S Y A Z W A N I T Y P I N G
Follow here


Contest : Love Story ON Sunday, December 9, 2012 AT 9:34 PM

Assalamualaikum saya ingin menyertai peraduan ini \\hoorey menang// tujuan saya menyertai adalah untuk meramaikan peraduan ini ,setelah ditag sebanyak dua kali ,saya dalah seorang yang pemalas membuat karangan ,so sorrry .saya tag tiga orang 

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim ,saya menyertai peraduan ini .

Sad Love Story

Pada lapan belas syawal ,sekujur tubuh terbaring di atas tilam yang empuk beralaskan bantal yang sudah berusia ,seketika kemudian terdengar laungan azan ,tubuh itu mengikut setiap azan yang dilaungkan oleh bilal seolah-olah melaungkan kembali azan itu ,setelah melaungkan allahuakhbar yang terakhir tubuh itu terbesin kecil dan telah kembali ke rahmatuallah .

Aku sedang belajar di sekolah tetiba hatiku berasa gelisah kerana dipanggil oleh penolong kanan sekolah aku ,aku mendapat seutas surat daripadanya ,lalu aku meminta kebenaran pulang daripada guru sejarah ku dan terus mencari sahabatku ,dia ingin menemaniku ,tetapi apakandaya hanya aku yang mendapat kebenaran untuk pulang.Aku menghubungi family aku tetapi semuanya tidak berjawab dan mama ku mempunyai kerja tersendri .

Aku terus melaporkan diri dan menaiki bas ke bukit jambul.Di sana abangku menjemputku .Sepanjang perjalanan aku diam membisu.Bagaikan ada sebuah skrin mengimbas semula satu persatu memori lalu.Memori itu seakan menghantui diriku ,aku semakin sedih dan sebak ,namun aku kuatkan diriku ,agar tidak meleraikan air mata di hadapan abangku .

Setibanya aku dirumah aku mendapat tahu bahawa arwah akan dimandikan ,aku terus menuju ke dalam rumah dan mengambil baju ,aku memakai sehelai baju kurung yang dihadiahkan oleh kawanku dan terus bergegas untuk menziarah arwah ,aku takut aku tidak sempat melihat arwah ,aku semakin sebak tetapi aku tetap bertahan untuk tidak meleraikan air mata.

Setelah aku masuk ke rumah aku lihat arwah sedang diamandikan ,semua tidak melepaskan peluang untuk memandikan arwah , arwah akan disimpan selepas solat asar , kerana pihak keluarga tidak ingin menyimpan arwah .Jenazah dimandikan dan dipakaikan pakaian yang dibuat daripada kain putih .

Mereka membaringkan arwah semula di atas sekeping tilam ,aku menatap muka arwah sedalam-dalamnya ,hatiku tersentuh sesungguhnya aku berasa sungguh berdosa ,aku terasa aku telah mensia-siakan arwah sepanjang hayatnya .Aku sebak dan menagis di sisi abangku ,dia yang lebih memahami aku .

Ku lihat arwah dipakaikan kain putih seolah-olah seperti jubah ,arwah juga dipakaikan kain dikepala seolah-olah seperti pak arab ,di situ ku lihat mukanya tenang dan seolah-olah seperti tersenyum hatiku makin tersentuh .Aku berasa bersalah kerana menagisi permegiannya apabila melihat arwah seolah-olah tenang.Tertiba aku mendengar suara seorang anak kecil yang berkata “mama orang tu nak pergi mekah ke ?”

Setelah dikafankan jenazah di solatkan di masjid marine gelugor ,dan ditanam di kubur masjid gelugor .Aku mengiringi jenazah kekubur dan menunggu sehingga talkin habis ,aku menyiram kuburnya dengan air mawar ,aku telah menyediakan air itu sewaktu talkin tadi.Aku mencabut anak-anak pokok dan pokok di tempat berdekatan dan menanam dihujung kepalanya .

Aku cuba untuk tidak meleraikan air mata tetapi aku tewas ,sesungguhnya masa terlalu singkat selama hayatnya aku jarang melayan kerenahnya ,aku berasa amat berdosa ,tetapi aku berharap dia bahagia di sana ,abangku mengajak aku pulang ,aku pun pulang dengan airmataku ,sebelum pergi aku berkata walaikumussalam tok abah.

Sesungguhnya ,kami berasa dengan kehilangan arwah kerana selama ini arwah telah lumpuh selama enambelas tahun  ,dan telah diserang stroke sebanyak beberapa kali sepanjang hidupnya.Dia dijaga oleh semua ahli keluarga sewaktu hayatnya.Aku terlalu sedih ,aku sering bermain dengan perasaanku ,aku sering berkata tok abah tipu ,tok abah cakap nak belikan kuda .Tetapi akhirnya aku sedar setiap yang hidup akan menemui ajalnya.Sesungguhnya ini adalah kehilangan yang pertama .


 Cerita ini lebih kepada cerita keluarga ,tapi bagi saya cerita cinta bukanlah cerita tentang bukan maharam ,tetapi cerita cinta ialah cerita keluarga .Tanpa cinta maka tidak terciptalah sebuah keluarga .





Older Post | Newer Post