Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni..


8.4KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
Bedasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap beberapa penduduk di kawasan kajian,saya mendapati bahawa pelbagai kesan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran bukit gambir antarnya ialah
       Hujan asid
 pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam  jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

       Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Air tercemar
 Hidupan air seperti ikan, akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut
       Bau busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran  lalat, ulat dan bahan –bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan selain itu sisa najis  haiwan ternakan seperti lembu juga akan mengeluarkan bau busuk. Bau yang kurang menyenangkan ini akan menggangu  penduduk setempat apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah dan penternakan haiwan.
Nilai:kita perlulah berganding bahu untuk menjaga  alam sekitar
8.5Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Berhampiran Bukit Gambir
       Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
       Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
       Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
       Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
Nilai:menjaga alam sekitar  ialah tanggungjawab kita bersama.


Bedasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap beberapa penduduk di kawasan kajian,saya mendapati bahawa terdapat pelbagai kesan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran Bukit Gambir .Berikut ialah respon yang diberikan tentang kesan pencemaran yang terdapat di kawasan berhampiran Bukit Gambir dalam bentuk jadual.

Kesan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran Bukit Gambir

Kesan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran Bukit Gambir
Bilangan responden
Udara tercemar
7
Jerebu
5
Penyakit
6
Suhu menigkat
8
Bau busuk
4
Jumlah
30







Sumber:soal selidik
rumusan
Saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di sekitar kawasan Bukit Gambir. Kegiatan penduduk-penduduk di sekitar kawasan Bukit Gambir bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan  menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah pembangunan yang pesat dan kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Langkah- langkah penyelesaian masalah ialah dengan mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini, saya berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada masa yang akan datang. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.
Nilai patrotisme:Bangsa yang bersatu adalah bangsa yang berjaya.
rujukan

       Buku teks tingkatan 3:
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
       World Atlas-MSN Encarta: http://encarta.msn.com/encnet/features/mapcenter/map.aspx
       Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

sekian terima kasih :)




Older Post | Newer Post